Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita semua mengenali dan mungkin sangat menggemari nasi lemak. Semua orang tahu nasi lemak ada pelbagai jenis dan harga yang berbeza. Walau bagaimanapun, nasi lemak semestinya ada nasi yang dimasak bersama santan dan maka itulah ia dikenali sebagai nasi lemak. Tahukah anda bahawa perlindungan takaful juga boleh diibaratkan seperti nasi lemak?

Perlindungan takaful sebenarnya ada banyak jenis dan harganya berbeza-beza dari satu plan ke satu plan yang lain. Sama seperti nasi lemak. Nasi lemak yang asas lazimnya ada nasi, sambal, bilis, telur rebus dan timun. Sekiranya kita mahukan lauk tambahan, bolehlah kita tambahkan dengan sambal kerang, sotong, ayam goreng, telur goreng, ikan sardin dan lain-lain lagi. Harga nasi lemak asas pastilah lebih murah berbanding nasi lemak yang mempunyai banyak lauk tambahan. Begitu juga dengan manfaat perlindungan takaful. Ada manfaat tambahan yang berharga mahal, ada juga manfaat tambahan yang berharga murah bergantung kepada fungsi manfaat itu.

Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis manfaat perlindungan takaful yang terdapat di pasaran. Ia bersifat optional yang mana boleh diambil atau boleh juga ditinggalkan. Tapi ingat! Kalau tak ambil manfaat itu, janganlah pula nak claim dalam manfaat itu. Sebagai contoh, tidak ambil manfaat Elaun Hospital (telur rebus), tetapi berangan nak claim elaun hospital apabila dimasukkan ke wad! Ini memang takkan boleh ya…

Boleh faham, kan? Di Great Eastern Takaful, anda sebenarnya boleh mencipta Set Nasi Lemak anda sendiri! Set Nasi Lemak di Great Eastern Takaful bermula dari RM100 sebulan. Sebagai contoh, set nasi lemak anda mengandungi nasi, sambal, bilis, timun dan ayam goreng. Ini bermakna plan perlindungan anda mengandungi manfaat kematian/hilang upaya kekal menyeluruh, manfaat penyakit kritikal, manfaat kemalangan, kad perubatan dan pengecualian caruman. Nasi lemak sebegitu mungkin boleh dimiliki dengan harga RM200 sebulan mengikut umur, jantina, pekerjaan dan status merokok anda.

Nak reka Set Nasi Lemak Great Eastern Takaful anda? Hubungi saya Suri Fitriah wasap.my/60173723344.

Share This:

i-Great Damai

i-Great Damai merupakan sebuah produk takaful keluarga daripada Great Eastern Takaful. Secara asasnya, i-Great Damai menawarkan perlindungan untuk kematian atau cacat kekal. Walau bagaimanapun, ia boleh dijadikan lebih komprehensif dengan penambahan rider (perlindungan tambahan) yang bersesuaian atau diperlukan oleh pemiliknya.

Antara rider yang boleh ditambah adalah :-

  1. 36 Penyakit Kritikal (i-CIBR)
  2. Medical Card/Kad Perubatan (i-Medik)
  3. Elaun Hospital (i-HB)
  4. Pampasan Kemalangan (i-CABX)
  5. Waiver (i-PP,i-CBP)

Sebenarnya ada banyak lagi rider yang boleh ditambah. Tapi yang dinyatakan di atas merupakan rider yang popular dan lebih kerap diambil oleh mana-mana orang yang nak ambil insurans/takaful.

Sekarang ni nak terangkan sikit apa yang ada dalam setiap rider di atas tu.

36 Penyakit Kritikal

Rider ini melayakkan kita untuk mendapat pampasan sekaligus sekiranya kita didiagnos mengidap salah 1 daripada 36 penyakit kritikal yang tersenarai. Contohnya kita letak sebanyak RM50,000 sebagai pampasan untuk penyakit kritikal. Jadi bila kita disahkan mengidap penyakit kritikal, maka RM50,000 itu akan diberikan kepada kita. Wang itu bolehlah kita gunakan untuk menyara hidup kita. Tentang rawatan yang perlu dibuat pula, kosnya boleh ditanggung oleh Medical Card sekiranya kita ada amek Medical Card sebagai rider.

Medical Card/Kad Perubatan

Yang medical card pulak digunakan bila kita terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk merawat penyakit kita. Jadi, kos-kos rawatan seperti prosedur, pembedahan, nasihat pakar, bilik di hospital dan sebagainya yang termaktub dalam kontrak Medical Card, adalah akan ditanggung oleh Medical Card ni. Walau bagaimanapun, kita perlu bayar komitmen dalam 10% daripada jumlah bil. Yang 10% ni lah namanya ko-takaful atau takaful bersama. Di Great Eastern Takaful, ko-takafulnya bernilai minimum 10% dan maksimum cuma RM500 sahaja. Contoh untuk ko-takaful ni camni. Katakanlah bil bernilai RM10,000. 10% daripada RM10,000 ialah RM1,000. Tetapi disebabkan nilai maksimum ko-takaful ialah RM500 sahaja, maka kita hanya perlu bayar RM500 berserta sedikit bayaran-bayaran lain seperti tax, admission fee, barang-barang hiburan dan apa-apa yang tidak ditanggung oleh Medical Card. Medical Card dari Great Eastern Takaful mempunyai limit seumur hidup minimum RM600,000 dan sehingga maksimum RM2,000,000. Maklumat lanjut Medical Card Great Eastern Takaful boleh di lihat di sini.

Elaun Hospital

Elaun hospital ni pulak adalah elaun yang akan kita terima apabila kita dimasukkan ke hospital. Kita akan dibayar mengikut bilangan malam kita tidur di hospital. Untuk layak mendapat elaun ni, kita perlu dimasukkan ke dalam wad sekurang-kurangnya 8 jam. Elaun ni pulak boleh diambil minimum RM50 dan maksimum RM500.

Pampasan Kemalangan

Pampasan bahagian kemalangan ini pula merupakan pampasan tambahan sekiranya kita meninggal akibat kemalangan. Lebih dari itu, nilai pampasan ni juga mempunyai fungsi lain iaitu menentukan nilai elaun MC akibat kemalangan. Conothnya kita letak RM50,000 bagi perlindungan kemalangan ini. Dengan nilai RM50,000 itu kita akan dibayar elaun MC akibat kemalangan sebanyak RM375 seminggu jika kita hilang upaya sementara penuh atau sebanyak RM87.50 seminggu jika kita hilang upaya sementara sebahagian. ELaun MC ini hanya layak dituntut sekiranya tempoh MC kita tu sekurang-kurangnya 7 hari. Selain menentukan nilai elaun MC, ia juga digunakan untuk menentukan nilai pampasan yang diterima sekiranya kehilangan anggota fungsi badan tertentu mengikut peratusan keterukan. Nilai pampasan kemalangan ini juga akan bertambah sebanyak 5% bagi setiap tahun sehingga maksimum 10 tahun.

Waiver

Waiver ni pulak merupakan pelepasan bayaran caruman apabila kita mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya kekal sebelum berusia 70 tahun. Maknanya jika kita diisytihar mengalami penyakit kritikal pada usia 66 tahun, caruman yang kita bayar untuk perlindungan kita tidak lagi perlu dibayar tetapi perlindungan masih diTERUSKAN sehingga berusia 99 tahun.

i-Great Damai

Begitulah sedikit sebanyak mengenai produk i-Great Damai dari Great Eastern Takaful. Dalam produk ini juga sebenarnya ada sebahagian simpanan untuk kegunaan kita. Maknanya dengan caruman kita tu banyak manfaat yang kita dapat. Pampasan kematian/cacat kekal, penyakit kritikal, medical card, kemalangan, elaun hospital, elaun MC dan simpanan jugak! Cepat-cepatlah dapatkan rundingan dan quotation dari saya. Hubungi Suri Fitriah 017-3723344 surifitriah@gmail.com

Share This:

Dalam perancangan kewangan, salah satu perkara yang perlu dititikberatkan adalah perlindungan takaful. Adakah takaful anda memadai untuk keadaan semasa dan masa depan anda? Jika tak pasti, berhubunglah dengan agen takaful dan buatlah semakan tentang perlindungan. Nak suruh saya semakkan pun boleh… Free je pun.

Continue reading

Share This: