Dalam Zest Group, teamwork telah lama dibudayakan. Ini kerana pengasas Zest Group sendiri iaitu GM Zarina teramat mempercayai kuasa dan keajaiban yg akan berlaku dengan keutuhan sesebuah teamwork itu. Dengan teamwork, banyak isu atau permasalahan dapat dilerai atau diselesaikan dengan penuh hikmah. Sebagai contoh, satu siri latihan yang menyeluruh, intensif, komprehensif dan sistematik dapat dilaksanakan dengan mudah lagi berkesan. Siri latihan yang berat begitu sudah pastinya amat sukar untuk disempurnakan jika hanya satu orang sahaja yg mengendalikannya. Di Zest Group, teamwork dan semangat kekitaan sememangnya begitu mendalam di kalangan agen-agen. Agen-agen seolah-olah sudah menjadi seperti keluarga di antara satu sama lain.
Teamwork juga menjadikan perkongsian ilmu dan perpindahan maklumat boleh berlaku dengan lebih cepat dan menyeluruh. Penyertaan setiap agen dalam kerja berkumpulan juga sedikit sebanyak dapat mengasah kemahiran berkomunikasi secara lebih berkesan. Siri latihan yg digarap oleh leaders sememangnya memenuhi keperluan agen-agen untuk melengkapkan diri masing-masing untuk turun ke lapangan melakukan promosi dan jualan.
Agen yg lebih berpengalaman sudah pasti akan membuat perkongsian yg amat bermanfaat kepada agen-agen baru yg lainnya. Teguran, nasihat dan pandangan para leaders juga wajar dijadikan panduan agar agen-agen tidak tersalah atau terpesong dari landasan sebenar ketika membuat pemasaran atau pembentangan produk-produk Great Eastern Takaful.
Bagi yang sedang tercari-cari kumpulan agensi mana yang nak disertai, hentikanlah pencarian anda! Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk bersama-sama kami menyebarkan manfaat takaful ke seluruh pelusuk Malaysia.
Drop Your Resume Here