Assalamualaikum dan Hi Semua!

Alhamdulillah semakin lama semakin ramai yang telah memiliki takaful perubatan sendiri. Takaful Perubatan yang saya maksudkan adalah Medical Card dan Elaun Hospital. Saya pasti ramai juga yang sudah tahu bahawa Medical Card tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya seperti yang kita kehendaki. Medical Card mahupun Elaun Hospital tertakluk kepada usianya sebelum ia boleh digunakan. Semakin banyak usia medical card atau elaun hospital kita tu, maka semakin besarlah peluang kita untuk menggunakannya tanpa sebarang sekatan.

Untuk memudahkan penulisan dan pemahaman, saya akan tulis medical card saja. Walau bagaimanapun, semua syarat yang digunapakai pada medical card, juga terpakai pada Elaun Hospital ya… Sama saja.

Terdapat tiga jenis tempoh bagi usia medical card yang perlu kita ambil tahu dan waspada agar tidak menyusahkan atau mengganggu banyak pihak di kemudian hari nanti…

Pertama   :   Waiting Period 

Waiting Period atau Tempoh Menunggu selama 30 hari adalah tempoh di mana medical card langsung tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan bil rawatan hospital walaupun kita dimasukkan ke wad hospital. Baca betul-betul ya… Tak boleh guna medical card, bukan tak boleh pergi hospital. Pergi hospital boleh je, tapi semua kos bayar guna duit sendiri saja lah. Waiting Period 30 hari ini adalah waiting period asas yang mana ia terpakai bagi semua jenis sakit.

Kedua   :   Specified Illness

Specified Illness atau Penyakit Tertentu memerlukan waiting period tambahan selama 120 hari. Ini bermakna bagi sakit-sakit tertentu waiting periodnya menjadi lebih panjang berbanding sakit-sakit biasa.

Penyakit-penyakit tertentu yang memerlukan waiting period 120 hari termasuklah yang melibatkan :-

a)  Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular

b)  Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem perkumuhan dan biliari

c)   Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak, tidak termasuk flu dan sakit tekak

d)   Hernia, hemoroid, fistula, hidrosel, varikosele

e)  Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan

f)  Gangguan spinal vertebra (termasuk disk) dan penyakit lutut

Bermakna, sekiranya kita nak buat rawatan untuk sakit-sakit yang ada kaitan dengan senarai di atas ni, waiting periodnya menjadi 120 hari, bukan lagi 30 hari.

Ketiga : Indisputability

Indisputability atau Tidak Boleh Dipertikai adalah satu pernyataan yang menyatakan bahawa Pengendali Takaful tidak akan mempertikaikan kesahihan sijil dalam sepanjang hidup orang yang dilindungi selepas 2 tahun dari tarikh berkuatkuasa atau tarikh penguatkuasaan semula sijil, mana yang kemudian, melainkan terdapat penipuan.

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, mari kita lihat beberapa case study di bawah :-

Dalam bahasa pasar yang lebih mudah, medical card yang paling masak adalah yang berusia lebih 2 tahun terutamanya bagi orang dewasa. Ini kerana medical card yang berusia bawah 2 tahun, ia masih tertakluk kepada penyiasatan yang dilakukan oleh Pengendali Takaful sebelum membayar tuntutan bagi penyakit-penyakit tertentu. Ya, sekiranya sesuatu tuntutan dibuat bagi penyakit-penyakit tertentu, pihak takaful akan membuat penyiasatan terlebih dahulu untuk mempastikan bahawa penyakit itu benar-benar baru dihidapi. Bukannya telah dihidapi sebelum menyertai takaful. Sekiranya, hasil siasatan mendapati bahawa memang benar sakit itu baru dihidapi, maka pihak takaful akan membayar sahaja tuntutan yang dibuat. Cuma client perlu keluarkan duit sendiri dahulu dan buat tuntutan kemudian (Pay & Claim)

Kes 1
Lelaki 1 tahun
Usia sijil 30 hari
Diagnosis – Acute gastroenteritis
Keputusan – Ditolak kerana gejala sakit telah bermula 2 hari sebelum genap sijil 30 hari
Komen – Waiting period asas 30 hari belum dilepasi 

Kes 2
Perempuan 3 tahun
Usia sijil – 60 hari 
Diagnosis – Acute bronchitis
Keputusan – Lulus 
Komen – Waiting period asas 30 hari telah dilepasi dan kes tidak termasuk dalam penyakit tertentu

Kes 3
Perempuan 1 tahun
Usia sijil 119 hari
Diagnosis – Acute tonsillitis
Keputusan – Ditolak kerana belum melepasi waiting period specified illness 120 hari (c)
Komen – Waiting period specified illness 120 hari belum dilepasi

Kes 4
Lelaki 25 tahun
Usia sijil 11 bulan
Diagnosis – Large Abscess at Right Axilla
Keputusan – Investigation dilakukan dan lulus
Komen – Waiting period specified illness 120 hari (b) telah dilepasi tetapi masih berada dalam disputability

Kes 5
Lelaki 42 tahun
Usia sijil 18 bulan
Diagnosis – Left lateral femoral cutaneous nerve neuritis
Keputusan – Investigation dilakukan dan lulus
Komen – Waiting period specified illness 120 hari (e) telah dilepasi tetapi masih berada dalam disputability

Kes 6
Perempuan 33 tahun
Usia sijil 37 bulan
Diagnosis – Yolk Sac Tumor With Matured Teratoma
Keputusan – Lulus 
Komen – Waiting period specified illness 120 hari (b) dan indisputability telah dilepasi

Kes 7
Perempuan 30 tahun
Usia sijil 38 bulan
Diagnosis – Right breast non polycystic mass 
Keputusan – Lulus
Komen – Waiting period specified illness 120 hari (b) dan indisputability telah dilepasi

Kes 8
Perempuan 15 tahun
Usia sijil – 53 bulan
Diagnosis – Thoracolumbar scoliosis
Keputusan – Lulus 
Komen – Waiting period specified illness 120 hari (e) dan indisputability telah dilepasi.

Untuk senang cerita dan senang hati, lepasilah indisputability secepat mungkin dengan cara sign up plan takaful cepat-cepat!

Suri Fitriah – 0173723344

Share This: