Pada 16 hingga 21 Mac 2017 yg lalu, saya bersama-sama qualifiers lain dari seluruh Malaysia telah bercuti ke Beijing, China sebagai hadiah daripada Great Eastern atas kerja keras kami dalam bidang takaful. Percutian ditaja penuh oleh Great Eastern ini amat menggembirakan tambahan lagi Muslim qualifiers semakin ramai dan memudahkan trip dirancang secara patuh-syariah 🙂

Hari pertama

Sampai di Beijing jam 12.50 pagi dan terus di bawa check-in ke hotel. Tidur je lah malam tu kan. Cuaca di Beijing waktu kami melawat adalah sekitar 10 hingga 25 darjah celsius.

IMG_5266

Ni depan hotel kami menginap

Hari kedua

Melawat Tiananmen Square dan Forbidden City. Lepas makan malam menonton acrobatic show pulak.

IMG_5030

Di Tiananmen Square. Setiap hari waktu pagi dan petang, orang ramai boleh berkumpul di sini untuk menyanyikan lagu negara semasa upacara menaik dan menurunkan bendera neagara

IMG_5261

Dah dalam Forbidden City. Ada 7 gate dari selatan ke utara. Dalam Forbidden City ni ada 9999.5 bilik. Bilik2 ni adalah untuk isteri-isteri Maharaja yg mencecah 3000 orang semunya

IMG_5224

Sebelum menonton acrobatic show selama 1 jam

Hari ketiga

Bertandang ke Gu Bei Water Town di sebelah pagi. Hidangan stimboat untuk makan tenghari. Lepas tu mendaki Simatai Great Wall.

IMG_5171

Gu Bei Town ini dibina semula semirip bandar air asalnya

IMG_5106

Makan dulu sebelum naik kereta kabel ke Simatai Great Wall

IMG_5063

Sampai pun di Simatai Great Wall. Mengah jugak nak naik ke atas ni. Memang ada laluan sempurna tapi sungguhlah curam.

IMG_5100

Cantik kan view di Simatai Great Wall ni. Takde lah menyesal panjat tinggi-tinggi

Hari keempat

Melawat Bird Nest Olympic Stadium dan Blue Cube. Lepas tu menyelusuri Hutong dengan menaiki beca. Gala Dinner dengan hidangan dan persembahan untuk Maharaja.

IMG_5167

Stadium Olimpik 2008 yang mampu memuatkan 110,000 penonton dalam 1 masa. Dibina oleh arkitek Sweden dengan kos 3.1 Billion Renminbi

IMG_5262

Blue Cube yang berekabentuk seperti sisik ikan. Semua acara akuatik berlangsung di sini

IMG_5272

Depan hall gala dinner

IMG_5269

Depan restoren sebelum gala dinner

Hari kelima

Melawat Niu Jie Mosque. Masjid tertua di Beijing.

IMG_5258

Masjid Niu Jie ni memang 100% rekabentuk Cina

IMG_5244

Depan dewan solat wanita. Memang terpisah dari dewan solat lelaki.

Yang tempat-tempat shopping takyah lah tunjuk ye. Shopping je pun. Dari lawatan percuma ini, saya membuat kesimpulan bahawa Beijing adalah satu bandar yang sangat bersih dan teratur.

Macam mana? OK juga kan jadi agen takaful? Jalan-jalan ke tempat yg baik secara percuma dan diatur dengan baik. Jom hubungi saya untuk tahu lebih lanjut lagi tentang kerjaya sebagai agen takaful. Suri Fitriah 017-3723344.

Share This:

Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 demi kerjaya yg gilang gemilang!

Share This:

Assalamualaikum & Hi Semua,

IMG_2127

Saya dengan rasa sukacitanya nak sangat mengajak anda di luar sana untuk menyertai saya sebagai Rakan Niaga Takaful atau bahasa terangnya Agen Takaful seperti saya! Kenapa anda perlu jadi Agen Takaful ni?

1-   Kawal masa sendiri

2-   Income yang berbaloi dan tanpa had dengan usaha yang dikeluarkan

3-   Menaiktaraf ekonomi keluarga

4-   Menyebarkan maklumat penting tentang Islam dan Kehidupan

5-   Mendapat ganjaran berlipat ganda daripada syarikat

6-   Memperbaiki kualiti diri

7-   Memiliki perniagaan dengan acuan sendiri

8-   Bercuti ke luar negara secara PERCUMA 100%

9-   Setiap kejayaan diraikan bersama dan dihargai

10- Kenaikan pangkat tanpa menunggu kekosongan

Saya tidak minat untuk hanya menceritakan perkara yang indah saja. Anda perlu rasainya sendiri dan buat keputusan sama ada bidang ini bagus atau tidak untuk anda!

Buat masa ini saya sangat mengalu-alukan 12 lelaki-lelaki sado hensem di luar sana yang sudah berkeluarga tetapi sering kesuntukan wang untuk join kami sebagai Agen Takaful. Tak rugi pun mencuba. Modal cuma RM84.80!

Tahniah kepada Hafiz yang sudah pun mendaftar untuk TBE Exam 20 Ogos ini! Saya perlukan lagi 11 orang… Mari, jadilah salah satu daripada bapa/suami yang sanggup berkorban untuk kesejahteraan keluarga!

apiz

Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk mendaftar sebagai Agen Takaful Great Eastern!

Share This:

Assalamualaikum & Hai Semua,

Tahukah anda bahawa setiap ahli yang menyertai team saya (Suri Smart Partnership-SSP) akan diberi latihan dan bimbingan khusus daripada saya mengikut level dan keperluan seseorang agen itu. Saya tidak akan membiarkan atau meninggalkan anda terkontang-kanting sendirian dalam industri takaful ini. Setiap perkara yang perlu anda pelajari dan kuasai, akan saya curahkan dari semasa ke semasa agar anda berjaya menjadi seorang Agen Takaful yang berdaya maju dalam lapangan nanti.

Pada 23 Julai yang lalu, satu sesi intensif telah saya adakan khas untuk agen-agen di bawah SSP. Sesi pagi dihadiri oleh Naja, Dinn dan Fandi. Sesi pagi kita buat kelas di Zest Office.

Bimbingan Intensif ini sebenarnya dibahagikan kepada 5 segmen iaitu :-

  1. Tak Kenal Maka Tak Cinta
  2. Cinta Production
  3. Sayang Clients
  4. Kasih i-GreatPartner
  5. Rindu Aktiviti

Kalau nak tahu apa isi kandungan segmen-segmen ini, kena lah join saya sebagai ahli SSP! 😛

Call Suri Fitriah 017-3723344

IMG_2077

Ahli SSP yang komited datang kelas pagi Sabtu. Semua semangat nak tingkatkan kemahiran diri!

IMG_2083

Segenap aspek telah disentuh termasuklah penggunaan Portal Agen Great Eastern Takaful yang dinamakan sebagai i-GreatPartner

Sesi pagi turut mendapat dokongan hebart daripada Agency Manager Ira yg turut memberi input mengenai "Grand Opening"

Sesi pagi turut mendapat dokongan hebart daripada Agency Manager Ira yg turut memberi input mengenai “Grand Opening”

Oleh kerana tidak semua ahli SSP berkelapangan pada sesi pagi, maka saya juga membuka latihan untuk sesi malam di rumah saya. Sesi malam dihadiri oleh Syaiful sahaja memandangkan Miza terpaksa mengutamakan keluarganya sempena sambutan Hari Lahirnya yang Ke-30 pada hari itu.

Banyak bahan yang dibawa oleh Syaiful untuk pengukuhannya

Banyak bahan yang dibawa oleh Syaiful untuk pengukuhannya

Sesi latihan seperti ini akan sentiasa diadakan mengikut permintaan dan keperluan. Selain dari sesi khas SSP, semua agen juga sebenarnya diperkasakan dengan latihan dan bimbingan dari pihak agensi mahupun Great Eastern Takaful sendiri.

Anda pastinya dilatih dari tidak tahu apa-apa kepada tahu semuanya. Bakat anda semestinya digilap sedikit demi sedikit sehinggalah anda menjadi Agen Takaful yang unggul dan kompeten.

Untuk menyertai saya sebagai Agen Takaful, boleh terus hubungi saya Suri Fitriah di talian 017-3723344 sekarang!

Share This:

Hi & Assalamualaikum!

Salam Ramadhan kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini membawa kita selangkah lebih baik dari sebelumnya 🙂

Pada 20 Jun 2016 yg lalu, saya dan rakan-rakan agen yg lain dari segenap pelusuk Central Region GETB telah pun sama-sama meraikan dan turut serta dalam IFTAR GETB 2016. Untuk melayakkan diri menghadiri Iftar yang turut diserikan oleh CEO GELM dan CEO GETB ini, kami perlu mencapai kriteria minimum yg telah ditetapkan. Maka, beramai-ramailah kami mengqualifykan diri untuk menyertai Iftar di The Westin Hotel, Kuala Lumpur. Seramai 17 orang Zesters telah pun layak untuk Iftar ini. Tetapi ada beberapa orang tak dapat hadir ke majlis gilang-gemilang ini.

Iftar & Raya Celebration Qualifiers bersama CEO GELM & CEO GETB

Iftar & Raya Celebration Qualifiers bersama CEO GELM & CEO GETB

Lupa ambil gambar makanan masa mula-mula makan

Lupa ambil gambar makanan masa mula-mula makan

We Are Qualifiers!

We Are Qualifiers!

Maaflah saya tidak berbusana muslimah hari tu. Ada urusan mengejut sampai tak sempat pakai baju yg lebih sesuai

Maaflah saya tidak berbusana muslimah hari tu. Ada urusan mengejut sampai tak sempat pakai baju yg lebih sesuai

Ramai agen lain lagi dalam majlis ini. Jelas menunjukkan bahawa ramai orang bersetuju memilih kerjaya sebagai agen dan berjaya dalam bidang ini. Anda nak cuba lalui apa yg kami lalui? Cepat hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk mengetahui lebih terperinci tentang kerjaya sebagai perunding takaful ini. Ia tidaklah sesukar mana! Jom sertai kami!

 

Share This:

Aktiviti akhir bersama-sama Zesters sebelum Ramadhan menjelang.

Pada 4 Jun 2016 yg lalu, ZEST Cup kembali untuk Quarter 2 pulak. Quarter 1 kita dah menyaksikan bahawa team hitam telah bergelar johan futsal Zest Cup. Badminton kali ini, adakah masih team hitam menjadi johan? Jom tengok!

Merah Membara Pasti Juara!!! Nampak tak saya yg mana? Dari kiri - Fizie, Suri, Dhaniah, Emma, Aiman dan Rafiq

Merah Membara Pasti Juara!!!
Dari Kiri – Fizie, Suri, Dhaniah, Emma, Aiman, Rafiq

Permainan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan B. Kumpulan A terdiri daripada team Merah, Hijau dan Biru. Manakala Kumpulan B terdiri daripada team Hitam, Ungu dan Kuning.

Pasangan Mix Double Team Hitam Abg Zaimi & GAM Zarina (Confirm kalah)

Pasangan Mix Double Team Hitam
Abg Zaimi & GAM Zarina
(Confirm kalah)

Pasangan Men Double Team Hijau Hebart ni sorang kanan sorang kidal

Pasangan Men Double Team Hijau
Hebart ni sorang kanan sorang kidal

Semi final menyaksikan Hitam vs Merah dan Ungu vs Hijau!

Double Lelaki Team Biru Gaya dah best, apakan daya tak menang!

Double Lelaki Team Biru
Gaya dah best, apakan daya tak menang!

Mix Double Team Biru Nampak tu Cikgu Naja macam nak tebar roti canai

Mix Double Team Biru
Nampak tu Cikgu Naja macam nak tebar roti canai

Final tak lain tak bukan, mestilah Team Merah vs Team Ungu!

Double Lelaki Team Ungu Yg depan tu Fandi main memang bergaya

Double Lelaki Team Ungu
Yg depan tu Fandi main memang bergaya

Mix Double Team Ungu Din tu nampak je kecik, tapi perkasa bak hang!

Mix Double Team Ungu
Din tu nampak je kecik, tapi perkasa bak hang!

Alangkah gumbira rasanya hati-hati team selain hitam setiap kali team hitam kalah! Atas banyak kekalahan team hitam, maka dah tentulah johan bertukar tangan.

Johan - Team Ungu

Johan – Team Ungu

Menang menentang merah…

Naib Johan - Team Merah (Saya boleh main lah!)

Naib Johan – Team Merah
(Saya boleh main lah!)

Dikalahkan dengan begitu tipis sekali oleh Team Ungu.

Ketiga - Team Hijau

Ketiga – Team Hijau

Menang melawan Team Hitam!

Ni la hakak sado yg paling bertanggungjawab mempastikan setiap sukan Zest Cup berjalan dgn lancar dan sempurna - AM Ira @ Bam Bam

Ni la hakak sado yg paling bertanggungjawab mempastikan setiap sukan Zest Cup berjalan dgn lancar dan sempurna – AM Ira @ Bam Bam

Letih nampaknya presiden Unit Event ZEST ni ya…

Semoga berjumpa lagi dalam Zest Cup Q3 nanti

Semoga berjumpa lagi dalam Zest Cup Q3 nanti!

Jika anda memang tercari-cari satu kelompok kerja yg bukan sahaja hebart bekerja, bahkan hebart juga bermain, maka di sinilah tempatnya. Bukakan hati lapangkan minda, ceburi bidang takaful yg menjanjikan lebih kepuasan dalam kehidupan dari segenap sudut! Call saya Suri Fitriah di 017-3723344 atau Drop Your Resume Here! Saya bongkarkan realiti kerjaya dalam bidang takaful ni…

Share This:

Sudah lebih 50 bulan saya bergelar sebagai agen di Great Eastern Takaful. Dalam tempoh itu, sudah lebih dari 100 claim telah saya uruskan. Claim-claim yang dibuat termasuklah claim bil perubatan dalam medical card, bil perubatan kemalangan, bil perubatan sebelum kemasukan wad, bil perubatan selepas kemasukan wad, elaun hospital, elaun MC akibat kemalangan dan juga kematian!

Contoh Claim Status yang telah disubmit

Contoh Claim Status yang telah disubmit

Suka saya nak beritahu bahawa proses claim ini adalah sangat mudah dan pantas. Hanya dengan menyediakan dokumen lengkap, claim anda memang mudah diuruskan. Dokumen pun bukanlah dokumen yg bagai menanti bulan jatuh ke riba baru boleh dapat.

Tips melancarkan proses claim terutamanya perubatan :-

1-   Beritahu latar belakang kes anda semasa kejadian berlaku kepada agen. Tujuannya supaya agen tahu jenis claim dan apakah borang dan dokumen yang perlu disediakan. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga sebab boleh elakkan daripada buat kerja dua kali atau ulang-alik ke hospital.

2-   Terus minta doktor isi borang claim semasa dalam tahanan di wad. Tujuannya supaya tidak dikenakan caj tambahan sebab request di luar waktu rawatan dan perlu buka arkib untuk doktor sediakan report. Agen kena cepat sampaikan forms kepada client/doctor supaya senang.

3-   Buat salinan yang terus disahkan oleh pihak hospital. Hal ini penting jika nak claim lebih dari satu company.

4-   Berikan dokumen dan borang yg lengkap diisi kepada agen untuk dihantar ke HQ. Jangan lupa buat copy supaya senang nak rujuk sekiranya ada lagi keperluan tambahan dari pihak takaful/insurans.

Mudah je kan sebenarnya. Sepanjang pengalaman saya, claim memang tak susah. Pernah juga hantar hari ni, esok dah approved! Kalau kes yg standard dan straight forward memang dlm masa 2 minggu dah boleh settled. Cuma kes yg perlu further investigation memang makan masa lebih sedikit. Tetapi itu pun tertakluk kepada masa bertindak maksimum 3 bulan. Sekiranya syarikat masih gagal dapatkan maklumat tambahan yg diperlukan, claim akan tetap terus dibayar :-). Bagus kan macam tu?

Kepada orang-orang diluar sana yang masih ragu-ragu sejauh mana kebenaran akan dapat claim dari syarikat insurans/takaful, hapuskanlah keraguan itu. Claim ini benar-benar wujud dan benar-benar dapat!

Contact saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk dapatkan perlindungan takaful yang memang boleh claim!!!

Share This:

Pada 16 Mei 2016 telah berlangsungnya CAN Award bagi Central Region 1 di Great Eastern. Pada CAN Award kali ini, saya buat julung-julung kalinya mendapat anugerah dalam kategori recruiter. Anugerah itu dikenali sebagai Master Builder Award. Award ini diberi demi menghargai agen-agen yang bertungkus lumus untuk mengajak lebih ramai orang di luar sana agar turut serta bersama kami memilih kerjaya sebagai agen insurans/takaful! Maknanya saya berjaya mencapai minimum requirement utk membawa agen-agen baru dalam Q1 2016.

Master Builder Award Q1 2016

Master Builder Award Q1 2016

Yeeaayyy!!!! Gumbira!

Yeeaayyy!!!! Gumbira!

Bersama MBA lain dari SNU Team. Dari kiri AM Ira, Dr Anje, Saya dan Nalia

Bersama MBA lain dari SNU Team. Dari kiri AM Ira, Dr Anje, Saya dan Nalia

Saya rasa sungguh seronok dengan terbentuknya secara perlahan-lahan ahli kumpulan saya tersendiri. Agen-agen di bawah naungan Suri Smart Partnership semuanya mempunyai semangat juang yang tinggi dan hala tuju yang jelas dalam kerjaya sebagai agen takaful ini. Walaupun semuanya part time, namun komitmen yg diberikan langsung tidak berbelah bahagi dan patut diberikan perhatian!

Ahli SSP Atas Dari Kiri : Miza, Suri, Naja Bawah dari Kiri : Dinn dan Syaiful

Ahli SSP
Atas dari Kiri : Miza, Suri, Naja
Bawah dari Kiri : Dinn dan Syaiful

Ada sorang tertinggal! Fandi

Ada sorang tertinggal! Ini Fandi

Nampak tak? Memang segak bergaya, tampan, ayu dan manis belaka ahli-ahli Suri Smart Partnership (SSP) ni kan! Kami bukan saja kacak dan lawa malah sungguh hebart dalam memberi rundingan berkaitan pengurusan kewangan Islam! Nak sertai kami? Call 017-3723344 bercakap dengan Suri Fitriah.

Atau nak jadikan kami sebagai Agen Handalan anda? Hubungi Suri Fitriah di 017-3723344.

 

Share This:

Sebagai salah seorang agen lama dan bakal leader di Zest, saya telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan sebahagian daripada training khas untuk para agen baru yang digelar Baby Zesters. Kebiasaannya saya akan berkongsi ilmu dan kemahiran pada #oymbbg v1. Tetapi untuk bulan April saya berpeluang menjadi trainer untuk #oymbbg v2 pula. Dalam #oymbbg v2, agen baru akan dilatih dan diberi pendedahan tentang produk i-Great Amal, menggunakan software mengira quotation GETBIS, melayari portal agen i-GreatPartner dan juga kaedah mengisi borang-borang yang berkesan. Sesi ini berlangsung selama 4 jam dari 10 pagi hingga 2 petang.

12985596_10201662549202630_1628074483671583868_n

Ajar cara nak semak dan jaga payment client supaya tidak lapse

bbg v2 apr

Menerangkan secara details segala sebab musabab yang berlaku industri takaful

IMG_0746

Baby zesters semua tekun membuat quotation menggunakan GETBIS

IMG_0755

Lunch dulu sebelum sambung sesi petang

IMG_0751

Comel kan baby zesters!

IMG_0759

Sesi petang disambung oleh GAM Zarina pula sementara saya membuat troubleshoot untuk computer2 baby zesters

Jika anda tercari-cari kerja yang penuh dengan bimbingan rapi, tak salah anda terus hubungi saya, Suri Fitriah 017-3723344 untuk menjadi sebahagian daripada kami. Latihan yg diberikan di Zest sentiasa di kemaskini dan diperhalusi keberkesanannya. Jom jadi agen takaful bersama Zest! Kami bimbing anda hingga ke mercu!

Share This:

Pada 4 hingga 7 April yang lepas, saya dan beberapa rakan dari Zest telah pun menghadiri Basic Agency Management Course (BAMC) di Menara Great Eastern. Kursus ini adalah kursus wajib yang mesti dihadiri oleh sesiapa yang akan mengupgradekan dirinya dari status Agent kepada Agency Manager. Kursus ini adalah salah satu syarat wajib yang telah digariskan oleh The Malaysian Insurance Institute (MII) demi mengawal kualiti Agency Manager yang bakal dilahirkan. Jelas di sini bahawa, kerjaya dalam bidang takaful/insurans adalah kerjaya professional yang hanya boleh dilakukan oleh orang berkelayakan sahaja. Hentikanlah pandangan negatif terhadap kerjaya sebagai agen takaful ini kononnya hanya untuk orang yang tiada kelulusan tinggi. Sebab itu jadi agen saja. Pandangan ini sudah lama ketinggalan sebenarnya 🙂

bamc book

Ada 9 Modul selama 4 hari. Setiap Modul ada homework yang akan dihantar ye…

IMG_0717

Trainer kami namanya Raymond. Fasih berbahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin. Banyak buat lawak jugak. Hehehe…

IMG_0699

Hari Kedua. Setiap hari kena ubah kedudukan tau..

IMG_0704

Hari Ketiga. Dah nampak keletihan di situ!

IMG_0713

Hari Keempat. Hari paling seronok sebab dah last dan duduk semeja dgn Isaac yang suka buat kelakar

bamc

Group photo kami sebelum menutup kelas BAMC tu.

Kursus ini belum sempurna lagi kerana kami semua perlu menduduki peperiksaan akhir pada 11 Jun 2016. Markah dari kelas ini sahaja seperti markah kehadiran, penyertaan, homework, teamwork cuma menyumbang 30% dari markah keseluruhan. Baki 70% lagi adalah dari peperiksaan akhir. Maka kami kenalah berusaha sedaya upaya di final exam nanti sebab markah lulus kesuluruhan kursus ini adalah 60 markah! Doakan kejayaan kami dalam syarat wajib nak jadi Agency Manager ni.

Bagi sesiapa yang baru tahu bahawa kerjaya sebagai agen ini sungguh bermasa depan yg cerah, silalah hubungi saya, Suri Fitriah 017-3723344 untuk mendapatkan penerangan lanjut. Kalau segan nak call, tinggalkan maklumat diri di sini dan saya akan call anda! Jom bersama-sama memartabatkan industri takaful di Malaysia ini!

Share This: