Assalamualaikum & Hi semua!

Hari ni saya rasa nak kongsi sikit tentang fungsi medical card yang kita ada dengan mana-mana syarikat insurans mahupun pengendali takaful. Seperti yang semua sedia maklum, medical card hanya boleh digunakan terus untuk kes-kes kemasukan ke wad. Kes-kes pesakit luar seperti demam kura-kura, selsema, batuk, pening dan sebagainya tidaklah membolehkan kita untuk menggunakan medical card. Walau bagaimanapun, sekiranya rawatan pesakit luar kita tu membawa kepada kemasukan wad, maka bolehlah kita menuntut semula bayaran yang dikeluarkan sebagai pesakit luar terdahulu. Itu pun bagi sakit yang berkaitan dengan kemasukan wad. Jelas ya? Medical card adalah untuk kes kemasukan wad.

Ok la… Sekarang saya nak cerita pasal seorang client saya yang menjalani rawatan sakit appendiks di KPJ Selangor. Puan Asmida bekerja sebagai penguatkuasa JPJ di Padang Jawa. Walaupun beliau merupakan seorang kakitangan kerajaan yang sudah pastinya akan mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan, Puan Asmida tetap juga mengambil medical card peribadi untuk kemudahan dirinya. Medical card Puan Asmida mula berkuatkuasa pada 29 Januari 2018.

Pada satu hari Rabu (11/7/2018), beliau berasa sakit di bahagian perut. Beliau fikir mungkin itu sakit perut biasa di sebabkan angin. Tiada apa yang beliau lakukan memandangkan sakit itu boleh ditanggung lagi walaupun lebih sakit daripada biasa. Kebetulan pada hari Khamis beliau memang mengambil cuti untuk menyelesaikan urusan sekolah anak. Setelah menghantar anaknya ke sekolah, beliau pergi ke KPJ Selangor kerana sakit perut semalam masih terasa. Jadi beliau nak pergi periksalah apa masalahnya. Ujian ultrasound dibuat ke atas Puan Asmida dan mendapati bahawa appendiksnya telah pun pecah di dalam badan lagi. Oleh sebab itu, pembedahan segera perlu dilakukan pada hari itu juga!

Puan Asmida tidak berlengah lagi dan memberitahu untuk menggunakan medical card Great Eastern Takaful bagi kemasukan ke wad. Pihak KPJ Selangor membuat request surat jaminan (Guarantee Letter – GL) kepada Great Eastern dengan mengemukakan diagnosis. Pihak Great Eastern pula memohon agar keputusan ujian ultrasound diberikan sekali. Setelah keputusan ujian ultrasound diterima, dalam masa 10 minit saja GL dikeluarkan dan Puan Asmida dimasukkan ke wad lebih kurang hampir jam 1 petang.

Pada jam 2 petang, pembedahan mengeluarkan appendiks yang telah pecah itu pun segera dilakukan oleh doktor pakar. Alhamdulillah dalam sejam lebih semua prosedur pembedahan selesai dengan jayanya. Puan Asmida dihantar ke wad untuk berehat dan pemerhatian selepas pembedahan dilakukan selama 2 hari.

Pada hari Ahad, Puan Asmida dibenarkan keluar dari wad dan berehat di rumah. Jumlah bil yang dikeluarkan oleh KPJ Selangor bagi rawatan appendiks Puan Asmida adalah berjumlah RM14,584.80. Oh, mahal juga ya?! Mujurlah Puan Asmida memiliki medical card dan sudah pun melepasi waiting period selama 120 hari. Kos pembedahan ini ditanggung oleh Great Eastern dan Puan Asmida hanya perlu bahagian co-takafulnya sahaja. Puan Asmida sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima baik dari hospital KPJ Selangor mahupun Great Eastern sendiri.

Dalam minggu yang sama, rakan saya juga turut berkongsi kisah tentang client-client beliau yang pernah membuat rawatan appendiks. Ya memang kosnya sekitar RM14k dan ada yang sampai RM19k! Cuba anda bayangkan, sekiranya kos itu perlu dikeluarkan dari simpanan sendiri, bukankah ia amat merugikan. Bagi keempat-empat client kami yang menjalani rawatan appendiks ini, mereka semua masih muda dan tidak pernah terfikir bahawa mereka akan menjalani pembedahan appendiks seperti ini. Mereka juga sebenarnya baru mencarum tidak sampai pun 50% daripada jumlah kos pembedahan yang ditanggung oleh Great Eastern! Jadi, di manakah istilah membazir atau rugi dalam mencarum dengan takaful?

Doktor – Mula mencarum pada Disember 2012 dan menerima rawatan appendiks pada Disember 2014 – Great Eastern tanggung kos 83% melebihi caruman yang dibuat

Guru – Mula mencarum November 2013 dan menerima rawatan appendiks pada Januari 2008 – Great Eastern tanggung kos rawatan 46% melebihi caruman

Doktor – Mula mencarum pada Mac 2016 dan menerima rawatan appendiks pada Julai 2018 – Great Eastern tanggung kos rawatan melebihi 63% dari caruman dibuat

Penguasa JPJ – Mula mencarum pada Januari 2018 dan menerima rawatan appendiks pada Julai 2018 – Great Eastern tanggung kos RM14k sedangkan baru mencarum RM900

Ok anda dapat tak apa-apa maklumat baru dari karangan saya ni? Kalau dapat maklumat baru, bagus!!! Tapi kalau takde apa-apa yang baru, boleh saya tahu apa yang menyebabkan tuan puan semua tak mahu sertai takaful walau hanya untuk perlindungan asas?

Jom jumpa! Boleh saya share banyak lagi tentang takaful. Suri Fitriah 017-3723344.

Share This: