Pada 14 April 2018, SNUTeam telah mengadakan Annual Dinner nya yang humble di Golek-golek Restaurant. Lebih 20 orang agen dari SNUTeam telah hadir pada majlis ini bersama-sama ahli keluarga masing-masing.

Selain dari menjamu selera, tujuan majlis ini juga adalah untuk menyampaikan hadiah bagi Contest Menuju Puncak 1M yg dianjurkan pada hujung tahun 2017. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada ahli SNUTeam yg bertungkus-lumus mencapaikan 1 Million production tahun lepas sekaligus mengangkat nama agensi kepada status Million Dollar Agency. Lebih indah lagi apabila Group Manager SNUTeam sendiri iaitu GM Ira telah dinobatkan sebagai Young Gun 2017 atas pencapaian team beliau. Tahniah!

Ni la org yg dapat Young Gun tu sebab team capai 1 Million di bawah usia beliau 33 tahun

Makanan di Golek-golek ni sedap tapi amat pedas ya. Saya makan sikit je sebab tak tahan dgn kepedasannya. Hahaha

Kami datang awal…

Dalam byk2 air tu saya suka kedondong

Banyak pasangan muda kat sini… Jom la korang join sama…

Saje bagi yg goyang…

Sebenarnya yg baju belang atas baby chair tu ada kembar. Tapi tak nampak sebab kepala bapa dia dah lindung… Hahaha

Ikan bakar dia bagus tapi pedas

Ni lah penaja majlis kita malam ni… Terima kasih Cik

Semangat tengok budak2 makan

Nampaknya Farrah dah nak mulakan majlis bagi hadiah ni… Apa hadiah tu?

Taraaaaa… Ni la hadiahnya… Saya dpt RM500 drpd GM Ira atas contest Menuju Puncak 1 Million…

Saya pula hanya perlu beri RM15 kpd agen saya sendiri, Syaiful

Jom sertai kami sebagai perunding takaful… Banyak duit tepi boleh dapat weh…

All Girls

All Boys

Kami adalah sebuah agensi yg gigih dalam memasarkan takaful di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun kami masih kekurangan ahli. Oleh itu, saya amat menyeru ramai orang muda di luar sana untuk sama-sama menyertai kami untuk menyebarluaskan kepentingan takaful ke seluruh ceruk Malaysia. Kami tak mampu buat semua sendirian. Jom sertai kami! Komisyen dapat banyak, percutian percuma pun ada, insentif tambahan dalam bentuk voucher dan wang tunai pun ada, gadget2 percuma pun ada, award setiap bulan, peluang naik pangkat tanpa perlu tunggu kekosongan! Banyaklah lagi kelebihan kerjaya dalam bidang takaful ni! Hubungi saya Suri Fitriah 017-372334 utk info lanjut mengenai kerjaya agen takaful.

Share This:

Assalamualaikum & Hi Semua,

Pernah dengar tak pasal hibah ni? Pernah kan… Hibah adalah pemberian secara sukarela oleh pemberi tanpa mengharapkan sebarang balasan pun daripada orang yang menerimanya. Ia berlaku secara terus tanpa ada syarat-syarat sampingan. Senang je kan tu? Macam bagi hadiah kat orang yang kita benar-benar sayang. Kan kita tak mintak apa-apa sebagai timbal balik?

Hibah dalam takaful pula ialah pemberian sejumlah wang manfaat daripada sijil takaful yang diambil. Si pemilik sijil takaful akan menamakan seseorang untuk menerima wang manfaat dari sijil itu setelah berlaku kematian si pemilik sijil. Wang manfaat ini akan menjadi milik mutlak penama yang dinamakan oleh pemilik sijil semasa hayatnya tanpa melalui proses pembahagian harta pusaka mahupun faraid. Dengan kaedah hibah ini, banyak permasalahan dapat diselesaikan dengan cepat, ringkas dan lancar.

img_3084

Hibah dapat menyelesaikan masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh waris apabila berlakunya kematian seseorang seperti :-

  1. Mengelakkan proses di mahkamah yang panjang dan memerlukan kos guaman
  2. Mengelakkan perebutan harta sesama ahli keluarga kecil dan besar
  3. Hilang minat menguruskan harta si mati memandangkan proses yang pelbagai dan leceh
  4. Bermasam muka sesama ahli keluarga sendiri
  5. Harta tidak dituntut langsung oleh waris

Mengapa perlu gunakan hibah takaful? Jawapan ini sungguh popular tetapi masih ramai yang mengambil ringan soal ini. Selepas dari kematian seseorang, ada beberapa perkara yang perlu disegerakan :-

  1. Hal pengurusan jenazah hingga dikebumikan
  2. Hal pembahagian harta pusaka
  3. Hal penyelesaian hutang-piutang

Bagaimanakah hendak menyelesaikan hal-hal di atas sekiranya waris ketiadaan wang lebih-lebih lagi hal hutang-piutang yang ditinggalkan? Di sinilah wang manfaat yang dihibahkan melalui takaful sangat-sangat membantu! Bayangkan dalam masa kurang dari sebulan, wang manfaat dari sijil takaful telah diterima terus ke akaun penama. Sudah tentulah banyak hal boleh diselesaikan!

Kehidupan dan masa depan keluarga juga terjamin dengan adanya wang manfaat yang telah dihibah terus kepada isteri sebagai contohnya. Tidak perlu proses akuan pindahmilik.

Berapa banyak yang perlu dihibahkan? Hibahkanlah seberapa banyak yang mencukupi untuk keperluan keluarga mengikut kemampuan kita. Seeloknya untuk 10 tahun. Paling tidak pun 3 tahun. Atau selemah-lemahnya kita, hibahkanlah untuk keperluan 1 tahun keluarga kita bertepatan dengan firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 240.

baqarah-240

Hibah takaful ini tidak susah. Ambil satu polisi yang memberi coverage atas kematian dengan nilai manfaat yang kita kehendaki. Satu juta? Dua juta? Setengah juta? Semua pun boleh ikut keperluan dan kemampuan setiap keluarga. Berikut saya kongsikan anggaran caruman bagi menyediakan hibah takaful untuk keluarga tercinta. Harganya tidak mahal. Lagi cepat lagi murah!

img_3086-table-teras

Hubungi saya terus untuk tawaran hebat ini! Mungkin dapat lebih murah! Suri Fitriah 017-3723344. Hibah Takaful membantu keluarga anda terus hidup selesa dan terjamin!

Share This:

Hi & Assalamualaikum Semua,

Macam biasa la… Mesti nak share kegembiraan sebagai Agen Takaful kan. Pada 16 Ogos yang lalu, berlangsunglah CAN Award Q2 2016 di Dewan Utama Great Eastern. Dapat award lagi dan kali ni lebih-lebih lagi gumbira sebab Smart Partner saya juga turut sama menerima award malah jauh lebih hebat!!! Tahniah Syaiful!

img_1997

Pada hari itu Syaiful telah menerima award seperti berikut :-

1-   SES 7 VIP Qualifier

2-   Highest Takaful ANC Rookie Agent

3-   Highest Takaful NOC Rookie Agent

4-   Master Sales Award Bronze

Usaha Syaiful berhempas pulas untuk menyelamatkan ramai masyarakat dengan memiliki takaful mendapat pengiktirafan dan penghargaan yang tinggi daripada company. Takde la sia-sia kerja kuat kan! Semoga Syaiful meneruskan kecemerlangan dalam bidang takaful dan boleh bina agensi sendiri nanti… Amiin…

Syaiful baharu saja menjadi agen takaful pada 27/1/2016 yang lepas. Tetapi beliau terus berjuang habis-habisan untuk membuktikan bahawa bidang takaful adalah kerjaya yang seronok untuk diceburi dan mulia pula dipandang masyarakat.

img_1976

Saya pula masih juga mengekalkan kecemerlangan sebagai perunding takaful dengan menerima Master Sales Award Silver untuk Q2 tahun ini.

img_0683

Dari unit kecil kami, ramai penerima anugerah yg lain lagi. Yg tak hadir pun ada. Jelas kelihatan bahawa team kami akan sentiasa mempastikan agen-agen di bawah naungannya akan menjadi agen yg cemerlang. Bukan sekadar agen biasa-biasa!

13962617_10208907502779809_2370079279450064772_n

Ini pula keseluruhan Zester yang dapat hadir pada Hari Anugerah tu. Seronok kalau pergi ambil award ramai-ramai. Takde la terpinga-pinga nanti. Dan yg penting ramai orang boleh tolong ambilkan gambar… Hehehehe

Marilah bersama-sama kami menyebarkan takaful ke seluruh pelusuk Malaysia ni. Ramai lagi orang yang belum ada takaful. Tak percaya, cuba tengok ahli keluarga sendiri. Mesti ada yang belum ambil takaful kan?

Haaaaaa… Tu kan prospek! Boleh la awk jadi agen dia! Jom, cepat call saya untuk jadi perunding takaful! Banyak perkara indah dan berbaloi yang terselit dalam kerjaya bidang takaful ni. Kena join, baru nampak jelas dan faham! Bila dah faham, mesti takkan tinggalkan kerjaya ni!

Suri Fitriah 017-3723344.

Share This: