Pada 22 Julai 2017, rasmilah sudah pembukaan Ibu Pejabat Zest Life Consultancy, Kuala Lumpur yg telah disempurnakan oleh CEO Great Eastern Life Malaysia, YBhg Dato Koh Yaw Hui. Majlis Perasmian ini dimeriahkan lagi dengan Sambutan Aidilfitri 2017!

Ibu Pejabat Zest Life Consultancy ini menempatkan 2 orang Group Agency Manager dan 4 orang Agency Manager yang membawa kepada keseluruhan wakil takaful di bawah naungan Zest adalah seramai 99 orang. Ibu Pejabat Zest meletakkan Tingkat 1 sebagai ruang pejabat pentadbiran manakala Tingkat 2 digunakan sepenuhnya untuk keperluan latihan dan pembangunan agen.

Terwujudnya Ibu Pejabat ini menunjukkan bahawa bidang takaful mampu menjadikan kita sebagai usahawan atau ahli perniagaan yg berprestij dan disegani. Bukan semua orang memiliki perniagaan sendiri dan bangunan perniagaan sendiri.

20170722_130208

Dewan Latihan kami yang mampu memuatkan sehingga 40 orang peserta dalam satu-satu masa dilengkapi dengan LCD Projector, PA System, papan tulis, kerusi dan meja secukupnya. Dewan Latihan ini diberi nama Orchid Hall.

IMG_8082

Manakala untuk latihan yang berskala lebih kecil, kami turut mempunyai Bilik Latihan berkapasiti 10 orang yang juga dilengkapi dengan peralatan dan perkakasan yg sama seperti Orchid Hall. Bilik Latihan ini pula diberi nama Lavender Room.

IMG_8081

Demi kemudahan agen-agen untuk menyelesaikan tugas-tugas takaful masing-masing, satu ruang khas telah disediakan untuk mereka! Di ruang ini tersedianya kerusi meja kerja, kabinet fail, papan tulis dan dua buah komputer yang boleh digunakan oleh mana-mana agen utk membuat quotation mahupun pendaftaran kes-kes baru daripada pelanggan masing-masing.

IMG_8083

Selain itu, sudut perbincangan dan ruang bersosial juga diwujudkan untuk membentuk suasana kerja yang proaktif dan kondusif bagi menaikkan semangat semua Zesters dalam mengendalikan pelanggan dan tugas-tugas takaful. Ruang-ruang ini direka lebih santai agar tidak terasa tegang dalam perbincangan.

IMG_8080

Untuk menambahkan keselesaan pada Zesters dan tetamu yg hadir ke Ibu Pejabat Zest Life Consultancy, kemudahan asas seperti Surau, tandas dan pantry juga tersedia sempurna untuk kegunaan semua.

Dengan kemudahan, kepakaran dan kesungguhan Zest Life Consultancy dalam bidang takaful ini, saya yakin kami dapat membentuk dan melahirkan agen-agen seterusnya leader-leader Takaful yang berkualiti dan berdaya saing!

IMG_8023

Jika anda mahu merasai kemanisan berada dalam bidang takaful, boleh hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk penerangan lanjut.

Share This:

Alhamdulillah pada 14/2/2017 telah berlangsungnya CAN Award Q4 2016. Saya dan seorang agen saya bernama Syaiful berjaya mendapatkan pengiktirafan suku tahunan ini. Ramai lagi Zesters yg lain turut merangkul anugerah dalam CAN Award ini. Tetapi sebahagiannya tidak dapat menghadirkan diri kerana sedang bercuti di Bandung tajaan penuh Great Eastern Takaful.

Dalam quarter terakhir dengan title sebagai agen ini, saya telah berjaya mendapat dua anugerah iaitu Champion Highest Takaful ANC KL Branch Zone E1 dan Master Sales Award (Silver). Manakala agen saya, Syaiful berjaya mendapatkan Master Sales Award (Bronze). Award-award ini menunjukkan bahawa kami serius dan komited dalam menjalankan kerjaya takaful kami!

IMG_4415

Champion Highest Takaful ANC KL Branch E1

IMG_4416

Master Sales Award (Silver)

IMG_4531

Master Sales Award (Bronze)

IMG_4437

Zesters Yg Lainnya Juga

Sebagai seorang Pengurus Agensi yg baru, saya sentiasa membuka peluang dan ruang kepada semua orang diluar sana untuk mengenali dan mendalami kerjaya sebagai perunding takaful.

Kami masih mencari-cari lagi individu-individu yg bersemangat tinggi dan sentiasa mahukan pencapaian dan pembaharuan dalam kehidupan untuk sama-sama menyertai kami sebagai perunding takaful. Dengan bermula sebagai perunding takaful yg komited kita secara tidak langsung akan menolak diri kita sendiri untuk menjadi seorang leader yg berkaliber. Kami akan guide dan tunjukkan jalan yg benar untuk kita sama-sama berjaya dalam bidang takaful ini. Tiada siapa akan menghadkan kejayaan anda! Pergilah sejauh mana pun yg anda mahu.

Hubungi Suri Fitriah 017-3723344 untuk temujanji kerjaya dalam bidang takaful.

 

Share This:

Assalamualaikum & Hi!

Rasanya dah sampai masa untuk para graduan mula berhenti mencari pekerjaan yang dirasakan popular seperti doktor, engineer, lawyer, arkitek dan seangkatan dengannya. Dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi dan zaman teknologi sekarang ini, pasaran pekerjaan juga turut menjadi tidak menentu! Sekejap nak pakai orang, sekejap tak nak. Sekejap besarkan syarikat, sekejap kecikkan pulak.

Tahu tak kami di Great Eastern Takaful sentiasa mengambil rekrut baru walaupun banyak syarikat lain sibuk berhentikan pekerja. Kami pula sentiasa nak ambil orang untuk sama-sama bekerja dengan kami! Memanglah kerjaya sebagai agen tidak pernah menjadi pilihan utama para graduan. Tetapi ketahuilah bahawa kerjaya ini sungguh promising!

Suri Recruitment

Apa yang promising sangat tu?

  1. Dengan berbekalkan modal RM84.80 anda boleh jana beribu-ribu Ringgit dalam masa singkat dan berterusan. Mana nak dapat perniagaan yang modalnya serendah itu!
  2. Struktur komisen secara berangkai sangat membantu dalam pembentukan perniagaan takaful dari hari pertama sehinggalah anda ambil keputusan untuk bersara. Di mana anda nak dapat untung berkali-kali dengan hanya sekali jualan? Kalau jual karipap 1, dapat untung untuk 1 karipap pada hari itu sahaja. Tapi dengan perniagaan takaful, bagi 1 orang yang setuju sign up, anda akan dapat komisen selama 6 tahun! Jual sekali, untung banyak kali!
  3. Banyak hadiah dan anugerah. Di mana anda boleh dapatkan anugerah cemerlang setiap bulan? Biasanya setahun sekali sahaja kan?
  4. Percutian percuma sebanyak 3 hingga 4 kali dalam setahun. Memang anda boleh pergi bercuti bila-bila anda suka. Tapi dengan menjadi Great Eastern Takaful percutian anda percuma saja! Tak perlu kumpul duit dalam tabung khas percutian. Layanan dan perkhidmatan percutian percuma ini pun semuanya 5 bintang atau kelas tinggi. Tak perlu nak berjimat-jimat untuk travel. Travellah dengan selesa dan bergaya!
  5. Dari segi masa pula, anda aturlah sendiri ikut keselesaan anda. Nak keluar lambat balik awal pun tiada siapa yang akan menghalang. Asalkan tugas anda sebagai agen dilaksanakan dengan baik. Jadi tiada masalah untuk hantar ambil anak di sekolah. Nak berurusan dengan pejabat kerajaan ke, nak pergi JPJ ke, nak pergi mahkamah ke, nak pergi Masjid ke, nak main bola ke… Buatlah apa saja ikut jadual yang di atur sendiri.
  6. Kenaikan pangkat tanpa mengira seniority atau merit. Tak perlu kipas-kipas bos. Tak perlu mengampu sana sini. Selagi mana anda dapat memenuhi requirement yang ditetapkan untuk naik pangkat, anda tetap akan naik pangkat walaupun ada 1000 lagi orang lain yang turut nak naik pangkat sama macam anda. Tak perlu tunggu position di atas anda kosong atau penyandangnya mati baru boleh naik pangkat. Naiklah pangkat secepat 2 tahun dari tarikh anda mula bergelar agen.
  7. Kalau dah naik pangkat, sudah tentulah mempunyai agensi sendiri kan? Agensi milik anda ini sebenarnya boleh diwariskan kepada anak-anak anda nanti. Bagus kan camtu? Boleh membina empayar dan legasi keluarga sendiri.
  8. Janganlah sedih kalau orang kata jadi agen takde EPF. Nanti dah tua nak makan apa? Hei abang! Great Eastern memang ada menyediakan dana persaraan untuk anda. Yang lebih menarik, 100% diberi oleh Great Eastern tanpa anda perlu memotong gaji untuk persaraan anda.
  9. Dah nama pun ada agensi, mestilah nak ada bangunan sendiri juga kan? Ini pun ditanggung oleh pihak Great Eastern! Seronok kan macam ni? Buat bisnes sendiri-sendiri tapi semuanya company provide!
  10. Latihan dan bimbingan sepanjang masa pula adalah ramuan istimewa dalam kerjaya ini. Jadi anda takkan jadi orang yang ketinggalan zaman. Pasti ilmu dan skills anda up-to-date!

Tapi anda perlu faham bahawa “Yang bulat tak datang bergolek, Yang pipih tak datang melayang”. Dalam kerjaya sebagai Agen Takaful ni, usaha dan komitmen yang tinggi diperlukan! Kalau anda rasa tak mampu nak beri komitmen dan malas pula berusaha, semua keindahan dalam kerjaya ini tidak mungkin akan menjadi milik anda!

Ayuh, cabar diri anda! Anda bukan orang biasa-biasa! Anda graduan yang hebat! Hubungi Suri Fitriah 017-3723344 untuk menjadi Agen Takaful yang mantap! Saya sedia membantu dan membawa anda ke jalan yang lurus dalam bidang takaful ini!

Share This:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua!

Pada hari ini saya nak berkongsi tentang perjalanan saya dalam tahun 2016 ini bagi mengharungi cabaran sebagai seorang yang nak menyelesaikan requirements untuk bergelar Agency Manager pada tahun 2017! Untuk pengetahuan semua, kerjaya sebagai perunding takaful membolehkan kita mengangkat diri kepada dua tahap yang lebih tinggi. Tahap pertama sebagai Agency Manager (AM) dan tahap kedua sebagai Group Agency Manager (GAM). Ini menunjukkan kerjaya sebagai perunding takaful tidak akan menyebabkan anda berada statik pada position asal sampai bila-bila. Lama-kelamaan dengan sendirinya kita akan menganjakkan diri kita ke tahap yang lebih tinggi. Tahap lebih tinggi sudah tentulah incomenya juga LEBIH TINGGI!

Inilah ruang kerja saya di ofis. Cool tak?

Inilah ruang kerja saya di ofis. Cool tak?

Baiklah… Mari saya cerita apa yang perlu, telah dan sedang saya lakukan untuk menggapai cita-cita bergelar Agency Manager pada tahun 2017. Sebenarnya untuk menaiktaraf diri kepada AM, kita hanya memerlukan dua tahun saja bagi memenuhi requirements yang ditetapkan oleh company. Berikut dikongsikan syarat minimum yang perlu dipenuhi untuk menjadi Agency Manager di Great Eastern Takaful :-

Tahun Pertama :-

Mengutip minimum 75,000 PFYLP secara sendirian

atau

Mengutip minimum 50,000 PFYLP secara sendirian dan lagi 25,000 PFYLP dikutip oleh agen-agen yang kita bawa masuk bersama

Tahun Kedua :-

Mengutip minimum 75,000 PFYLP dengan minimum 24 NOC secara sendirian

dan

Memiliki 4 orang agen yang dibawa masuk yang mana 4 orang agen itu mestilah:-

2 daripadanya mengutip minimum 24,000 PFYLP dengan 12 kes ILP atau mengutip minimum 50,000 PFYLP

2 daripadanya mencapai minimum quota iaitu mengutip minimum 12,000 PFYLP dengan 6 kes ILP atau mengutip minimum 18,000 PFYLP

Selain itu, diri saya sendiri dan kesemua 4 agen saya di atas mestilah mematuhi syarat layak sebagai agen dengan menyempurnakan CPD dan memiliki PR yang baik.

Nota :

PFYLP – Promotional First Year Life Premium (Kutipan bayaran caruman daripada client)

NOC – Number of Cases (Bilangan orang yang dah sign up)

ILP – Investment-Linked Product (Produk yang ada pelaburan secara langsung)

CPD – Continuous Personal Development (Kelas wajib yang perlu dihadiri)

PR – Persistency Ratio (Kadar penerimaan bayaran caruman daripada client)

Haaaaaaa… Nampak macam mudah bila tengok angka-angka yang tidaklah terlalu besar nilainya. Tetapi realitinya tidaklah semudah atau sekecil angka yang dilihat!

Ini kisah saya…

Terus-terang saya katakan, pada awal penglibatan saya sebagai perunding takaful, tidak terlintas langsung di fikiran bahawa saya akan menaiktaraf diri saya sebagai AM. Saya cuma rasa yang saya akan jadi agen biasa sahaja secara part time sampai bila-bila. Tetapi semakin lama dalam industri dan semakin lama mendapat inspirasi dan dibuka minda oleh rakan agen mahupun pihak company sendiri, akhirnya saya cuma mengikut jejak rakan yang terlebih dahulu berada di dalam industri takaful ini. Mula-mula part time, capai contest-contest kecil yang dibuat oleh company, lepas tu full time, capai contest-contest besar pula, lepas tu running 1st Year AM, lepas tu running 2nd Year AM… Memang benar. Saya hanya mengikut apa yang diperkatakan atau apa yang disuruh oleh Immediate Officer (IO) saya. Tahun 2012-2013 saya dipantau oleh GAM Zarina. Tahun 2014 hingga sekarang saya dipantau sendiri oleh rakan saya yang menyebabkan saya berada dalam industri takaful ini iaitu AM Ira.

Ini gambar masa kami sama-sama agen pada tahun 2012

Ini gambar masa kami sama-sama agen pada tahun 2012

Walaupun sudah bergelar agen sejak 2012, saya tidak pernah membawa sesiapa pun untuk menjadi agen sama seperti saya. Berbuih mulut IO suruh bawa kawan, bawa saudara atau siapa saja untuk sama-sama menjadi agen. Langsung sekali pun saya tak buat! Hinggalah akhirnya pada tahun 2014, kakak ipar saya sendiri, Kak Naja mengofferkan dirinya untuk menjadi agen bersama saya. Yang lebih menarik tentang agen pertama saya ini ialah, beliau sudah pun mempunyai lesen takaful kerana telah pun lulus TBE Exam beberapa tahun yang lepas. Saya hanya perlu daftarkan beliau dengan Great Eastern Takaful sahaja. Kemudian ada pula seorang budak praktikal di tempat kerja saya, Mawi namanya mengofferkan dirinya untuk menjadi agen takaful juga. Maka saya carikan tarikh untuk TBE exam. Kali pertama malang menimpa dirinya apabila cermin keretanya pecah sebelum menghadiri exam. Beliau membatalkan exam pada hari itu. Dua minggu kemudian, beliau datang sekali lagi untuk menyempurnakan TBE Exam dan Alhamdulillah lulus! Mawi pun turut sama menjadi agen pada bulan September 2014. Itu sajalah agen saya pada tahun 2014. Pada tahun ini saya tak kisah pun tentang promotion ke AM. Sepatutnya saya dah boleh cuba buat 1st Year AM tapi saya tak ambil peduli. Maka berakhirlah 2014 dengan saya hanya agen biasa yang tak buat apa-apa untuk promotion!

Masuk tahun 2015 saya dah mula nampak kawan-kawan lain dalam takaful yang dah ada banyak perubahan dan peningkatan dalam kerjaya. Ramai yang kelihatan begitu selesa dan yakin dengan bidang takaful. Dari situ, saya juga mula ada rasa mahu serius dalam bidang takaful seperti rakan-rakan yang lain. Saya cuba mengajak seorang rakan di tempat kerja untuk sama-sama buat takaful macam saya. Nama dia Mieza. Setelah dipujuk beberapa kali akhirnya Mieza pun setuju untuk ambil TBE Exam dan lulus dengan jayanya. Maka, jadilah Mieza agen takaful bermula Mei 2015. Mieza menunjukkan prestasi yang baik semasa awal penglibatannya dan ia cukup membanggakan saya.

Disebabkan prestasi saya kelihatan baik dalam first half 2015, IO saya si AM Ira pun mula menanyakan soalan cepumas yang berbunyi “Bila exact date nak jadi full time?”. Saya terpinga-pinga nak menjawab soalan itu sebab saya tak pernah fikir pun. Dengan membuat congakan dalam kepala, saya katakan bulan November. Sejak dari itu saya mula berfikir dan mengatur strategi untuk menyiapkan diri saya sebagai fulltime agent! Persediaan dari segi kewangan adalah yang paling penting sebab saya akan hidup dengan pendapatan yang kurang lantaran saya akan kehilangan gaji kerja tetap saya.

Kita merancang tapi Allah yang menentukan. Tak semena-mena saya telah mengubah fikiran dengan mempercepatkan tarikh menjadi fulltime agent. Pada 31 Julai 2015, secara rasminya saya telah bergelar fulltime agent! Lagi menggembirakan saya ialah apabila ada seorang lelaki yang menemui blog saya ni turut menyampaikan hasrat untuk menjadi agen takaful juga. Satu temujanji diaturkan dan akhirnya, Din lulus TBE Exam dan berdaftar sebagai agen Great Eastern Takaful pada November 2015. Sehingga hujung tahun 2015, saya hanya mempunyai 3 orang agen yang aktif iaitu Kak Naja, Mieza dan Din. Mawi kecundang lantaran perhubungan yang sukar kerana beliau bekerja di Johor.

Dengan pemantauan yang rapi oleh AM Ira, saya telah pun melepasi requirements 1st Year AM dalam tahun 2015. Ini bermakna, saya hanya perlu lengkapkan requirement 2nd Year AM dalam tahun 2016 pula untuk melayakkan saya bergelar AM. Jauh di sudut hati, saya berasa benar-benar mahu menyelesaikan promotion requirement saya untuk naik AM tahun 2017 nanti!

Masuk tahun 2016, setelah saya faham dan tahu bahawa saya perlu memenuhi semua requirements 2nd Year AM, maka saya telah mula membuat monitoring terhadap agen-agen saya bermula dari minggu akhir Disember 2015 lagi. Saya dah siapkan jadual pemantauan bagi setiap collection dan production agen-agen saya untuk saya mengukur prestasi dan kemampuan mereka untuk memenuhi requirements yang ditetapkan. Dalam masa yang sama saya juga perlu menambah agen untuk mencukupkan bilangan agen yang diperlukan. Saya meminta kakak kandung saya, Seri untuk menjadi agen dalam usaha mencukupkan bilangan agen. Beliau bersetuju dan lulus TBE Exam pada Januari 2016. Nasib kurang menyebelahi Seri. Beliau nampaknya tidak mampu terbang dalam industri takaful ini atas apa-apa alasan pun. Saya tidak meletakkan harapan tinggi kepada Seri.

Syukur Alhamdulillah, blog saya menarik perhatian seorang lelaki muda yang optimis untuk menjadi agen juga. Syaiful namanya. Beliau turut bergelar agen pada Januari 2016 setelah lulus TBE Exam dengan jayanya. Ini bermakna saya telah pun mempunyai 5 orang agen. Maka saya sudah patut memantau setiap agen agar tidak terkeluar dari landasan untuk memenuhi requirements 2nd Year AM saya.

Bulan demi bulan, minggu demi minggu saya memantau dengan sebegitu dekat sekali setiap agen yang saya ingin jadikan QA saya. Saya bertambah gembira lagi apabila ada lagi seorang lelaki melayari blog saya dan terus menghubungi saya untuk menjadi agen takaful! Fandi akhirnya menjadi agen takaful pada Mac 2016 setelah lulus TBE Exam. Dengan 6 agen yang ada ini, saya membuat keputusan untuk memberi tumpuan khusus terhadap promotion saya. Semua aspek yang diperlukan seperti collection, bilangan kes ILP, CPD dan PR semuanya saya pantau satu per satu bagi setiap agen. Selain memantau, saya turut memberi bimbingan intensif kepada agen-agen saya untuk mempastikan mereka benar-benar competent dan competitive untuk beraksi di gelanggang takaful.

Ni lah geng nak promotion sama-sama. Yang tengah tu AM Ira nak promote ke GAM. Kami yang lain nak promote ke AM. Dari kiri, Suri, Anje, Ira, Reny, Nalia

Ni lah geng nak promotion sama-sama. Yang tengah tu AM Ira nak promote ke GAM. Kami yang lain nak promote ke AM. Dari kiri, Suri, Anje, Ira, Reny, Nalia

Pemantauan ini dipantau pula oleh AM Ira demi mempastikan bahawa insan-insan yang sedang running 2nd Year AM di bawah naungannya sentiasa berada pada landasan yang betul dan lancar. Pada suku pertama, saya sudah pun nampak siapakah QA (Qualifying Agent) saya untuk 24K dan siapa pula untuk 12K. Dari projection yang dibuat, saya perlu menggerakkan lagi agen-agen saya agar requirement dapat dicapai dengan segera. Tak perlu tunggu hingga hujung Disember.ย  Saya amat berharap agar pada suku ketiga pun saya sudah memenuhi requirements.

Setelah tamat suku kedua, saya berasa gembira kerana QA saya kebanyakannya on track dan tidak menimbulkan banyak masalah. Saya hanya perlu terus memantau saja. Saya sangat berharap 70% dari requirements sudah pun selesai selepas suku kedua.

Tetapi perkara tidak berlaku seperti yang saya harapkan. Sehingga September 2016, baru 65% sahaja requirements yang telah dipenuhi oleh saya dan QA saya. Ada yang belum cukup kes ILP. Ada yang belum cukup collection. Ada yang belum selesai CPD. Dan ada juga yang belum capai pun expected collection yang sepatutnya. Saya mula berasa resah kerana ada di antara QA yang perlukan banyak lagi sales baru untuk memenuhi requirements. Namun begitu, saya percaya kami tetap akan berjaya melepasi requirements dengan jayanya dan tanpa stress. Buat masa ini, requirement diri saya telah dicapai. 1 agen untuk 24K telah dicapai. 1 agen untuk 18K telah dicapai. Agen ini akan saya pushkan untuk 24K. Dua agen untuk 12K ini masing-masing masih belum cukup 1 ILP lagi dan salah seorang darinya masih belum mencapai expected collection yang masih berbaki 1880 lagi.

Intensif training

Intensif training

Banyak bahan yang dibawa oleh Syaiful untuk pengukuhannya

Kelas pengukuhan dan halatuju

Refreshment class

Refreshment class

Maka bagi 3 bulan terakhir 2016 ini, saya amat perlu berjaga-jaga dan berkorban untuk mempastikan semua QA saya melepasi requirements seleway-lewatnya November 2016. Doakan kejayaan kami! Saya tak sanggup nak menempuh semula 2nd Year AM sekali lagi sekiranya saya tidak jayakan pada tahun ini! Saya mesti berjaya!

Selain dari membuat close monitoring terhadap promotion saya, saya juga sudah mula diberi tanggungjawab seperti seorang leader di agensi kami. Saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan weekly training kami lantaran ketiga-tiga leader sebenar agensi kami tiada pada minggu itu. Setakat kelas untuk agen-agen baru pada setiap bulan tu, memang sayalah yang akan kendalikan pada setiap minggu pertama.

Saya mengendalikan topik "Opening Skills" dengan kaedah RolePlay bersama-sama Dr Anje

Saya mengendalikan topik “Opening Skills” dengan kaedah RolePlay bersama-sama Dr Anje

Ada satu perkara lagi yang anda perlu tahu bahawasanya untuk layak bergelar AM, kita perlulah lulus satu peperiksaan yang diberi nama Basic Agency Management Course (BAMC) yang merupakan requirement daripada IBFIM. Kalau pun memenuhi semua requirements yang ditetapkan company, tetapi tak lulus BAMC, maka tak dapatlah naik pangkat… Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan semuanya telah lulus peperiksaan BAMC ini pada bulan Jun yang lepas. BAMC ni pula ada kelas 4 hari yang perlu kita hadiri dan siapkan assignmentnya sebelum menduduki peperiksaan.

Kesimpulannya, untuk menaiktaraf dari Agent Ke Agency Manager tidaklah semudah yang disangka tetapi tidaklah pula sesukar mana. Maka, bulatkan tekad, tumpukan pandangan dan laksanakanlah tanggungjawab. InsyaAllah semua akan berjalan lancar.

Sesiapa yang terbuka minda dan pintu hati untuk cabar diri menceburi bidang takaful ni, jangan lengah-lengah lagi. Terus hubungi Suri Fitriah 017-3723344 untuk kita berjaya bersama dengan Great Eastern Takaful!

Share This:

Hi & Assalamualaikum Semua!

Pada 21 hingga 22 April 2016 yang lalu berlangsungnya satu hari anugerah bagi mengiktiraf kejayaan dan kualiti agen-agen dan leader-leader hebart di Great Eastern Takaful. Julung-julung kalinya hari anugerah yg dikenali sebagai STAR Award 2015 telah diadakan di Lexis Hibiscus, Port Dickson. Dalam STAR Award ini terdapat banyak kategori yg telah dipertandingkan dan menetapkan requirement yg berbeza-beza untuk melayakkan seseorang agen atau leader itu bergelar sebagai penerima anugerah.

Seperti biasa, ZEST dan saya semestinya merupakan salah seorang daripada penerima anugerah. Penyampaian anugerah telah dimulakan dengan sessi forum selama sejam yg telah membariskan ahli-ahli panel yg cukup hebat dalam lapangan masing-masing. Dr Anje Radzi dari ZEST turut menjadi ahli panel pada forum yg berlangsung dengan penuh kegamatan dan infomatif.

IMG_1430

Zesters yang layak menerima STAR Award 2015

Dr Anje sebagai ahli panel forum

Dr Anje sebagai ahli panel forum

Setelah selesai berforum, maka bermulah penyampaian anugerah kepada para awardees…

Saya menerima STAR MEGAStar 2015

Saya menerima STAR MEGAStar 2015

Malamnya pula, mestilah ada gala dinner sambil penyampaian anugerah terulung bagi setiap kategori.

Lupa pulak ambil gambar di meja makan... Tengok baju je lah ye...

Lupa pulak ambil gambar di meja makan… Tengok baju je lah ye…

Lepas dah habis gala dinner and award presentation, maka tibalah masanya untuk menikmati bilik penginapan yang sangat-sangat best. Kalau Grand Lexis tu best, Lexis Hibiscus lebih best lagi tau…

Saya dok bahagian tower. So bole la nampak kelopak hibiscus kat belakang tu. Ada kawan lain dok kat kelopak dan daun...

Saya dok bahagian tower. So bole la nampak kelopak hibiscus kat belakang tu. Ada kawan lain dok kat kelopak dan daun…

Banyak facilities dalam bilik kat Lexis Hibiscus ni. Antaranya kolam renang, meja kerja, sauna, bilik mandi dengan tub dan berasingan dari tandas, katil queen yang sgt selesa untuk sorang baring, sinki yang luas dan private, sofa etc.

Credit photo to Shailey Azizah

Credit photo to Shailey Azizah

Jelas kelihatan di sini bahawa, apabila menerima award, pasti akan ada accomodation dan dinner yg hebat akan disediakan. Apa salahnya menikmati kehidupan secara santai tetapi berkualiti tinggi kan… Kalau anda selalu berkira-kira nak keluarkan duit sendiri untuk lodging and meal yang baik, marilah sama-sama join saya sebagai Agen Takaful. Komisyen dapat, award dapat, trip dapat, dinner dapat, kawan2 yg positif dapat, pahala apatah lagi…

Jom sertai saya sekarang dengan hubungi 017-3723344 atau tinggalkan resume di sini. Saya akan membimbing anda untuk kekal maju di dalam industri takaful di Malaysia yg masih luas potensinya!

 

Share This:

Pada 17 Februari 2016 satu sambutan khas bagi meraikan kejayaan team kami mencapai 1 Million Dolar Unit (Unit ye, bukan Group!) telah diadakan di Rest Latest Recepy, Le Meridien KL. Sambutan ini dianggap istimewa kerana hanya agen-agen terpilih sahaja yg akan dipilih untuk diraikan oleh UM Ira selaku Unit Manager. Semestinya saya adalah salah seorang agen terpilih tersebut!

IMG_9740

Suri, Reny, Pijot, Anje, Naja dan Nalia bersama GM Zarina & Um Ira

Di kalangan yang diraikan di atas pun, ada yang dapat hadiah ada yang tak!!! ๐Ÿ˜›

Saya mestilah yg dapat hadiah kan….. Hadiah ini hanya untuk Top 3 Agent + Supremacy Qualifier di dalam Unit UM Ira. Saya No.2 ๐Ÿ˜€

IMG_9745

Yea!! Dapat hadiah (Taksir Al-Quran Humaira + Wang Tunai) daripada UM Ira yg tinggi lampai bak galah tu

Terima kasih UM Ira atas penghargaan yg diberi. Lain kali bagi la lagi!

Di sini suka saya nak mengajak terutamanya fresh grad yg baru habis belajar tu untuk sama-sama menceburkan diri dalam bidang takaful ni yg pada saya banyak keindahannya. Setiap apa yg kita cari atau impikan sangat-sangatlah boleh dicapai dalam takaful ni. Janganlah kita hanya kejarkan status glamour pekerjaan di pejabat kita tanpa kita tahu bahawa diri kita mempunyai bakat dan kemampuan yg sepatutnya di asah lagi untuk mencapai tahap kegemilangan yg jauh lebih bermakna bagi diri kita dan orang sekeliling.

Jom bersama-sama saya mengharungi cabaran dan menikmati kepuasan dalam berkerjaya hanya dengan bergelar seorang perunding takaful! Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 atau tinggalkan resume anda di sini.

Share This:

Dalam Zest Group, teamwork telah lama dibudayakan. Ini kerana pengasas Zest Group sendiri iaitu GM Zarina teramat mempercayai kuasa dan keajaiban yg akan berlaku dengan keutuhan sesebuah teamwork itu. Dengan teamwork, banyak isu atau permasalahan dapat dilerai atau diselesaikan dengan penuh hikmah. Sebagai contoh, satu siri latihan yang menyeluruh, intensif, komprehensif dan sistematik dapat dilaksanakan dengan mudah lagi berkesan. Siri latihan yang berat begitu sudah pastinya amat sukar untuk disempurnakan jika hanya satu orang sahaja yg mengendalikannya. Di Zest Group, teamwork dan semangat kekitaan sememangnya begitu mendalam di kalangan agen-agen. Agen-agen seolah-olah sudah menjadi seperti keluarga di antara satu sama lain.

11988418_10200975848795549_3292468377367869146_n

11050696_10200678883931613_6578835483056240392_n

11216708_10200975849115557_5498425875368829609_n

11255786_10200564976003986_4928132923903181486_n

11899840_10200933217849802_7125211189817194853_n

11986473_10200975845435465_8466073211690110552_n

11990521_10200975839995329_7117108436877036075_n

Teamwork juga menjadikan perkongsian ilmu dan perpindahan maklumat boleh berlaku dengan lebih cepat dan menyeluruh. Penyertaan setiap agen dalam kerja berkumpulan juga sedikit sebanyak dapat mengasah kemahiran berkomunikasi secara lebih berkesan. Siri latihan yg digarap oleh leaders sememangnya memenuhi keperluan agen-agen untuk melengkapkan diri masing-masing untuk turun ke lapangan melakukan promosi dan jualan.

Agen yg lebih berpengalaman sudah pasti akan membuat perkongsian yg amat bermanfaat kepada agen-agen baru yg lainnya. Teguran, nasihat dan pandangan para leaders juga wajar dijadikan panduan agar agen-agen tidak tersalah atau terpesong dari landasan sebenar ketika membuat pemasaran atau pembentangan produk-produk Great Eastern Takaful.

Bagi yang sedang tercari-cari kumpulan agensi mana yang nak disertai, hentikanlah pencarian anda! Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk bersama-sama kami menyebarkan manfaat takaful ke seluruh pelusuk Malaysia.

Drop Your Resume Here

Share This:

Assalamualaikum & Hai Semua!!

Inilah kali pertama saya ingin kongsikan kepada anda mengapa saya memilih bidang takaful sebagai kerjaya saya. Sebelum saya bercerita lebih panjang, suka saya ingatkan bahawa setiap apa yang saya coretkan di sini adalah perasaan dan buah fikiran dari sudut pandangan mata saya. Ia mungkin berbeza daripada pandangan mata anda.

helderline.nl-tenaga-dua-11492

Kapal yg saya pernah kerja di dalamnya

Saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Marin) dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan berdaftar dengan Board of Engineers sebagai Jurutera Siswazah. Saya mempunyai beberapa pengalaman kerja dalam bidang maritim sejak tahun 2008 termasuklah pelayaran, pengajaran dan pelabuhan. Saya pernah belayar di dalam kapal LNG MISC untuk beberapa bulan demi menimba pengalaman yg unik sebagai pelaut, bergelar pensyarah selama 1 semester di Akademi Laut Malaysia sbg medium penyampai ilmu perkapalan kepada bakal pelaut dan merupakan seorang pegawai di Bahagian Marin di pelabuhan Northport untuk beberapa tahun. Bidang maritim menjadi pilihan saya sejak di Tingkatan 4 kerana saya mahukan pekerjaan yang mampu memberi gaji lumayan supaya saya menjadi kaya.

Continue reading

Share This:

Assalamualaikum & Hai!

Rasanya semua orang ada angan-angan sejak kecil kan? Saya pun ada! Sejak saya berusia 6 tahun, saya memang teringin sangat nak bergelar Jutawan. Walaupun pada masa itu, saya tak tahu pun Jutawan tu apa! Yg saya tahu saya nak jadi Jutawan. Apabila dah remaja, saya kemaskan sikit angan-angan tu dengan meletakkan masa sebagai syarat. Angan-angan baru saya jadi macam ni “Saya nak jadi Jutawan sebelum 30 tahun”. Sejak dari tu puaslah kira berapa duit nak kumpul supaya bergelar jutawan sebelum umur 30 tahun! Humang aaiiiii!!! Banyaknya nak kena save sebulan kalau nak jadi Jutawan? Lebih kurang RM7,000 sebulan selama 12 tahun. Ada ke duit banyak tu nak simpan? Kerja pun belum!

Bila tahu kena save RM7,000 sebulan selama 12 tahun baru boleh jadi Jutawan, saya terus demoralize. Yelah, mana nak cari RM7,000 untuk disimpan. Masa tu belum kerja. Kalau kerja gaji RM3,000 pun, dah tentu tak boleh simpan RM7,000 sebulan. Saya mula kuburkan angan-angan kanak-kanak saya tu….

Saya pun menjalani kehidupan seperti biasa. Habis belajar masuk kerja. Gaji biasa-biasa. Siap rasa tak cukup. Bila dah rasa gaji tak cukup, kita mesti la fikir macam mana nak cukupkan kan? Akhirnya saya beli sebuah rumah untuk disewakan. Hasil dari sewa rumah tu, saya generate lagi untuk beli sebuah rumah lagi. Dalam masa yg sama, saya menjadikan Agen Takaful sebagai part time job saya. Memang banyak jugak komisyen dari takaful. Maka saya gunakan komisyen, sewa rumah dan gaji tetap untuk membolehkan saya membeli rumah lagi dan lagi dan lagi.

IMG_7294

Rumah Ke-5 dan Ke-6 untuk disewakan 2015

Sehinggalah pada 18 Jun 2015, iaitu sehari sebelum saya berumur 30 tahun, saya tergerak hati untuk mengira berapakah nilai aset yg saya miliki pada saat itu! Alangkah kagumnya saya apabila mendapat tahu bahawa nilai aset yg saya miliki pada waktu itu rupanya sudah pun melebihi RM1 Juta! Wahhhh, rupanya angan-angan saya dah jadi nyata! Walaupun nilai RM1 Juta itu bukanlah nilai tunai dalam tangan saya, tetapi sekurang-kurangnya saya dah capai nilai juta itu!

Siapa sangka, side income kita rupanya mampu mempercepatkan impian kita tercapai! Selain dari mampu membeli hartanah, side income saya juga mampu menerbangkan saya keluar negara. Lebih-lebih lagi negara Eropah yg biasanya ramai sangat orang nak pergi! Saya takde lah nak sangat ke Eropah tu. Tapi sebab ramai orang nak pergi, so saya pun pergi je la…

Jalan2 sikit...

Jalan2 sikit trip ketiga 2014…

Dengan side income jugalah saya dapat beli kereta baru. Bukanlah Merc ke BM ke Audi ke… Tapi bukanlah juga kereta yg paling banyak di Malaysia kan? Saya juga ada beli 1 MPV lagi utk kegunaan keluarga ๐Ÿ™‚

Kia Cerato K3 1.6

Kia Cerato K3 1.6 2014

Lihat… Siapa kata kerja biasa-biasa tak boleh jadi Jutawan? Siapa kata kerja biasa-biasa tak boleh keluar negara? Siapa kata kerja biasa-biasa tak boleh beli kereta import? Semuanya boleh jika kita rajin mencari sumber pendapatan tambahan kan? Dan sumber pendapatan tambahan yg baik adalah yg mampu berkembang pesat dgn sedikit usaha! Salah satu darinya sudah tentulah menjadi Agen Takaful di Great Eastern Takaful!

Jom saya tunjukkan bagaimana nak menjana pendapatan dari Takaful! Jom saya ajar macam mana nak jadi agen yg dipercayai! Nak exam pun hanya perlu bayar RM84.80 saja… Masih berkira? Masih ego untuk berjaya?

Call Suri Fitriah di 017-3723344 sekarang!

Drop Your Resume Here

p/s : Maaf jika ada yg tak gemar dgn post begini. Saya buat post ini sekadar nak beritahu dan ajak orang ramai di luar sana untuk berimpian dan majukan diri. Jangan menunggu bulan jatuh ke riba.

Share This:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua!

Saya tahu ramai orang di luar sana sedang berkira-kira untuk melakukan part time job. Kalau dah nama part time sudah tentu ia sepatutnya lebih fleksibel, lebih ringkas dan mampu memberi pendapatan yg kompetitif. Tahu atau tidak, part time agent takaful sebenarnya adalah satu job yg patut anda jadikan pilihan utama ketika memilih part time job. Mengapa agen takaful kena jadi pilihan utama? Jawapannya cukup mudah! Anda boleh tukar dari part time kepada fulltime bila-bila masa dan kerjaya sebagai agen takaful boleh dianggap tiada kongkongan dari segi kerja yg mana kita boleh pergi sejauh mana dan sebanyak mana pun.

Baiklah, sekarang saya nak kongsikan mengenai bidang tugas seorang agen takaful. Secara kasarnya saya bahagikan kepada 3 kerja utama yang wajib dilakukan oleh seorang agen :-

Mendapatkan Peserta

Kalau dah nama pun agen, dah tentulah kita kena memasarkan produk dari syarikat kita untuk dinikmati manfaatnya oleh para pelanggan/peserta. Jadi perkara yg mesti dilakukan oleh agen pastinya menarik minat orang ramai untuk memiliki produk yg ditawarkan. Dalam kes takaful, maknanya agen kena ajak orang untuk sign up supaya memiliki sijil takaful. Banyak cara untuk membuatkan orang ramai tertarik untuk sign up takaful dengan kita. Antaranya melalui kempen kesedaran, penceritaan kisah benar, statistik sebenar, fakta angka dan banyak lagi.

Dari mana nak dapatkan peserta? Cukup mudah! Mulakan dengan orang terdekat dan orang sekeliling dahulu. Paling-paling kurang pun ahli keluarga. Pastu kawan. Pastu jiran. Pastu bekas guru. Dan seterusnya lah….. Pastu kita dapatkan referal pula dari orang2 yg dah jadi cleint kita. Kalau dah habis orang sekeliling dan referal, kita boleh dapatkan peserta dari kalangan stranger pula. Iaitu org yg langsung kita tak kenal.

Banyak cara nak dapatkan peserta. Kita hanya perlu rajin dan konsisten ๐Ÿ™‚

Peserta menandatangani borang penegsahan penyertaan setelah memahami isi kandungan perlindungan yg akan dimilikinya :-)

Peserta menandatangani borang pengesahan penyertaan setelah memahami isi kandungan perlindungan yg akan dimilikinya :-)

 

 

Menguruskan Penyertaan Peserta

Bila dah berjaya dapatkan orang untuk sign up, dah tentu kita kenalah uruskan pendaftaran penyertaannya pula. Hal ini pun tidaklah sesukar mana. Apa yg perlu kita dapatkan ialah maklumat lengkap tentang diri peserta itu termasuklah tahap kesihatan dan sejarah perubatannya. Setelah semua maklumat yg diperlukan lengkap, maka kita kenalah submit kepada HQ untuk dinilai permohonnya. Untuk membolehkan permohonan diproses, wang caruman perlulah dibayar semasa pendaftaran juga. Keputusan permohonan akan diketahui setelah proses underwriting selesai. Menjadi tanggungjawab agen juga untuk membantu bakal peserta menyediakan maklumat-maklumat tambahan jika diminta pada peringkat underwriting.

Membuat submission secara online

Membuat submission secara online

Hantar hardcopy form ke branch/HQ

Hantar hardcopy form ke branch/HQ

 

Perkhidmatan Selepas Penyertaanย 

Setelah permohonan berjaya, ini bermakna peserta itu telah layak mendapatkan perlindungan seperti yg dipersetujui dalam sijil takafulnya. Buku sijil perlulah diserahkan kepada peserta secepat mungkin. Selepas dari itu, setiap apa tuntutan atau pun perkhidmatan lain yg berkaitan perlulah dilakukan oleh agen bila perlu. Agen juga haruslah sentiasa bersedia untuk menyalurkan apa2 maklumat yg diperlukan oleh peserta. Selain melayan tuntutan, agen juga harus sentiasa berhubung dengan peserta supaya mendapat tahu apa saja perkembangan semasa peserta terutamanya yg melibatkan perubahan tanggungan risiko peserta. Jika terdapat sebarang perubahan pada tanggungan risiko peserta, agen jugalah yang sewajarnya mencadangkan penambahan perlindungan agar sejajar dengan keperluan peserta ๐Ÿ™‚

Menyerahkan cek tuntutan peserta

Menyerahkan cek tuntutan peserta kepada waris yg dinamakan

Melawat peserta dan menguruskan tuntutan secara manual jika perlu

Melawat peserta dan menguruskan tuntutan secara manual jika perlu

Begitulah antara tugas utama yang perlu dilakukan oleh seorang yang bergelar Agen Takaful. Anggaplah semua tugas-tugas yang dibuat tadi sebagai amal dan bakti kepada masyarakat. Kalau tak agen yang buat, siapa lagi? Bekerjalah dengan penuh keikhlasan. Sesungguhnya rezeki yg Allah berikan, hanya Dia saja yg mengetahuinya.

Drop Your Resume Here

Share This: