Ramai yang tanya macam mana nak senang lulus loan. Senang je sebenarnya kalau nak lulus loan ni. Syaratnya mestilah menepati kriteria minimum yg bank dah tetapkan. Itu saja. Apa kriteria-kriteria tu?

approved-stamp

1-   Dokumen yg mencukupi

Biasanya kalau nak apply loan, dokumen2 yg nak disediakan termasuklah salinan IC, slip gaji 3 bulan terkini, penyata KWSP terkini, bank statement yg masuk gaji 3 bulan terkini. Mana nak dapat benda ni semua? Kalau bank statement boleh print online atau pergi ke mana2 cawangan bank kita dan request utk dptkn statement. Biasanya ada caj dikenakan seperti RM1 setiap 1 muka surat dicetak. Bayaran ni biasanya ditolak terus dari akaun kita tu. KWSP pulak kita boleh print dari kiosk KWSP ataupun secara online di website KWSP. Tapi yg online ni kenalah sign in sebagai ahli portal dulu.

Bagi yg bekerja sendiri atau berniaga pun lebih kurang sama. Sediakan sijil SSM dan 6 bulan bank statement yg menunjukkan kemasukan hasil perniagaan atau punca pendapatan tu.

Tips : Untuk kesihatan kewangan nampak cantik dan elok, ada baiknya kita plan siap2 setiap kemasukan duit. Walaupun nilai kecil, tapi kalau kita masukkan ke dalam akaun, dia akan memberi nilai tambah pada kesihatan kewangan kita. Lagi banyak kemasukan lagi bagus! Apa saja punca duit yg kita dapat, eloklah dibank in kan ke dalam akaun. Jangan simpan je dalam wallet sampai gemuk!

2-   CCRIS yg bersih

check ccris onlineGambar ihsan www.anastasyea.com

CCRIS (Central Credit Reference Information System) ni ialah report yg boleh menunjukkan tabiat kita meminjam dan membayar balik pinjaman. Report ni boleh didapati dari Bank Negara. Masa kita apply loan, pegawai yg uruskan loan kita yg akan amek report ni utk dinilai. Kalau pd CCRIS kita tu semua nombornya ‘0’ maka memang cerahlah harapan bank nak jadi kawan baik kita. Kalau kat CCRIS asyik nampak nombor 1 2 3, maka kuburkanlah saja harapan nak bercinta dengan bank tu. Memang sebelah mata dia x pandang. Macam mana nak pastikan CCRIS bersih? Bayar semua komitmen loan sebelum due date. Itu saja. Very easy. Kalau tak reti nak bayar ontime, sila bayar sebulan in advance. Kalau dah tahu gaji 25hb dan due date loan kereta ialah 23hb, maka kena la bayar loan kete tu guna gaji bulan lepas. Jangan la tunggu gaji bulan ni jugak.

Continue reading

Share This: