Assalamualaikum & Hi Semua,

Pernah dengar tak pasal hibah ni? Pernah kan… Hibah adalah pemberian secara sukarela oleh pemberi tanpa mengharapkan sebarang balasan pun daripada orang yang menerimanya. Ia berlaku secara terus tanpa ada syarat-syarat sampingan. Senang je kan tu? Macam bagi hadiah kat orang yang kita benar-benar sayang. Kan kita tak mintak apa-apa sebagai timbal balik?

Hibah dalam takaful pula ialah pemberian sejumlah wang manfaat daripada sijil takaful yang diambil. Si pemilik sijil takaful akan menamakan seseorang untuk menerima wang manfaat dari sijil itu setelah berlaku kematian si pemilik sijil. Wang manfaat ini akan menjadi milik mutlak penama yang dinamakan oleh pemilik sijil semasa hayatnya tanpa melalui proses pembahagian harta pusaka mahupun faraid. Dengan kaedah hibah ini, banyak permasalahan dapat diselesaikan dengan cepat, ringkas dan lancar.

img_3084

Hibah dapat menyelesaikan masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh waris apabila berlakunya kematian seseorang seperti :-

  1. Mengelakkan proses di mahkamah yang panjang dan memerlukan kos guaman
  2. Mengelakkan perebutan harta sesama ahli keluarga kecil dan besar
  3. Hilang minat menguruskan harta si mati memandangkan proses yang pelbagai dan leceh
  4. Bermasam muka sesama ahli keluarga sendiri
  5. Harta tidak dituntut langsung oleh waris

Mengapa perlu gunakan hibah takaful? Jawapan ini sungguh popular tetapi masih ramai yang mengambil ringan soal ini. Selepas dari kematian seseorang, ada beberapa perkara yang perlu disegerakan :-

  1. Hal pengurusan jenazah hingga dikebumikan
  2. Hal pembahagian harta pusaka
  3. Hal penyelesaian hutang-piutang

Bagaimanakah hendak menyelesaikan hal-hal di atas sekiranya waris ketiadaan wang lebih-lebih lagi hal hutang-piutang yang ditinggalkan? Di sinilah wang manfaat yang dihibahkan melalui takaful sangat-sangat membantu! Bayangkan dalam masa kurang dari sebulan, wang manfaat dari sijil takaful telah diterima terus ke akaun penama. Sudah tentulah banyak hal boleh diselesaikan!

Kehidupan dan masa depan keluarga juga terjamin dengan adanya wang manfaat yang telah dihibah terus kepada isteri sebagai contohnya. Tidak perlu proses akuan pindahmilik.

Berapa banyak yang perlu dihibahkan? Hibahkanlah seberapa banyak yang mencukupi untuk keperluan keluarga mengikut kemampuan kita. Seeloknya untuk 10 tahun. Paling tidak pun 3 tahun. Atau selemah-lemahnya kita, hibahkanlah untuk keperluan 1 tahun keluarga kita bertepatan dengan firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 240.

baqarah-240

Hibah takaful ini tidak susah. Ambil satu polisi yang memberi coverage atas kematian dengan nilai manfaat yang kita kehendaki. Satu juta? Dua juta? Setengah juta? Semua pun boleh ikut keperluan dan kemampuan setiap keluarga. Berikut saya kongsikan anggaran caruman bagi menyediakan hibah takaful untuk keluarga tercinta. Harganya tidak mahal. Lagi cepat lagi murah!

img_3086-table-teras

Hubungi saya terus untuk tawaran hebat ini! Mungkin dapat lebih murah! Suri Fitriah 017-3723344. Hibah Takaful membantu keluarga anda terus hidup selesa dan terjamin!

Share This: