Assalamualaikum & Hi semua!

Lama sudah saya tidak menulis mengenai Medical Card kan? Maka, sebagai hadiah kepada anda semua, hari ini saya berbesar hati nak rungkaikan satu per satu perihal Medical Card Great Eastern Takaful. Kupasan saya ini akan bercampur di antara fakta, real case dan experiences dalam mengendalikan Medical Card para client saya!

Ada banyak jenis Medical Card dalam pasaran Malaysia kita ni kan. Tapi saya cuma minat nak cerita yang Great Eastern punya je la. Maka, korang boleh nilai dan fikir sendirilah kalau nak buat keputusan ambil Medical Card. Saya yakin dengan Medical Card Great Eastern! Sebab itu saya tak rasa ralat nak menceritakannya.

Berikut saya senaraikan ciri-ciri TERHEBAT Medical Card GE :-

1-   Tiada had seumur hidup

2-   Tiada co-takaful

3-   Had kelayakan bilik meningkat secara automatik setiap 3 tahun

4-   Had tahunan yang tinggi

5-   Complimentary benefit seperti perkhidmatan bantuan kecemasan kenderaan rosak secara percuma

6-   Complimentary benefit seperti Manfaat Kematian Akibat Kemalangan

7-   Had kelayakan hari masuk ke wad yang tinggi

8-   Had kelayakan hari membuat rawatan susulan yang panjang

9-   Dipercayai oleh pihak hospital

Tahukah anda bahawa Medical Card GE mempunyai fleksibiliti yang tinggi di mana anda boleh memilih atau mengubah manfaat dalam medical card mengikut keperluan dan kemampuan anda. Apa maksud saya fleksibel?

Maksud saya ialah, anda boleh pilih Medical Card dengan co-takaful atau TANPA co-takaful. Yang TANPA co-takaful adalah lebih mahal. Anda juga boleh pilih sama ada mahu atau tidak kelayakan bilik anda meningkat secara automatik setiap 3 tahun tanpa caruman tambahan. Kalau mahu sudah tentu bayarannya lebih mahal dari yang tiada option ini. Anda mahu manfaat untuk orang yang menjaga atau tidak. Anda mahu tempoh kelayakan hari rawatan selepas discaj dipanjangkan kepada dua kali ganda atau pun tidak.

Begitu juga dengan had kelayakan tahunan atau had kelayakan seumur hidup. Anda bebas memilih mahukan yang ada had seumur hidup atau mahukan yang UNLIMITED. Sudah pasti yang UNLIMITED adalah lebih mahal.

Jadi semuanya boleh dipilih atau diubah ikut kehendak anda. Anda yang tentukan. Kami cuma berikan harga caruman mengikut kemahuan anda. Setiap pilihan anda pastinya mempunyai sebab-musabab yang anda saja tahu.

Mengikut pengalaman saya, saya lebih gemar menawarkan Medical Card dengan Co-Takaful dan manfaat biasa terlebih dahulu. Ini kerana, Medical Card jenis ini adalah lebih murah dengan manfaat yang serba lengkap dan memadai. Client dapat menjimatkan wang caruman lantaran Medical Card hanya digunakan ketika emergency sahaja. Emergency tidak berlaku setiap hari. Sebab itu, Medical Card yang rendah sikit bayarannya lebih disyorkan. Tetapi manfaatnya mestilah yang banyak dan besar. Janganlah ambil medical card murah tapi “takde isi”. Lagi rugi!

Jika anda tiada masalah dari segi bajet, maka saya alu-alukan anda untuk mengambil medical card yang mempunyai fungsi maksimum. Tujuannya supaya anda tidak marah-marah atau geram dengan limitation yang ditetapkan pada Medical Card biasa. Contohnya, sudah tentulah anda tidak perlu menyediakan bayaran untuk Co-Takaful apabila discaj sekiranya anda mengambil Medical Card TANPA Co-Takaful. Anda juga tidak perlu risau tentang kos rawatan yang semakin mahal saban tahun sekiranya mengambil Medical Card UNLIMITED. Anda tidak perlu fikir nak ambil duit dari mana sekiranya anda perlu menambah sendiri bayaran bil hospital kalau-kalau had seumur hidup medical card biasa anda telah dilepasi.

Mengapa Medical Card UNLIMITED tu perlu?

1-   Sebab teknologi dalam bidang perubatan sudah semakin canggih. Teknologi yang canggih sudah tentulah mahal harganya.

Slide3 Slide4 Slide5

2-   Kos operasi hospital juga semakin mahal

Slide6

Peningkatan kos perubatan memang jelas kelihatan dari tahun ke tahun. Maka mempunyai Medical Card dengan had yang tinggi atau tiada had bakal menjadi satu KEPERLUAN pada masa akan datang!

Slide2

Mahukah anda menampung semua kos perubatan yang mahal-mahal belaka ini dengan menggunakan wang anda sendiri yang dikumpul bertahun-tahun? Sudah tentu TIDAK kan?

Bersegeralah menjadi pengumpul duit yang bijak. Jangan habiskan duit anda sendiri hanya untuk rawatan hospital. Biar Medical Card yang BAYAR!!!

Jika anda mahukan Medical Card yang begitu FLEKSIBEL daripada Great Eastern Takaful, cepat hubungi saya Suri Fitriah di talian 017-3723344 sekarang! Lagi lama anda tunggu, lagi mahal caruman yang anda perlu bayar. Bertindak sekarang demi mengelakkan pembaziran yang tak sepatutnya berlaku!

 

Share This:

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua,

Saat yang dinanti-nanti telah pun tiba. Sekarang Great Eastern Takaful juga telah mempunyai Medical Card tanpa co-takaful! Mulai saat ini, client-client yg sedia ada boleh upgrade polisi masing-masing dari medical card yg ada co-takaful kepada yg tiada co-takaful. Bagi bakal client baru pula, anda boleh terus memilih sama ada mahukan medical card yg ada co-takaful atau tiada. Sudah pasti, yg tiada co-takaful akan berharga lebih mahal sedikit dari yg ada co-takaful.

zero co-takaful

Dengan memilih Medical Card tanpa co-takaful, para pelanggan baru akan mendapat beberapa perkara Xtra seperti di bawah :-

  1. Tiada co-takaful
  2. Intraocular Lens (Up to RM1000 per eye and max of RM2,000 lifetime)
  3. Elaun hospital kerajaan sehingga RM200

Sekarang anda bolehlah memilih nak bayar murah tapi ada co-takaful pada setiap admission/rawatan atau bayar mahal tapi tak perlu bayar co-takaful utk setiap admission/rawatan.

Jom kita tengok kira-kira sikit :-

Katalah masuk hospital 5 kali setahun dengan bil RM 20,000, RM20,000, RM30,000, RM3,000 dan RM50,000.

Medical Card Dengan Co-Takaful (Caruman RM2400 setahun)

Co-takaful yg perlu dibayar = RM500 + RM500 + RM500 + RM300 + RM500 = RM2300

Medical Card Tanpa Co-Takaful (Caruman RM3000 setahun)

Tiada bayaran co-takaful

Beza caruman = RM600 setahun

Untuk tempoh 40 tahun :-

Caruman Medical Card Dengan Co-takaful = RM2400 X 40 = RM96000

Caruman Medical Card Tanpa Co-takaful = RM3000 X 40 = RM120000

Beza Caruman = RM24000

Jika dianggarkan client menjalani rawatan seperti di atas setiap tahun :-

Co-takaful RM2300 X 40 = RM92000

***Pengiraan ini hanya untuk rujukan awal secara gamabaran kasar sahaja. Tiada jaminan maklumat ini tepat.

Ini bermakna, dengan mengambil Medical Card tanpa co-takaful, anda sebenarnya boleh berjimat sekiranya menggunakan Medical Card itu walaupun membayar premium yg lebih. Utk jangkamasa panjang, Medical Card tanpa co-takaful dilihat dapat memberi lebih nilai dalam kehidupan anda. Walau bagaimanapun, sila dapatkan rundingan professional dari agen-agen bertauliah terlebih dahulu.

Utk sign up Medical Card dengan Great Eastern Takaful, cepat-cepat hubungi saya Suri Fitriah di 017-3723344 | surifitriah@gmail.com

Share This:

i-Great Damai

i-Great Damai merupakan sebuah produk takaful keluarga daripada Great Eastern Takaful. Secara asasnya, i-Great Damai menawarkan perlindungan untuk kematian atau cacat kekal. Walau bagaimanapun, ia boleh dijadikan lebih komprehensif dengan penambahan rider (perlindungan tambahan) yang bersesuaian atau diperlukan oleh pemiliknya.

Antara rider yang boleh ditambah adalah :-

  1. 36 Penyakit Kritikal (i-CIBR)
  2. Medical Card/Kad Perubatan (i-Medik)
  3. Elaun Hospital (i-HB)
  4. Pampasan Kemalangan (i-CABX)
  5. Waiver (i-PP,i-CBP)

Sebenarnya ada banyak lagi rider yang boleh ditambah. Tapi yang dinyatakan di atas merupakan rider yang popular dan lebih kerap diambil oleh mana-mana orang yang nak ambil insurans/takaful.

Sekarang ni nak terangkan sikit apa yang ada dalam setiap rider di atas tu.

36 Penyakit Kritikal

Rider ini melayakkan kita untuk mendapat pampasan sekaligus sekiranya kita didiagnos mengidap salah 1 daripada 36 penyakit kritikal yang tersenarai. Contohnya kita letak sebanyak RM50,000 sebagai pampasan untuk penyakit kritikal. Jadi bila kita disahkan mengidap penyakit kritikal, maka RM50,000 itu akan diberikan kepada kita. Wang itu bolehlah kita gunakan untuk menyara hidup kita. Tentang rawatan yang perlu dibuat pula, kosnya boleh ditanggung oleh Medical Card sekiranya kita ada amek Medical Card sebagai rider.

Medical Card/Kad Perubatan

Yang medical card pulak digunakan bila kita terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk merawat penyakit kita. Jadi, kos-kos rawatan seperti prosedur, pembedahan, nasihat pakar, bilik di hospital dan sebagainya yang termaktub dalam kontrak Medical Card, adalah akan ditanggung oleh Medical Card ni. Walau bagaimanapun, kita perlu bayar komitmen dalam 10% daripada jumlah bil. Yang 10% ni lah namanya ko-takaful atau takaful bersama. Di Great Eastern Takaful, ko-takafulnya bernilai minimum 10% dan maksimum cuma RM500 sahaja. Contoh untuk ko-takaful ni camni. Katakanlah bil bernilai RM10,000. 10% daripada RM10,000 ialah RM1,000. Tetapi disebabkan nilai maksimum ko-takaful ialah RM500 sahaja, maka kita hanya perlu bayar RM500 berserta sedikit bayaran-bayaran lain seperti tax, admission fee, barang-barang hiburan dan apa-apa yang tidak ditanggung oleh Medical Card. Medical Card dari Great Eastern Takaful mempunyai limit seumur hidup minimum RM600,000 dan sehingga maksimum RM2,000,000. Maklumat lanjut Medical Card Great Eastern Takaful boleh di lihat di sini.

Elaun Hospital

Elaun hospital ni pulak adalah elaun yang akan kita terima apabila kita dimasukkan ke hospital. Kita akan dibayar mengikut bilangan malam kita tidur di hospital. Untuk layak mendapat elaun ni, kita perlu dimasukkan ke dalam wad sekurang-kurangnya 8 jam. Elaun ni pulak boleh diambil minimum RM50 dan maksimum RM500.

Pampasan Kemalangan

Pampasan bahagian kemalangan ini pula merupakan pampasan tambahan sekiranya kita meninggal akibat kemalangan. Lebih dari itu, nilai pampasan ni juga mempunyai fungsi lain iaitu menentukan nilai elaun MC akibat kemalangan. Conothnya kita letak RM50,000 bagi perlindungan kemalangan ini. Dengan nilai RM50,000 itu kita akan dibayar elaun MC akibat kemalangan sebanyak RM375 seminggu jika kita hilang upaya sementara penuh atau sebanyak RM87.50 seminggu jika kita hilang upaya sementara sebahagian. ELaun MC ini hanya layak dituntut sekiranya tempoh MC kita tu sekurang-kurangnya 7 hari. Selain menentukan nilai elaun MC, ia juga digunakan untuk menentukan nilai pampasan yang diterima sekiranya kehilangan anggota fungsi badan tertentu mengikut peratusan keterukan. Nilai pampasan kemalangan ini juga akan bertambah sebanyak 5% bagi setiap tahun sehingga maksimum 10 tahun.

Waiver

Waiver ni pulak merupakan pelepasan bayaran caruman apabila kita mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya kekal sebelum berusia 70 tahun. Maknanya jika kita diisytihar mengalami penyakit kritikal pada usia 66 tahun, caruman yang kita bayar untuk perlindungan kita tidak lagi perlu dibayar tetapi perlindungan masih diTERUSKAN sehingga berusia 99 tahun.

i-Great Damai

Begitulah sedikit sebanyak mengenai produk i-Great Damai dari Great Eastern Takaful. Dalam produk ini juga sebenarnya ada sebahagian simpanan untuk kegunaan kita. Maknanya dengan caruman kita tu banyak manfaat yang kita dapat. Pampasan kematian/cacat kekal, penyakit kritikal, medical card, kemalangan, elaun hospital, elaun MC dan simpanan jugak! Cepat-cepatlah dapatkan rundingan dan quotation dari saya. Hubungi Suri Fitriah 017-3723344 surifitriah@gmail.com

Share This:

18
Jun

Rider

Rider ialah perlindungan tambahan yang boleh diambil untuk meluaskan atau melengkapkan perlindungan asas.

Di Great Eastern Takaful terdapat banyak rider yang boleh dipilih untuk melengkapkan setiap perlindungan. Rider-rider tersebut adalah seperti berikut :-  Continue reading

Share This: