Hai & Assalamualaikum Semua,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya telah pun secara rasminya bergelar Agency Manager pada Tahun 2017 ini! Demi mempastikan bahawa setiap Agency Manager yg baru dapat mengetahui dan mampu menjalankan tugas sebagai Leader dengan sempurna, Great Eastern menganjurkan satu siri kursus kepimpinan yg dikenali sebagai Professional Leadership Series Y1 (PLS Y1). PLS Y1 wajib disertai oleh semua Newly Promoted Agency Manager pada tahun pertama kenaikan pangkat. PLS Y1 ini berlangsung selama 3 Hari 2 Malam di ABC Camp, Janda Baik. Kalau dah namanya camp, anda pun boleh faham la macam mana keadaannya kan? Ini bukan vacation! Ini ujian fasa peralihan dari zon kebiasaaan sebagai agen untuk berganjak ke zon pengurus agensi. Memang sengaja tak diberi selesa!

IMG_4489

Sebahagian dari peserta PLS Y1 17-19 Februari 2017

Dalam kursus bersiri ini segala pengetahuan, keperluan, kemahiran dan teknik dalam mengendalikan agensi dan para agen akan dikongsikan oleh Trainers dan juga para peserta. Siri ini dimulakan dengan pengenalannya yg menitikberatkan soal perancangan agensi. Ada 6 lagi modul yg akan menyusul dan siri ini juga dilengkapkan dengan sesi coaching secara berkala hingga bulan Julai. Banyak Latihan Dalam Kumpulan dalam siri kursus kepimpinan ini.

Ini team saya dalam PLS Y1. Kami menggelarkan diri kami CLA

Ini team saya dalam PLS Y1. Kami menggelarkan diri kami CLA. Saya, Teng, BC, Choo, Dr Nasa, Padma & Fiza

Ini kumpulan dah dicampur-adukkan

Ini kumpulan dah dicampur-adukkan

Stretching hari pertama sebelum jogging secara individu

Stretching hari pertama sebelum jogging secara individu

Jogging berkumpulan hari kedua

Jogging berkumpulan hari kedua

Berkongsi tentang aktiviti jogging berkumpulan yg memberi byk pengajaran dan tips

Berkongsi tentang aktiviti jogging berkumpulan yg memberi byk pengajaran dan tips

IMG_4501

Tinggal dalam dormitri saja. Siap dok katil atas! Mengimbau zaman form 1 dulu di KUSESS

Kamilah 3 Agency Manager dari SNUTeam

Kamilah 3 Agency Manager dari SNUTeam

Persediaan rapi dan perancangan yg teliti memang benar-benar penting dalam perjalanan membentuk agensi. Permainannya juga sudah berbeza dengan cara permainan sebagai agen. Saya suka sangatlah nak ajak dan beritahu anda semua bahawa kerjaya dalam takaful bukan kerjaya picisan. Kerjaya ini benar-benar menguji dan menggilap potensi diri yg ada dalam diri kita. Jika anda tidak berasa puas dalam kehidupan, marilah ceburkan diri dalam bidang takaful. Anda tidak akan menyesal!

Sertai saya dan rakan takaful yg lain. Call Suri Fitriah 017-3723344.

Share This:

April Yang Sibuk!

Sekembalinya dari Lexis Hibiscus, maka saya dan Zesters yang lain terus lagi beradrinelin laju untuk event ZEST recognition yang pertama bagi 2016. Q1 2016 Get Together & Recognition ini diadakan pada 23 April 2016 di rumah banglo GAM Zarina Mohamad Sharif sendiri. Sejak awal lagi, Zest Comm sudah pun menjalankan tugas masing2 demi mempastikan bahawa event ini akan berjalan dengan lancar. Ungu warna rasmi ZEST telah menceriakan suasana sepanjang majlis berjalan!

Alih mai alih pi nak bagi selesa

Alih mai alih pi nak bagi selesa

Aktiviti mula2 sekali mestilah sesi fotografi kan…. Bukan senang nak dapat kumpul ramai-ramai baju sama ni!

Zesters Yang Sentiasa Cemerlang

Zesters Yang Sentiasa Cemerlang

Event sebegini diadakan khas untuk lebih merapatkan silaturrahim di kalangan Zesters dan ahli keluarga selain dari hanya dalam formal gathering ZEST yg lain. Aktiviti majlis ini diwarnai dengan jamuan makan, mewarna gambar bagi kanak-kanak, penyampaian anugerah bagi yang layak dan pemakaian pin Zest Comm kepada semua committee.

Menu makan - Nasi, ayam masak lemak, sayur, kambing golek, laksa etc

Menu makan – Nasi, ayam masak lemak, sayur, kambing golek, laksa etc

Anak-anak Zesters pun seronok main warna-warna. Cara terbaik nak kawal kanak-kanak!

Anak-anak Zesters pun seronok main warna-warna. Cara terbaik nak kawal kanak-kanak!

Bagi event seperti ini, saya akan ditugaskan di bahagian Audio Visual bersama dua lagi rakan iaitu Reezal dan Reny.

AV Team selamanya

AV Team selamanya

Majlis dimeriahkan lagi dengan sambutan Hari Lahir bagi orang bulan April!

April Babies

April Babies

Takkanlah asyik nak busy buat tugas je kan… Baru la berbaloi kalau committee juga adalah awardess.

Saya 2nd Runner Up QFYLP Q1

Saya 2nd Runner Up QFYLP Q1

Saya rasa sungguh bertuah bernaung di bawah ZEST yang mempunyai halatuju yang jelas sekaligus mampu membawa lebih ramai orang untuk sama-sama maju di dalam industri takaful. Kepada anda di luar sana, janganlah memandang serong terhadap kerjaya sebagai Agen Takaful/Insurans. Sebenarnya banyak kelebihan dan perkara indah berlaku dalam dunia takaful.

Jom jadi agen macam saya! Saya akan bimbing anda untuk terus kekal dan berdaya saing dalam bidang takaful dan akhirnya memiliki agensi sendiri! Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 atau tinggalkan resume di sini.

Share This: