Pada 16 hingga 21 Mac 2017 yg lalu, saya bersama-sama qualifiers lain dari seluruh Malaysia telah bercuti ke Beijing, China sebagai hadiah daripada Great Eastern atas kerja keras kami dalam bidang takaful. Percutian ditaja penuh oleh Great Eastern ini amat menggembirakan tambahan lagi Muslim qualifiers semakin ramai dan memudahkan trip dirancang secara patuh-syariah 🙂

Hari pertama

Sampai di Beijing jam 12.50 pagi dan terus di bawa check-in ke hotel. Tidur je lah malam tu kan. Cuaca di Beijing waktu kami melawat adalah sekitar 10 hingga 25 darjah celsius.

IMG_5266

Ni depan hotel kami menginap

Hari kedua

Melawat Tiananmen Square dan Forbidden City. Lepas makan malam menonton acrobatic show pulak.

IMG_5030

Di Tiananmen Square. Setiap hari waktu pagi dan petang, orang ramai boleh berkumpul di sini untuk menyanyikan lagu negara semasa upacara menaik dan menurunkan bendera neagara

IMG_5261

Dah dalam Forbidden City. Ada 7 gate dari selatan ke utara. Dalam Forbidden City ni ada 9999.5 bilik. Bilik2 ni adalah untuk isteri-isteri Maharaja yg mencecah 3000 orang semunya

IMG_5224

Sebelum menonton acrobatic show selama 1 jam

Hari ketiga

Bertandang ke Gu Bei Water Town di sebelah pagi. Hidangan stimboat untuk makan tenghari. Lepas tu mendaki Simatai Great Wall.

IMG_5171

Gu Bei Town ini dibina semula semirip bandar air asalnya

IMG_5106

Makan dulu sebelum naik kereta kabel ke Simatai Great Wall

IMG_5063

Sampai pun di Simatai Great Wall. Mengah jugak nak naik ke atas ni. Memang ada laluan sempurna tapi sungguhlah curam.

IMG_5100

Cantik kan view di Simatai Great Wall ni. Takde lah menyesal panjat tinggi-tinggi

Hari keempat

Melawat Bird Nest Olympic Stadium dan Blue Cube. Lepas tu menyelusuri Hutong dengan menaiki beca. Gala Dinner dengan hidangan dan persembahan untuk Maharaja.

IMG_5167

Stadium Olimpik 2008 yang mampu memuatkan 110,000 penonton dalam 1 masa. Dibina oleh arkitek Sweden dengan kos 3.1 Billion Renminbi

IMG_5262

Blue Cube yang berekabentuk seperti sisik ikan. Semua acara akuatik berlangsung di sini

IMG_5272

Depan hall gala dinner

IMG_5269

Depan restoren sebelum gala dinner

Hari kelima

Melawat Niu Jie Mosque. Masjid tertua di Beijing.

IMG_5258

Masjid Niu Jie ni memang 100% rekabentuk Cina

IMG_5244

Depan dewan solat wanita. Memang terpisah dari dewan solat lelaki.

Yang tempat-tempat shopping takyah lah tunjuk ye. Shopping je pun. Dari lawatan percuma ini, saya membuat kesimpulan bahawa Beijing adalah satu bandar yang sangat bersih dan teratur.

Macam mana? OK juga kan jadi agen takaful? Jalan-jalan ke tempat yg baik secara percuma dan diatur dengan baik. Jom hubungi saya untuk tahu lebih lanjut lagi tentang kerjaya sebagai agen takaful. Suri Fitriah 017-3723344.

Share This:

Pada hujung tahun 2015, Great Eastern Takaful telah melancarkan sebuah contest yang berhabuankan Pakej Percutian 4 Hari 3 Malam ke Chiang Mai & Chiang Rai, Thailand. Great Eastern Takaful telah menunaikan janjinya apabila semua qualifiers telah pergi ke CMCR pada 25 hingga 28 April 2016 yang lepas. Kami pun menikmati sajalah percutian ini walaupun suhu di Chiang Mai dan Chiang Rai agak lebih panas daripada Malaysia. Pada waktu kami bercuti ke sana, suhunya adalah sekitar 38 hingga 43 darjah celcius. Hari Pertama setelah tiba di airport Chiang Mai, kami terus bergerak ke Chiang Rai.

Di sempadan Thailand - Myanmar

Di sempadan Thailand – Myanmar

Masjid An-Noor

Masjid An-Noor

Nak bertolak ke Chiang Mai

Nak bertolak ke Chiang Mai

Kami di bawa ke Golden Triangle iaitu segitiga sempadan di antara Thailand, Laos dan Myanmar. Sungai yang memisahkan sempadan ini namanya Sungai Mekong.

Boat Ride Kat Sg Mekong

Boat Ride Kat Sg Mekong

Wat Rong Khun atau White Temple ni pulak merupakan tempat wajib lawat kalau ke Chiang Rai katanya. Temple ini dibina oleh seorang visual artist yg masyhur di Thailand dengan menggunakan duit poketnya 100 peratus.

White Temple

White Temple

Ada jugak ke Karen iaitu Longneck Village. Kat sini memang wanita semua pakai gelang leher tu.

Berat tau gelang leher tu...

Berat tau gelang leher tu…

Lepas tu ada pergi kilang buat Thai Silk, kilang payung kertas dan juga kilang batu permata. Maka bolehlah tengok segala proses yang terlibat dalam setiap hasil seni yang dihasilkan tu.

Last sekali ke Doi Suthep ni ha. Saya malas masuk dalam dia tu.

Doi Suthep

Doi Suthep

Sebenarnya banyak nama-nama tempat saya tak ingat. Catatan dah terpadam. Tapi takpelah… Cuma nak bagitau bahawa dalam kerjaya sebagai Agen Takaful di Great Eastern, kita berpeluang mendapat percutian ditaja sepenuhnya 3 hingga 4 kali setahun. So jika anda adalah orang yang suka berjalan-jalan, silalah pilih kerjaya sebagai Agen Takaful ini sebagai kerjaya utama. Sebab banyak perkara yang anda rasa auta, rupe-rupenye fakta di sini. Seperti berpendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Memang fakta!!!

Mari hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk saya kongsikan kelebihan bekerja sebagai Agen Takaful ni. Masa fleksibel, income unlimited, cuti banyak, hadiah, bonus, kawan… Semua yang baik ada di sini!

Share This:

Assalamualaikum & Hai Semua!

Pada 12 hingga 16 Mac 2016, saya telah pun menikmati percutian 5 bintang percuma daripada Great Eastern. Percutian ini adalah hadiah kepada semua qualifiers bagi Supremacy Elite 2015. Percutian 5 Hari 4 Malam ini ditaja sepenuhnya termasuklah penerbangan, penginapan, makanan, pengangkutan, pemandu pelancong dan tiket-tiket ke tempat menarik!

Seawal 9.30 pagi kami telah bertolak dari KLIA terus ke Guangzhou menaiki pesawat MH376. Suhu semasa kami touch down adalah sekitar 10 darjah celcius. Setibanya di Guangzhou kami dibawa terus ke stesen keretapi untuk menaiki High Speed Train ke Guilin. Perjalanan ke Guilin mengambil masa lebih kurang dalam 3 jam dengan kelajuan keretapi sekitar 220-250 km/j sahaja. Harga tiket dalam 137 Yuan.

IMG_0107

Depan Airport Guangzhou

IMG_0576

Dah sampai Guilin

Kami dibawa ke Lijiang Waterfall Hotel untuk makan malam dan check in! Permandangan waktu malam di Guilin aman-aman sahaja. Tidak hiruk pikuk.

IMG_0574

Lijiang Waterfall Hotel, boleh buat pertunjukan air terjun tau kat belakang hotel ni

IMG_0348

Masa ni semua makan berebut-rebut sebab lapar sangat!

 

Hari Kedua pulak kami bergerak ke Yongshua menaiki bas untuk melawat perkampungan budaya di situ. Kat situ jugak boleh nampak gunung-ganang batu kapur yang berbentuk tirus dan sebuah-sebuah.

IMG_0326

Geng Bas 2A dan 2B

IMG_0378

Sebenarnya dorang ni nak melompat tapi tak sempat

 

Lepas balik dari Yangshuo, kami di bawa ke tempat wajib pergi di Guilin ni iaitu Li River.

IMG_0257

Naik boat menyusuri Li River yang dikelilingi gunung-ganang

 

Lepas dah habis menyusuri sungai, pergi la bertebar-tebaran bershopping!

IMG_0283

Masa ni ramai yg tengah sibuk shopping. Saya pergi makan buah berangan dan mangga je…

Malamnya pulak kami pergi menonton Liu San Ji Impression yang mana teater hidup ni memerlukan lebih dari 1000 orang untuk melakonkannya. Semua props adalah props sebenar seperti gunung, kampung, sungai, perahu, kerbau dan lain-lain lagi.

IMG_0317

Gambar persembahan gelap, saya tunjuk gambar penonton je la ye

Hari Ketiga kami ke Yaoshan Scenic Spot. Di sini kami menaiki kereta kabel tanpa cermin. Seram jugak sebab kami dibawa tinggi ke atas gunung.

IMG_0301

Sebenarnya takut jugak nak bergerak-gerak

IMG_0523

Kat atas ni memang sangat sejuk. Tu yang kami kena sewa baju tebal tu dgn harga 10 Yuan

Malam Ketiga ni ada Get Together Dinner di Shangri-La Hotel

IMG_0300

Bersama cenderamata dari Guilin

IMG_0302

Bersama BDM Central Region, Alicia dan rakan saya Anje

IMG_0306

Pakaian kebangsaan orang Guilin

Hari Keempat pulak kami ke Crown Cave.

IMG_0548

Nak pergi Crown Cave tu kena naik slide ni.

IMG_0450

Halfway kena naik boat pulak

IMG_0466

Nak keluar kami naik lift je

Lepas pergi gua kita makan dan solat la pulak… Senang dengan pakej khas muslim ni. Makanan dan solat terjaga. Tak perlu kita fikir-fikir makanan halal ke tak. Tak perlu kita ragu tempat solat ni suci ke tak. Semua dah diatur dgn baik.

IMG_0494

Restoran Muslim

IMG_0488

Tu masjid tau…

IMG_0500

Macam kumpulan k-pop tak?

Malam pulak pergi tengok show 3D citer pasal gajah.

IMG_0513

3D tu dipaparkan pada gunung tu. Tak nampak sangat. Saya tunjuk yg ni je ye

Lepas tu kemas-kemas la barang nak bawak balik kan… Secara keseluruhan aktiviti berjalan-jalan tu memang penuh la. Siapa yg suka shopping, kat Guilin ni pada waktu kami pergi ni banyak sangat jual baju-baju sejuk yg cantik dgn harga yg begitu murah. Yg RM30 pun ada!!

Trip percuma daripada Great Eastern selalunya tidak mengecewakan. Pasti ada saja perkara yg akan buat kita gembira. Jika anda adalah seorang yang suka mengembara dan menziarah ke tempat orang, apa kata anda join saya sebagai agen takaful. Komisyen dapat, hadiah dapat, free trip layanan 5 bintang pun dapat! Buat 1 kerja, dapat banyak benda!

Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 atau drop your resume here. Saya kongsi dan guide anda untuk buat 1 kerja yg ringkas tetapi memberi pulangan yang lebih dari berbaloi!

Share This:

7
Oct

Bali 2015

Lagi Percutian PERCUMA daripada Great Eastern! Kali ni 4 Hari 3 Malam ke Bali. Yg istimewanya percutian kali ini ada 2 kategori. VIP dan Standard. Semestinya saya yang VIP….

Percutian ini merupakan reward kepada agen2 yg qualify terhadap requirement untuk Supremacy Experience Summit 6 (SES 6). Untuk qualify VIP, saya kena buat min 75,000 ANC as per June dengan pre-requisite 50,000 ANC as per April. Masa ini saya masih part-time. Maka terpaksa plan dengan baik sekali untuk capai target minimum yg ditetapkan. Otherwise, disqualify la…

Begitulah tugas seorang agen. Bila capai target, ada reward menanti! Buat lagi, dapat lagi. Tiada siapa yg akan hadkan. Anda taknak join ke?

IMG_7525

Kami Power Rangers!!

IMG_7519

Floating Temple katanya

IMG_7522

Gala Dinner yg sungguh meriah dan gamat di celah2 batu gua

IMG_7547

Bersama CEO GETB di depan Hard Rock Hotel sebelum pulang ke Malaysia

IMG_7611

Konon Charlie’s Angels la…

IMG_7593

Mengapungkan diri di Kuta Beach

 

Jika anda inginkan percutian PERCUMA yg menarik, call saya di 0173723344. Jom jadi agen!

Drop Your Resume Here

Share This:

10
Oct

Phuket 2014

Supremacy Experience Summit 5 (SES 5) kali ini menyaksikan bahawa agen-agen yg meet requirement akan diberi habuan sebuah Percutian ke Phuket selama 4 Hari 3 Malam! Saya pun tidak terkecuali melayakkan diri setelah mecuba sebaik mungkin untuk mencapai syarat yg ditetapkan. Saya kena buat minimum 45,000 ANC untuk qualify dalam bulan Mei. Dalam percutian kali ini, perkara yang paling saya suka ialah bilik hotel yang diberi sebab luas, lebar dan moden!

10455962_4666961569134_7287434256647889272_n

Salah satu destinasi untuk ambil gambar sebelum ke Siam Niramit

IMG_2352

Macam vacay sorang2 je sebab org lain tengah sibuk ambil gambar lompat2 kat bawah tu

IMG_2504

Gala Dinner yang bertemakan Beach Wear kononnya…

IMG_2566

Lompatan mesra di sebuah pulau yg menyajikan banyak aktiviti air. Saya ada buat sea walking jugak :-)

IMG_2594

Di perkarangan Hotel Millenium yg terletak betul-betul sebelah Jungceylon Shopping Mall. Breakfast sini OK la…

 

Apa yang menarik dgn percutian Great Eastern ni adalah sebab kita pergi bersama rakan-rakan agen yg lain. Di sinilah kita boleh berjumpa ramai lagi orang-orang yg ada pemikiran dan kemahuan yg sama.

Jika anda memang gemarkan percutian, anda boleh sertai kami sebagai agen di Great Eastern. Hubungi saya Suri Fitriah di 0173723344!

Drop Your Resume Here

Share This:

Club Med Cherating merupakan sebuah kelab eksklusif yang mendamaikan. Saya dan rakan-rakan berpeluang bercuti di sini selama 3 Hari 2 Malam secara percuma! Hadiah daripada Great Eastern Takaful lagi bagi agen2 yg capai tahap minimum yg ditetapkan dalam contest. Apa yang paling saya suka di sini ialah makanan yang tak pedas dan free flow ikut waktu yang ditetapkan! Di sini juga banyak aktiviti boleh dilakukan seperti berkayak, zumba, karaoke, berenang, memanah, bola sepak dan banyak lagi! Sesuai untuk semua lapisan umur.

cherating

CHEC_E109_016

club med Cherating

clubmed_6

1533837_686812561365074_1007772478_n

Kalau nak tahu lanjut mengenai kerjaya sebagai agen takaful, boleh hubungi saya Suri Fitriah di 017-3723344.

Drop Your Resume Here

Share This:

Tahun 2012 adalah tahun pertama saya bergelar agen di Great Eastern Takaful Berhad. Pada 1/10/12-31/12/2012 satu contest khas keluar negara bagi agen-agen takaful telah julung-julung kali dilancarkan oleh GETB. Percutian percuma 4 Hari 3 Malam ke Jakarta! Itulah habuan yang telah dijanjikan bagi mana-mana agen yg qualify terhadap requirement yg telah ditetapkan.

Saya juga tidak ketinggalan untuk mengejar contest ini memandangkan saya telah terlepas contest awal tahun. Dengan sedikit kemampuan diri yang ada, saya terus berusaha bertungkus lumus untuk menyelesaikan requirement contest ini. Akhirnya saya pun berjaya!

Maka berangkatlah saya bersama-sama rakan agen yang lain ke Jakarta pada awal tahun 2013.

242603_10151775006260844_579512567_o

Jalan2 Cari Makan Tepi Hotel Malam2

970085_10151775003475844_610979131_n

Taman Mini Indonesia

1014995_10151775007765844_1798417449_o

Beli belah di Tanah Abang

1052314_10151774998120844_1351448435_o

Puas dah borong kain2an sama ada sendiri punya atau org lain punya :-D

Yg seronoknya sebab jalan dgn kawan2… Yg tak seronoknya Jakarta tu kan jam tak habis2…

Tapi kalau anda nak jadi agen, anda tak payah jamkan kepala. Terus je contact saya Suri Fitriah di 017-3723344! Saya akan tunjukkan anda ke jalan yg lurus untuk jadi agen yg benar!

Drop Your Resume Here

Share This: