Pada 22 Julai 2017, rasmilah sudah pembukaan Ibu Pejabat Zest Life Consultancy, Kuala Lumpur yg telah disempurnakan oleh CEO Great Eastern Life Malaysia, YBhg Dato Koh Yaw Hui. Majlis Perasmian ini dimeriahkan lagi dengan Sambutan Aidilfitri 2017!

Ibu Pejabat Zest Life Consultancy ini menempatkan 2 orang Group Agency Manager dan 4 orang Agency Manager yang membawa kepada keseluruhan wakil takaful di bawah naungan Zest adalah seramai 99 orang. Ibu Pejabat Zest meletakkan Tingkat 1 sebagai ruang pejabat pentadbiran manakala Tingkat 2 digunakan sepenuhnya untuk keperluan latihan dan pembangunan agen.

Terwujudnya Ibu Pejabat ini menunjukkan bahawa bidang takaful mampu menjadikan kita sebagai usahawan atau ahli perniagaan yg berprestij dan disegani. Bukan semua orang memiliki perniagaan sendiri dan bangunan perniagaan sendiri.

20170722_130208

Dewan Latihan kami yang mampu memuatkan sehingga 40 orang peserta dalam satu-satu masa dilengkapi dengan LCD Projector, PA System, papan tulis, kerusi dan meja secukupnya. Dewan Latihan ini diberi nama Orchid Hall.

IMG_8082

Manakala untuk latihan yang berskala lebih kecil, kami turut mempunyai Bilik Latihan berkapasiti 10 orang yang juga dilengkapi dengan peralatan dan perkakasan yg sama seperti Orchid Hall. Bilik Latihan ini pula diberi nama Lavender Room.

IMG_8081

Demi kemudahan agen-agen untuk menyelesaikan tugas-tugas takaful masing-masing, satu ruang khas telah disediakan untuk mereka! Di ruang ini tersedianya kerusi meja kerja, kabinet fail, papan tulis dan dua buah komputer yang boleh digunakan oleh mana-mana agen utk membuat quotation mahupun pendaftaran kes-kes baru daripada pelanggan masing-masing.

IMG_8083

Selain itu, sudut perbincangan dan ruang bersosial juga diwujudkan untuk membentuk suasana kerja yang proaktif dan kondusif bagi menaikkan semangat semua Zesters dalam mengendalikan pelanggan dan tugas-tugas takaful. Ruang-ruang ini direka lebih santai agar tidak terasa tegang dalam perbincangan.

IMG_8080

Untuk menambahkan keselesaan pada Zesters dan tetamu yg hadir ke Ibu Pejabat Zest Life Consultancy, kemudahan asas seperti Surau, tandas dan pantry juga tersedia sempurna untuk kegunaan semua.

Dengan kemudahan, kepakaran dan kesungguhan Zest Life Consultancy dalam bidang takaful ini, saya yakin kami dapat membentuk dan melahirkan agen-agen seterusnya leader-leader Takaful yang berkualiti dan berdaya saing!

IMG_8023

Jika anda mahu merasai kemanisan berada dalam bidang takaful, boleh hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk penerangan lanjut.

Share This: