Pada 5 Januari 2019, berlangsungnya Goal Setting 2019 bagi semua agen di bawah naungan Zest Life Consultancy di Tadom Hill Resort. Goal Setting yang bermula jam 9 pagi ini berakhir pada jam 12.30 tengahari. Pengisian yang cukup ringkas dan padat kali ini dijangka dapat menggerakkan keseluruhan jentera agensi untuk terus menerus berusaha menggapai impian.

Pada tahun ini Zest berhasrat untuk menyumbang 3,525,000 ANC kepada Great Eastern Takaful dan membawa seramai 83 pejuang-pejuang baru ke dalam industri takaful. Selain itu, Zest juga sedaya upaya akan melahirkan seorang Group Agency Manager (GAM) dan tiga orang Agency Manager (AM) pada hujung tahun ini.

Bagi tahun 2019, Zest cuma mengharapkan pertumbuhan minimum sebanyak 30% berbanding tahun 2018 dapat dicapai oleh setiap agen. Pertumbuhan dalam prestasi agen amat perlu dalam industri ini sebagai pemangkin untuk melonjakkan kedudukan seseorang agen. Semestinya agen yang bertumbuh akan terus kekal dan kukuh dalam kerjaya sebagai perunding takaful ini.

Demi menyokong goal dalam bentuk production para agen, satu sesi cerminan diri telah dilakukan. Semua agen diminta untuk menulis surat kepada diri sendiri yang bakal diposkan pada masa-masa tertentu. Kandungan surat itu selayaknya memberi motivasi diri kepada agen kelak. Surat itu pula kemudiannya diminta untuk dibacakan kepada semua agar dapat memperingatkan sesama sendiri apabila tiba rasa sugul nanti.

Selesai saja Goal Setting, kita semua pun makanlah tengahari dengan hidangan istimewa bamboo rice. Lepas tu, agen-agen berkesempatan untuk melakukan aktiviti riadah air yang tersedia di Tadom Hill Resort ini. Ada yang berenang, berakit, terjun, lompat, ATV dan macam-macam lagi.

Malam sebelumnya Leader-leader Zest telah pun berkumpul terlebih dahulu untuk membincangkan tema dan aktiviti sepanjang tahun 2019.

Semoga perjalanan 2019 sentiasa bersemangat dan lancar sehingga mencapai goal yang ditetapkan! Bagi sesiapa yang berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya sebagai Perunding Takaful Great Eastern, sila lah hubungi saya Suri Fitriah di talian 017-3723344.

Share This:

Assalamualaikum & Hi!

Rasanya dah sampai masa untuk para graduan mula berhenti mencari pekerjaan yang dirasakan popular seperti doktor, engineer, lawyer, arkitek dan seangkatan dengannya. Dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi dan zaman teknologi sekarang ini, pasaran pekerjaan juga turut menjadi tidak menentu! Sekejap nak pakai orang, sekejap tak nak. Sekejap besarkan syarikat, sekejap kecikkan pulak.

Tahu tak kami di Great Eastern Takaful sentiasa mengambil rekrut baru walaupun banyak syarikat lain sibuk berhentikan pekerja. Kami pula sentiasa nak ambil orang untuk sama-sama bekerja dengan kami! Memanglah kerjaya sebagai agen tidak pernah menjadi pilihan utama para graduan. Tetapi ketahuilah bahawa kerjaya ini sungguh promising!

Suri Recruitment

Apa yang promising sangat tu?

  1. Dengan berbekalkan modal RM84.80 anda boleh jana beribu-ribu Ringgit dalam masa singkat dan berterusan. Mana nak dapat perniagaan yang modalnya serendah itu!
  2. Struktur komisen secara berangkai sangat membantu dalam pembentukan perniagaan takaful dari hari pertama sehinggalah anda ambil keputusan untuk bersara. Di mana anda nak dapat untung berkali-kali dengan hanya sekali jualan? Kalau jual karipap 1, dapat untung untuk 1 karipap pada hari itu sahaja. Tapi dengan perniagaan takaful, bagi 1 orang yang setuju sign up, anda akan dapat komisen selama 6 tahun! Jual sekali, untung banyak kali!
  3. Banyak hadiah dan anugerah. Di mana anda boleh dapatkan anugerah cemerlang setiap bulan? Biasanya setahun sekali sahaja kan?
  4. Percutian percuma sebanyak 3 hingga 4 kali dalam setahun. Memang anda boleh pergi bercuti bila-bila anda suka. Tapi dengan menjadi Great Eastern Takaful percutian anda percuma saja! Tak perlu kumpul duit dalam tabung khas percutian. Layanan dan perkhidmatan percutian percuma ini pun semuanya 5 bintang atau kelas tinggi. Tak perlu nak berjimat-jimat untuk travel. Travellah dengan selesa dan bergaya!
  5. Dari segi masa pula, anda aturlah sendiri ikut keselesaan anda. Nak keluar lambat balik awal pun tiada siapa yang akan menghalang. Asalkan tugas anda sebagai agen dilaksanakan dengan baik. Jadi tiada masalah untuk hantar ambil anak di sekolah. Nak berurusan dengan pejabat kerajaan ke, nak pergi JPJ ke, nak pergi mahkamah ke, nak pergi Masjid ke, nak main bola ke… Buatlah apa saja ikut jadual yang di atur sendiri.
  6. Kenaikan pangkat tanpa mengira seniority atau merit. Tak perlu kipas-kipas bos. Tak perlu mengampu sana sini. Selagi mana anda dapat memenuhi requirement yang ditetapkan untuk naik pangkat, anda tetap akan naik pangkat walaupun ada 1000 lagi orang lain yang turut nak naik pangkat sama macam anda. Tak perlu tunggu position di atas anda kosong atau penyandangnya mati baru boleh naik pangkat. Naiklah pangkat secepat 2 tahun dari tarikh anda mula bergelar agen.
  7. Kalau dah naik pangkat, sudah tentulah mempunyai agensi sendiri kan? Agensi milik anda ini sebenarnya boleh diwariskan kepada anak-anak anda nanti. Bagus kan camtu? Boleh membina empayar dan legasi keluarga sendiri.
  8. Janganlah sedih kalau orang kata jadi agen takde EPF. Nanti dah tua nak makan apa? Hei abang! Great Eastern memang ada menyediakan dana persaraan untuk anda. Yang lebih menarik, 100% diberi oleh Great Eastern tanpa anda perlu memotong gaji untuk persaraan anda.
  9. Dah nama pun ada agensi, mestilah nak ada bangunan sendiri juga kan? Ini pun ditanggung oleh pihak Great Eastern! Seronok kan macam ni? Buat bisnes sendiri-sendiri tapi semuanya company provide!
  10. Latihan dan bimbingan sepanjang masa pula adalah ramuan istimewa dalam kerjaya ini. Jadi anda takkan jadi orang yang ketinggalan zaman. Pasti ilmu dan skills anda up-to-date!

Tapi anda perlu faham bahawa “Yang bulat tak datang bergolek, Yang pipih tak datang melayang”. Dalam kerjaya sebagai Agen Takaful ni, usaha dan komitmen yang tinggi diperlukan! Kalau anda rasa tak mampu nak beri komitmen dan malas pula berusaha, semua keindahan dalam kerjaya ini tidak mungkin akan menjadi milik anda!

Ayuh, cabar diri anda! Anda bukan orang biasa-biasa! Anda graduan yang hebat! Hubungi Suri Fitriah 017-3723344 untuk menjadi Agen Takaful yang mantap! Saya sedia membantu dan membawa anda ke jalan yang lurus dalam bidang takaful ini!

Share This:

Dalam Zest Group, teamwork telah lama dibudayakan. Ini kerana pengasas Zest Group sendiri iaitu GM Zarina teramat mempercayai kuasa dan keajaiban yg akan berlaku dengan keutuhan sesebuah teamwork itu. Dengan teamwork, banyak isu atau permasalahan dapat dilerai atau diselesaikan dengan penuh hikmah. Sebagai contoh, satu siri latihan yang menyeluruh, intensif, komprehensif dan sistematik dapat dilaksanakan dengan mudah lagi berkesan. Siri latihan yang berat begitu sudah pastinya amat sukar untuk disempurnakan jika hanya satu orang sahaja yg mengendalikannya. Di Zest Group, teamwork dan semangat kekitaan sememangnya begitu mendalam di kalangan agen-agen. Agen-agen seolah-olah sudah menjadi seperti keluarga di antara satu sama lain.

11988418_10200975848795549_3292468377367869146_n

11050696_10200678883931613_6578835483056240392_n

11216708_10200975849115557_5498425875368829609_n

11255786_10200564976003986_4928132923903181486_n

11899840_10200933217849802_7125211189817194853_n

11986473_10200975845435465_8466073211690110552_n

11990521_10200975839995329_7117108436877036075_n

Teamwork juga menjadikan perkongsian ilmu dan perpindahan maklumat boleh berlaku dengan lebih cepat dan menyeluruh. Penyertaan setiap agen dalam kerja berkumpulan juga sedikit sebanyak dapat mengasah kemahiran berkomunikasi secara lebih berkesan. Siri latihan yg digarap oleh leaders sememangnya memenuhi keperluan agen-agen untuk melengkapkan diri masing-masing untuk turun ke lapangan melakukan promosi dan jualan.

Agen yg lebih berpengalaman sudah pasti akan membuat perkongsian yg amat bermanfaat kepada agen-agen baru yg lainnya. Teguran, nasihat dan pandangan para leaders juga wajar dijadikan panduan agar agen-agen tidak tersalah atau terpesong dari landasan sebenar ketika membuat pemasaran atau pembentangan produk-produk Great Eastern Takaful.

Bagi yang sedang tercari-cari kumpulan agensi mana yang nak disertai, hentikanlah pencarian anda! Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk bersama-sama kami menyebarkan manfaat takaful ke seluruh pelusuk Malaysia.

Drop Your Resume Here

Share This:

Assalamualaikum & Hai Semua!!

Inilah kali pertama saya ingin kongsikan kepada anda mengapa saya memilih bidang takaful sebagai kerjaya saya. Sebelum saya bercerita lebih panjang, suka saya ingatkan bahawa setiap apa yang saya coretkan di sini adalah perasaan dan buah fikiran dari sudut pandangan mata saya. Ia mungkin berbeza daripada pandangan mata anda.

helderline.nl-tenaga-dua-11492

Kapal yg saya pernah kerja di dalamnya

Saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Marin) dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan berdaftar dengan Board of Engineers sebagai Jurutera Siswazah. Saya mempunyai beberapa pengalaman kerja dalam bidang maritim sejak tahun 2008 termasuklah pelayaran, pengajaran dan pelabuhan. Saya pernah belayar di dalam kapal LNG MISC untuk beberapa bulan demi menimba pengalaman yg unik sebagai pelaut, bergelar pensyarah selama 1 semester di Akademi Laut Malaysia sbg medium penyampai ilmu perkapalan kepada bakal pelaut dan merupakan seorang pegawai di Bahagian Marin di pelabuhan Northport untuk beberapa tahun. Bidang maritim menjadi pilihan saya sejak di Tingkatan 4 kerana saya mahukan pekerjaan yang mampu memberi gaji lumayan supaya saya menjadi kaya.

Continue reading

Share This:

Hai dan Assalamualaikum Semua!

Korang yang ada polisi insurans atau sijil takaful tu mungkin pernah dengar la istilah “Policy Review” ni. Tahu ke tak apa benda nya ni?

policy-reviewPolicy Review sebenarnya ialah aktiviti yg dilakukan oleh agen insurans/takaful anda untuk menyemak kembali sejauh mana protection yg telah diambil tu memadai dengan keperluan anda. Biasanya dilakukan dalam 2-3 tahun sekali atau setiap tahun pun boleh jugak.

Sebagai contoh, Azhar telah menyertai takaful ketika dia bujang berumur 23 tahun. Pada masa itu Azhar baru sahaja tamat pengajian dari universiti tempatan. 3 tahun kemudian, Azhar telah pun mendirikan rumahtangga bersama Aisyah dan telah membeli sebuah apartment. Jelas kelihatan di sini bahawa nilai perbelanjaan yg ditanggung oleh Azhar telah meningkat selaras dgn peningkatan ahli keluarga dan bilangan harta.

Pada usia 23 tahun dulu, Azhar hanya mengambil perlindungan kematian sebanyak RM20,000. Namun, pada usianya 26 tahun kini sudah tentu dengan nilai pampasan RM20,000 sahaja untuk ditinggalkan kepada seluruh ahli keluarga pastinya tidak mencukupi apatah lagi jika Azhar turut meninggalkan hutang pelajaran. Apabila review dilakukan, agen akan nampak pertambahan keperluan yg wajar untuk Azhar. Maka agen itu akan menyarankan sedikit penambahbaikan terhadap protection sedia ada.

Dari pandangan mata agen, ada peluang pertambahan bisnes

Dari pandangan mata peserta, terbanglah lagi duit aku! Tapi inilah yg mampu aku lakukan demi kesejahteraan keluarga kelak.

Sebaliknya pula, jika Azhar tiba-tiba mengalami pengurangan gaji disebabkan terpaksa berpindah tempat kerja, agen akan menasihatkan untuk Azhar mengeluarkan rider-rider yg tidak kritikal supaya Azhar boleh terus membayar premiumnya yg lebih rendah tanpa rasa terbeban dan dalam masa yg sama protection asas masih dikekalkan.

Jadi, janganlah takut dengan policy review. Tidak semestinya anda kena tambah premium. Mungkin kena kurangkan. Apa-apa pun berhubunglah dengan agen anda untuk membuat review. Tapi kalau rasa-rasa nak dapatkan policy review percuma dari saya, jgn segan-segan untuk call/whatsapp 017-3723344 | surifitriah@gmail.com. Kita set appointment ok!

Semoga berjumpa lagi!

Share This:

Pada 22 Februari 2014 yg lalu, satu Pertandingan Bowling Piala Ramjo telah diadakan di Plaza Flamingo, Ampang pada jam 3.00 hingga 5.00 petang. Piala Ramjo ini merupakan satu pertandingan yang ditaja penuh oleh YBhg Mejar (B) Ramli Joned. Pertandingan bowling ini dianjurkan sebagai salah satu aktiviti ukhwah dikalangan agen Zarina & SAH Agency. Seramai 24 agen dan bakal agen telah berentap dalam Piala Ramjo ini. Yang lagi best, semua pemain dapat hadiah walaupun mendapat tempat ke-24!!

Bowling Piala Ramjo ini julung-julung kali diadakan pada tahun ini dan diharap dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang. Amalan hidup sihat begini merupakan nadi kekuatan Zarina Sharif Agency bersama-sama SAH Agency dalam mengharungi cabaran dan liku-liku sebagai perunding takaful yang terunggul di Malaysia.

Continue reading

Share This:

10 hingga 12 Januari 2014 berlangsunglah acara tahunan bagi agensi kami iaitu “Goal Setting”. Pada tahun ini Goal Setting Zarina Sharif Agency telah dijenamakan sebagai Langkapuri Goal Setting 2014 atau lebih best disebut LGS14. Goal Setting ialah hari di mana semua agen akan menetapkan sasaran masing-masing untuk dicapai pada tahun ini. Sasaran itu berbentuk bilangan kes yang akan dibawa masuk dan juga nilai sumbangannya. Goal Setting kami kali ini telah dimulakan dengan aktiviti silaturrahim di kalangan agen-agen. Aktiviti tu ialah tidur beramai-ramai di dalam bas yg kami sewa khas untuk ke Langkawi. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 10 malam 9 Januari 2014.

Continue reading

Share This: