Coverage anda yang sekarang cukup tak?

Ha… Ni nak cerita pasal coverage yang agak besar untuk keluarga. Lebih-lebih lagi jika anda seorang bapa atau pun “rice pot” dalam keluarga anda. Kenapa nak kena ada coverage besar?

Mudah saja. Anggapkan berapa perbelanjaan anda sekeluarga untuk tempoh sebulan? Bayar rumah, bayar kereta, bayar nurseri anak, duit sekolah anak, ansuran perabot, bil elektrik, bil air, bil telefon, bil astro, makanan dan minuman, suratkhabar/majalah, minyak kereta, tol & parking semua-semua lah… Agak2 berapa? Ada dalam RM5,000 tak?

Kalau anda sekeluarga perlu RM5,000 sebulan untuk menjalani kehidupan, boleh tak keluarga anda terus hidup begitu sekiranya anda sudah tiada atau hilang pendapatan? Hilang pendapatan kerana diberhentikan kerja akibat penyakit kritikal atau cacat. Ataupun anda telah kembali ke Rahmatullah…

Hilang pendapatan akibat penyakit kritikal atau cacat adalah lebih memeritkan. Mengapa? Anda sudah tiada pendapatan kerana tidak bekerja tetapi kos rawatan penyakit anda memerlukan sejumlah wang yang banyak. Sudahkah anda bersedia untuk mengalami kemungkinan ini?

Sediakanlah payung sebelum hujan… Ambillah perlindungan takaful yang mempunyai Sum Covered yang besar untuk menghadapi kemungkinan seperti di atas. Dengan persediaan awal ini, anda sekurang-kurangnya menyelamatkan diri anda dan juga keluarga anda daripada mengalami penyusutan ekonomi yang ketara.

Pampasan yang agak besar itu boleh digunakan untuk menyelesaikan baki-baki hutang supaya keluarga anda tidak perlu untuk memikirkan bayaran bulanan di masa akan datang. Selebihnya, wang itu boleh dilaburkan untuk mendapatkan pendapatan bulanan seperti membeli sebuah apartment untuk disewakan bagi mencipta pendapatan bulanan.

Untuk penerangan lanjut, jom hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 surifitriah@gmail.com

Terima kasih kerana sudi membaca!

Share This: