Assalamualaikum & Hi Semua,

Ramai sudah orang mencari MEGA. MEGA kini menjadi buruan ramai atas keprihatinannya terhadap keperluan kewangan setiap orang di Malaysia ini. MEGA mampu membantu generasi kini memberikan harapan kehidupan dan masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang. Nak kenal MEGA?

img_3671

Begitulah ringkasnya kisah si MEGA yang harus dimiliki oleh semua orang. Berikut saya canangkan kelebihan-kelebihan si MEGA ni :-

1-   Nilai Perlindungan Yang Tinggi. Bermula dari RM500,000 (Setengah Juta)

2-   Tempoh Caruman Yang Pendek Dan Fleksibel. 10 atau 20 tahun.

3-   Tempoh Perlindungan Yang Lebih Panjang Dari Tempoh Caruman. 30 tahun. Bayar 10 atau 20 tahun sahaja. Perlindungan tetap 30 tahun!

4-   Pengeluaran nilai tunai bila-bila masa dengan meninggalkan baki minimum RM1,000

5-   Manfaat Kesetian yang berjumlah sehingga 40% dari nilai caruman tahunan pada setiap 5 tahun.

*************************

Dari pandangan mata saya, MEGA sangat sesuai dijadikan Income Replacement Plan + Retirement Fund!

Penafian : Ini konsep saya tersendiri dalam memasarkan MEGA. Anda mungkin mendapat penerangan yang berbeza dari perunding takaful lain.

Ini kerana, dengan hanya mencarum selama 10 tahun, kita akan dilindungi dengan nilai perlindungan sebanyak RM500,000 selama 30 tahun. Sekiranya tidak berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh dalam tempoh 30 tahun itu, nilai tunai sebanyak dua kali ganda dari nilai caruman akan dikembalikan apabila sampai tempoh matang iaitu selepas 30 tahun. (Sila request quotation dari saya untuk dapatkan nilai caruman : Suri Fitriah 017-3723344).

Di mana kegunaan MEGA? Dalam kehidupan ini, kita tidak tahu langsung apa yang telah dimaktubkan di Loh Mahfuz. Jodoh, ajal, rezeki dan sebagainya telah pun diatur oleh Allah tetapi kita tidak tahu-menahu langsung. Atas sebab tidak tahu itulah satu persediaan untuk menghadapi musibah perlu dibuat. Maka, jika ditimpa musibah, tidaklah kita mahupun keluarga kita mati kutu untuk meneruskan hidup dengan dugaan dan ujian yang diberi. Contoh-contoh musibah yang kita tidak pernah diberitahu bahawa ia akan datang :-

1-   Kemalangan. Terutamanya kemalangan jalan raya yang dahsyat. Siapa kita untuk menolak KEMUNGKINAN bahawa kita boleh mati atau lumpuh di jalan raya?

acc-1 acc-2 acc-3

hilang-punca-pendapatan

2-   Penyakit Kritikal. Tiada siapa mahu dihinggapi penyakit. Tetapi ketahuilah bahawa walaupun kita sedaya upaya menjaga kesihatan diri kita, Allah tetap juga Penguasa Seluruh Alam. Jika Allah takdirkan kita dihinggapi juga penyakit kritikal, tiada apa pun yang mampu kita buat untuk menghalangnya.

potong-kaki 3718742

3-   Kematian. Semua orang tahu bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Tetapi bila, di mana dan bagaimana itu sentiasa menjadi rahsia Allah. Siapa tahu selepas membaca artikel ini, terus nyawa dicabut oleh Malaikat Izrail?

ziarah-kubur

ziarah-kubur-1

Maka dengan adanya persediaan yang kita buat untuk mengadap Ilahi dan meninggalkan segala apa yang kita miliki di dunia ini, senang dan damailah waris-walak dan sahabat handai yang ditinggalkan. Mereka masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun musibah menimpa kita. Kita sendiri yang mengelakkan dari mereka hidup melarat atau meminta-minta. Kita sendiri yang telah menyediakan dana untuk mereka kekal bahagia walaupun kematian kita ataupun mereka tidak akan berasa terbeban untuk menjaga kita sekiranya kita sudah menjadi cacat dan tidak menyumbang pendapatan kepada keluarga lagi. Tiada siapa yang akan membela nasib kita dan keluarga melainkan diri kita sendiri.

Apa lagi MEGA buat?

Malah lebih menggembirakan pula apabila sekiranya tiada musibah melanda sepanjang tempoh perlindungan, segala wang yang kita carumkan selama 10 tahun itu akan dikembalikan dengan nilai yang berganda. Walau bagaimanapun, pulangan ini bergantung kepada prestasi dana yang kita laburkan. Kita boleh menjadikannya sebagai dana selepas persaraan kita. Siapa lagi yang akan beri kita duit selepas bersara? Pastilah diri kita sendiri yang telah membuat persiapan awal! Nak cuba sediakan dana persaraan RM1 Juta? Hubungi Suri Fitriah 017-3723344 sekarang!

anda-menderita-selepas-bersara

persediaanpersaraan bh-krisis-persaraan

Bukankah bijak dan kukuhnya perancangan kewangan kita dengan MEGA ini? Jika anda perlukan penerangan yang lebih lanjut, terus book appointment bersama saya Suri Fitriah 017-3723344. Rundingan 30 minit ini sentiasa PERCUMA kepada sesiapa yang benar-benar percaya bahawa Allah Penguasa Alam dan tiada siapa akan membela nasib kita selain diri kita sendiri. Jom jumpa!

Share This:

Terdapat 1 rider kemalangan yang sangat istimewa di Great Eastren Takaful. Rider itu dinamakan Comprehensive Accidental Benefits Xtra atau lebih mudah disebut sebagai i-CABX. i-CABX merupakan rider khusus untuk kemalangan yang menampilkan manfaat seperti berikut :-

  1. Pampasan kematian akibat kemalangan
  2. Pampasan kematian berganda akibat kemalangan di dalam kenderaan awam atau tempat awam
  3. Elaun MC akibat kemalangan
  4. Pampasan kemalangan diri
  5. Pertambahan nilai pampasan kematian akibat kemalangan sebanyak 5% setiap tahun selama 10 tahun

Bagaimana rider ini berfungsi?

Contohnya macam ni. Ambil rider i-CABX sebanyak RM30,000

1- Wira meninggal dalam kemalangan antara keretanya dengan sebuah lori. Wira layak mendapat pampasan kematian akibat kemalangan sebagai tambahan kepada pampasan kematian yg asas. Pampasan kematian asas RM100,000 + pampasan kematian akibat kemalangan dari i-CABX RM30,000 = RM130,000

2-  Raja mengalami kematian semasa menaiki feri yg karam di lautan. Raja layak menerima RM60,000 (RM30,000 X 2) sebagai pampasan kematian berganda akibat kemalangan dalam kenderaan awam.

3- Rahman mengalami kemalangan sehingga tangannya patah. Rahman menjalani pembedahan dan rawatan menggunakan medical card Great Eastern Takaful (rider lain). Rahman mendapat MC selama 4 bulan. Oleh kerana Rahman juga mengambil rider i-CABX, maka Rahman layak mendapat elaun MC akibat kemalangan sebanyak RM225 seminggu. RM225 X 16 minggu = RM3,600.

4-  Geeva terputus jari kelingking semasa menggunakan mesin canai. Geeva layak menerima 5% dari nilai i-CABX iaitu sebanyak RM1500 (5% X RM30,000)

Kemalangan bukanlah hanya tertakluk kepada kemalangan jalan raya. Apa-apa jenis kemalangan pun boleh seperti kemalangan semasa bersukan. Rider i-CABX ini sangat penting kepada individu yg lasak lagi aktif. Namun rider ini ada pengecualian jugak. Contohnya kemalangan sebab salah lompat masa buat bungee jumping, GET tak cover. Sebab itu dikategorikan sebagai masalah cari sendiri.

Share This:

Hai Assalamualaikum Semua,

Kali ni nak share pasal satu claim yang dibuat oleh seorang client saya bernama Hamzani yang mengalami kemalangan pada jari kelingkingnya semasa bermain bola sepak.

Hamzani tinggal di Selangor. Tetapi kemalangan yang dialami berlaku di Johor. Sebagai peserta Great Eastern Takaful yang mengambil perlindungan untuk Medical Card dan Kemalangan, beliau boleh dirawat di mana-mana hospital dan klinik panel mahupun bukan panel.

Moral : Lokasi perlindungan tidak terhad

Beliau mendapatkan rawatan kecemasan sebagai pesakit luar di KPJ Johor, Johor Bharu.

Bil : RM201.55

Diagnosis : Jari patah

Hamzani minta untuk membuat rawatan lanjut di Selangor. Beliau ke KPJ Selangor, Shah Alam. Rawatan lanjut memerlukan jarinya dibedah untuk memasukkan wayar. Hamzani telah dimasukkan ke wad pada 17hb dan keluar pada 18hb Disember 2013.

Bil Rawatan Lanjut : RM165

Bil Pembedahan : Ditanggung oleh syarikat isteri

Bil Rawatan Susulan : RM300

Disebabkan kemalangan ini, Hamzani telah mendapat MC selama 78 hari atau 11 minggu.

Setelah tempoh MC beliau tamat, beliau mula membuat tuntutan bagi semua bil sebelum dan selepas kemasukan ke wad, elaun hospital dan elaun MC. Tuntutan beliau diterima dan diproses pada 13 Mac 2014.

Continue reading

Share This:

i-Great Damai

i-Great Damai merupakan sebuah produk takaful keluarga daripada Great Eastern Takaful. Secara asasnya, i-Great Damai menawarkan perlindungan untuk kematian atau cacat kekal. Walau bagaimanapun, ia boleh dijadikan lebih komprehensif dengan penambahan rider (perlindungan tambahan) yang bersesuaian atau diperlukan oleh pemiliknya.

Antara rider yang boleh ditambah adalah :-

  1. 36 Penyakit Kritikal (i-CIBR)
  2. Medical Card/Kad Perubatan (i-Medik)
  3. Elaun Hospital (i-HB)
  4. Pampasan Kemalangan (i-CABX)
  5. Waiver (i-PP,i-CBP)

Sebenarnya ada banyak lagi rider yang boleh ditambah. Tapi yang dinyatakan di atas merupakan rider yang popular dan lebih kerap diambil oleh mana-mana orang yang nak ambil insurans/takaful.

Sekarang ni nak terangkan sikit apa yang ada dalam setiap rider di atas tu.

36 Penyakit Kritikal

Rider ini melayakkan kita untuk mendapat pampasan sekaligus sekiranya kita didiagnos mengidap salah 1 daripada 36 penyakit kritikal yang tersenarai. Contohnya kita letak sebanyak RM50,000 sebagai pampasan untuk penyakit kritikal. Jadi bila kita disahkan mengidap penyakit kritikal, maka RM50,000 itu akan diberikan kepada kita. Wang itu bolehlah kita gunakan untuk menyara hidup kita. Tentang rawatan yang perlu dibuat pula, kosnya boleh ditanggung oleh Medical Card sekiranya kita ada amek Medical Card sebagai rider.

Medical Card/Kad Perubatan

Yang medical card pulak digunakan bila kita terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk merawat penyakit kita. Jadi, kos-kos rawatan seperti prosedur, pembedahan, nasihat pakar, bilik di hospital dan sebagainya yang termaktub dalam kontrak Medical Card, adalah akan ditanggung oleh Medical Card ni. Walau bagaimanapun, kita perlu bayar komitmen dalam 10% daripada jumlah bil. Yang 10% ni lah namanya ko-takaful atau takaful bersama. Di Great Eastern Takaful, ko-takafulnya bernilai minimum 10% dan maksimum cuma RM500 sahaja. Contoh untuk ko-takaful ni camni. Katakanlah bil bernilai RM10,000. 10% daripada RM10,000 ialah RM1,000. Tetapi disebabkan nilai maksimum ko-takaful ialah RM500 sahaja, maka kita hanya perlu bayar RM500 berserta sedikit bayaran-bayaran lain seperti tax, admission fee, barang-barang hiburan dan apa-apa yang tidak ditanggung oleh Medical Card. Medical Card dari Great Eastern Takaful mempunyai limit seumur hidup minimum RM600,000 dan sehingga maksimum RM2,000,000. Maklumat lanjut Medical Card Great Eastern Takaful boleh di lihat di sini.

Elaun Hospital

Elaun hospital ni pulak adalah elaun yang akan kita terima apabila kita dimasukkan ke hospital. Kita akan dibayar mengikut bilangan malam kita tidur di hospital. Untuk layak mendapat elaun ni, kita perlu dimasukkan ke dalam wad sekurang-kurangnya 8 jam. Elaun ni pulak boleh diambil minimum RM50 dan maksimum RM500.

Pampasan Kemalangan

Pampasan bahagian kemalangan ini pula merupakan pampasan tambahan sekiranya kita meninggal akibat kemalangan. Lebih dari itu, nilai pampasan ni juga mempunyai fungsi lain iaitu menentukan nilai elaun MC akibat kemalangan. Conothnya kita letak RM50,000 bagi perlindungan kemalangan ini. Dengan nilai RM50,000 itu kita akan dibayar elaun MC akibat kemalangan sebanyak RM375 seminggu jika kita hilang upaya sementara penuh atau sebanyak RM87.50 seminggu jika kita hilang upaya sementara sebahagian. ELaun MC ini hanya layak dituntut sekiranya tempoh MC kita tu sekurang-kurangnya 7 hari. Selain menentukan nilai elaun MC, ia juga digunakan untuk menentukan nilai pampasan yang diterima sekiranya kehilangan anggota fungsi badan tertentu mengikut peratusan keterukan. Nilai pampasan kemalangan ini juga akan bertambah sebanyak 5% bagi setiap tahun sehingga maksimum 10 tahun.

Waiver

Waiver ni pulak merupakan pelepasan bayaran caruman apabila kita mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya kekal sebelum berusia 70 tahun. Maknanya jika kita diisytihar mengalami penyakit kritikal pada usia 66 tahun, caruman yang kita bayar untuk perlindungan kita tidak lagi perlu dibayar tetapi perlindungan masih diTERUSKAN sehingga berusia 99 tahun.

i-Great Damai

Begitulah sedikit sebanyak mengenai produk i-Great Damai dari Great Eastern Takaful. Dalam produk ini juga sebenarnya ada sebahagian simpanan untuk kegunaan kita. Maknanya dengan caruman kita tu banyak manfaat yang kita dapat. Pampasan kematian/cacat kekal, penyakit kritikal, medical card, kemalangan, elaun hospital, elaun MC dan simpanan jugak! Cepat-cepatlah dapatkan rundingan dan quotation dari saya. Hubungi Suri Fitriah 017-3723344 surifitriah@gmail.com

Share This:

Dalam perancangan kewangan, salah satu perkara yang perlu dititikberatkan adalah perlindungan takaful. Adakah takaful anda memadai untuk keadaan semasa dan masa depan anda? Jika tak pasti, berhubunglah dengan agen takaful dan buatlah semakan tentang perlindungan. Nak suruh saya semakkan pun boleh… Free je pun.

Continue reading

Share This: