Pada 5 Januari 2019, berlangsungnya Goal Setting 2019 bagi semua agen di bawah naungan Zest Life Consultancy di Tadom Hill Resort. Goal Setting yang bermula jam 9 pagi ini berakhir pada jam 12.30 tengahari. Pengisian yang cukup ringkas dan padat kali ini dijangka dapat menggerakkan keseluruhan jentera agensi untuk terus menerus berusaha menggapai impian.

Pada tahun ini Zest berhasrat untuk menyumbang 3,525,000 ANC kepada Great Eastern Takaful dan membawa seramai 83 pejuang-pejuang baru ke dalam industri takaful. Selain itu, Zest juga sedaya upaya akan melahirkan seorang Group Agency Manager (GAM) dan tiga orang Agency Manager (AM) pada hujung tahun ini.

Bagi tahun 2019, Zest cuma mengharapkan pertumbuhan minimum sebanyak 30% berbanding tahun 2018 dapat dicapai oleh setiap agen. Pertumbuhan dalam prestasi agen amat perlu dalam industri ini sebagai pemangkin untuk melonjakkan kedudukan seseorang agen. Semestinya agen yang bertumbuh akan terus kekal dan kukuh dalam kerjaya sebagai perunding takaful ini.

Demi menyokong goal dalam bentuk production para agen, satu sesi cerminan diri telah dilakukan. Semua agen diminta untuk menulis surat kepada diri sendiri yang bakal diposkan pada masa-masa tertentu. Kandungan surat itu selayaknya memberi motivasi diri kepada agen kelak. Surat itu pula kemudiannya diminta untuk dibacakan kepada semua agar dapat memperingatkan sesama sendiri apabila tiba rasa sugul nanti.

Selesai saja Goal Setting, kita semua pun makanlah tengahari dengan hidangan istimewa bamboo rice. Lepas tu, agen-agen berkesempatan untuk melakukan aktiviti riadah air yang tersedia di Tadom Hill Resort ini. Ada yang berenang, berakit, terjun, lompat, ATV dan macam-macam lagi.

Malam sebelumnya Leader-leader Zest telah pun berkumpul terlebih dahulu untuk membincangkan tema dan aktiviti sepanjang tahun 2019.

Semoga perjalanan 2019 sentiasa bersemangat dan lancar sehingga mencapai goal yang ditetapkan! Bagi sesiapa yang berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya sebagai Perunding Takaful Great Eastern, sila lah hubungi saya Suri Fitriah di talian 017-3723344.

Share This:

Seperti tahun-tahun terdahulu, tirai 2018 dibuka dengan Goal Setting yg berlangsung pada 13 Januari di Menara Great Eastern. Maka beramai-ramailah agent ZEST datang dengan berbaju purple kami yg sangat cantik tu. Bila pakai baju sama-sama ni barulah rasa semangat berpasukan tu lebih kuat.

Goal Setting kami berjalan lancar di kendalikan oleh MC berpengalaman Dr Anje.

Sesi pertama dimulakan oleh saya sendiri yg dengan rakusnya membentangkan tentang perkara baru bagi 2018 ini iaitu Balanced Score Card (BSC). Mulai 2018, agen tahun ketiga dan ke atas akan terlibat dengan BSC ini yg mana ia bertujuan untuk mengawal kualiti agen yg berada di pasaran ini. Ada 6 KPI yg perlu dipatuhi oleh agen yg terlibat demi mendapatkan ganjaran komisen penuh atau lebih, berbanding agen yg tak dapat mematuhi keperluan KPI itu. Betullah kan, yg rajin dan bekerja keras layaklah untuk mendapat lebih habuan. Yg malas dan sambil lewa memang tak patut la dapat komisen banyak kan? Saya secara peribadi memang suka dgn kewujudan BSC ni supaya agen-agen yg main2 boleh nyah dari industri. Hanya yg mantap dan berkualiti sahaja yg akan kekal!

Selepas itu, muncullah AM Akma menggariskan peraturan baru di ZEST.

Dah tahu apa nak kena buat tahun ni, kita pun bagi la rest sikit. Jom take 5 dgn massage dan chicken dance… Tak sangka Zester lelaki ni semua pandai menari rupanya…

Kemudian, GM Ira pula menyentuh soal Recruitment dan Promotion. Cara paling berkesan untuk berkembang dalam industri takaful ialah melalui recruitment. Dengan merekrut lebih ramai agen, peluang untuk naik pangkat adalah lebih cepat dan cerah! Maka recruit more, earn more!

Akhir sekali, barulah GM Zarina pula memberi kata-kata semangat untuk Zesters

Kemudian, Zesters dipecahkan mengikut Direct Group masing-masing untuk dipandu oleh leader masing-masing cara-cara untuk menetapkan goal. Ada 5 kumpulan semuanya.

Ira & Associates

Nalia & Teman-teman

Anje Radzi Associates

Akma Sharif Highflyers

Zarina Sharif Agency

Suri Fitriah jadi pemerhati hari tu

Dalam sesi bersama Direct Group, leader akan pergi one-to-one dgn agen masing-masing untuk mempastikan goal yg ditetapkan bersesuaian dgn kemampuan seseorang agen.

Selesai sesi one-to-one tu, maka tamatlah Goal Setting pada hari ini. Kita pun apa lagi? Makan berjemaah ler…

Semua Zesters dah tahu apa perlu dilakukan untuk tahun 2018. Let’s rock & roll!

Hubungi kami untuk mendapatkan pelan takaful yg anda perlukan atau cepat2 call kami untuk sama-sama jadi perunding takaful yg ohsem! Suri Fitriah 017-3723344

Share This:

10 hingga 12 Januari 2014 berlangsunglah acara tahunan bagi agensi kami iaitu “Goal Setting”. Pada tahun ini Goal Setting Zarina Sharif Agency telah dijenamakan sebagai Langkapuri Goal Setting 2014 atau lebih best disebut LGS14. Goal Setting ialah hari di mana semua agen akan menetapkan sasaran masing-masing untuk dicapai pada tahun ini. Sasaran itu berbentuk bilangan kes yang akan dibawa masuk dan juga nilai sumbangannya. Goal Setting kami kali ini telah dimulakan dengan aktiviti silaturrahim di kalangan agen-agen. Aktiviti tu ialah tidur beramai-ramai di dalam bas yg kami sewa khas untuk ke Langkawi. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 10 malam 9 Januari 2014.

Continue reading

Share This: