Hai & Assalamualaikum!

Antara perkara penting yg perlu diambilkira apabila sign up sesuatu penyertaan dalam takaful adalah “Urusan Claim”. Yelah, kita ambil takaful tujuannya untuk dapatkan manfaat-manfaat yg ditawarkan seperti manfaat medical card, elaun hospital, elaun MC, rawatan kos kemalangan, sakit kritikal termasuk jugalah kematian. Semua manfaat yg ditawarkan berhak kita tuntut apabila kejadian yg menimpa kita menepati kriteria yg telah ditetapkan dalam polisi kita. Maka, untuk menuntut manfaat-manfaat ini, seharusnya tuntutan (claim) perlu dikemukakan kepada pengendali takaful untuk dinilai dan dibayar. Untuk itu, agen yang sangat komited, cekap dan pantas amat diperlukan demi mempastikan semua urusan claim dapat berjalan dengan lancar dan cepat!

Di Great Eastern Takaful, claim diproses oleh satu unit khas. Mereka bertanggungjawab menerima, menilai dan meluluskan atau menolak claim yg dikemukakan oleh client. Mengikut pengalaman saya, claim di GET tidaklah mengambil masa yg panjang. Syaratnya dokumen mestilah lengkap! Mudah kan? Setiap dokumen claim yg lengkap hanya memerlukan tempoh kurang dari 10 hari bekerja untuk duit sampai ke akaun bank client.

Sebagai contoh, kes client saya ini. Kami menghantar dokumen claim yg lengkap kepada Unit Claim Great Eastern Takaful pada 8/2/2017 (Rabu). Claim beliau telah diluluskan pada 14/2/2017 (Selasa). Manakala duit claim beliau telah dicreditkan ke akaun CIMBnya pada 15/2/2017 (Rabu). Tepat-tepat seminggu sahaja termasuk Cuti Umum (Thaipusam), Sabtu dan Ahad, claim telah dapat di tangan. Cepat kan?

FullSizeRender (1) FullSizeRender (2)

Saya sebenarnya sangat-sangat gembira apabila dapat uruskan claim client dengan sempurna. Rasa macam Herooooo! sangat!!! Wahh!!! Nak tak jadi HERO dalam hidup orang lain? Apa kata, jadilah perunding takaful macam saya! Suri Fitriah – 0173723344

Share This: