Hutang Loan… Kereta, Motor, Rumah, Peribadi, Kad Kredit, Koperasi, Syarikat…

Kat atas tu semua ialah jenis hutang-hutang atau pinjaman-pinjaman atau loan yang biasanya dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Tak kisah lah banyak ke sikit. Yang pasti, memang ada. Tapi anda ada tak buat perlindungan untuk loan yang diambil tu?

Haaaa??? Nak kena protect jugak ke? Ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kenapa kena protect? Sebab kita tak pasti atau tak boleh nak jamin yang kita memang akan berjaya bayar sampai habis! Dibuatnya kita dipanggil awal oleh Ilahi, mampukah kita melawan?

doa-tolak-hutang

Biasa tak dengar ada orang bagi ucapan camni ketika hari pengebumian :-

“Sekiranya Arwah ada berhutang dengan sesiapa, mohon segera bertemu dengan ahli keluarga Arwah untuk menuntut hutang tersebut”

Kenapa nak kena cakap macam ni di hari mati? Sebab… sebagai seorang Muslim, roh kita akan tergantung di antara langit dan bumi selagi mana hutang kita dengan manusia tidak dilangsaikan! Ya Allah! Sungguh Allah memberitahu bahawa hutang yang ada sangat perlu diselesaikan segera.

Kalaulah hutang setakat seringgit dua, memanglah boleh diselesaikan oleh ahli keluarga. Tapi kalau hutang berpuluh ribu, beratus ribu, berjuta pulak, macam mana? Apa usaha yang boleh kita buat? Di sinilah pentingnya anda membuat perlindungan untuk hutang-hutang anda. Uruskanlah hutang anda dengan bijaksana.

doa-lunas-hutang

Simpanlah sedikit wang dalam takaful dengan Jumlah Dilindungi (Sum Covered) yang agak besar agar hutang-hutang anda dapat dilunaskan sekiranya berlaku kematian atau mengalami hilang upaya kekal mahupun penyakit kritikal. Contohnya macam ni :-

1- Hutang Kereta RM80,000

2- Hutang Peribadi RM25,000

3- Hutang Kredit Kad RM3,000

4- Hutang Kawan RM500

Jumlah Hutang = RM108,500

Anda bolehlah mengambil perlindungan sebanyak RM 110,000 untuk membayar kembali semua baki hutang yang ada sekiranya anda telah dijemput ke Rahmatullah atau mengalami hilang upaya kekal atau mengidap penyakit kritikal sebelum selesai membayar balik semua hutang. InsyaAllah ahli keluarga anda akan berasa lega kerana anda tidak menyusahkan mereka dengan beban hutang yang banyak.

Semoga dengan perkongsian doa dan peringatan ini, dapatlah kita mengatur kehidupan dengan lebih kemas dan beringat-ingat sebelum kena!

Hubungi saya untuk penjelasan lanjut dan juga khidmat nasihat.

Suri Fitriah | 017-3723344 | surifitriah@gmail.com

Janganlah hanya berdoa saja. Tapi tiada usaha langsung nak langsaikan hutang!

Share This: