Pada 24 April 2018 saya berpeluang bercerita kepada seluruh warga Zesters berkaitan blog saya ini dalam weekly gathering kami yg dikenali #oymgzg. Almaklumlah zaman sekarang semuanya online. Jadi nak buat marketing takaful pun perlulah ada channel yg online selain dari yg fizikal kan? Pada malam itu saya kongsikan bagaimana saya mengendalikan blog saya ini untuk tujuan marketing. Alhamdulillah… Sedikit sebanyak dapat juga membuka minda dan memberi idea yg bernas untuk rakan takaful yg lain utk turut membuat pemasaran secara online melalui website!

Macam-macam soalan dikemukakan oleh audience. Nampak ramai minat nak tahu lanjut tentang website.

Ketahuilah bahawa kami di ZEST sentiasa memberikan yg terbaik kepada para perunding takaful kami. Selain pengetahuan langsung tentang takaful, banyak lagi segmen ilmu-ilmu lain turut dipelajari demi melahirkan perunding-perunding takaful yg informatif, kompeten dan terbilang! Kelas-kelas ini dijalankan pada setiap hari Selasa jam 8.30 malam secara percuma sepanjang tahun.

Marilah bernaung di bawah ZEST demi kepentingan masyarakat. Kami komited melahirkan perunding-perunding takaful yg celik dan berdaya saing di pasaran! Hubungi saya Suri Fitriah untuk maklumat lanjut tentang kerjaya hebat dalam bidang takaful!

Share This:

Pada 14 April 2018, SNUTeam telah mengadakan Annual Dinner nya yang humble di Golek-golek Restaurant. Lebih 20 orang agen dari SNUTeam telah hadir pada majlis ini bersama-sama ahli keluarga masing-masing.

Selain dari menjamu selera, tujuan majlis ini juga adalah untuk menyampaikan hadiah bagi Contest Menuju Puncak 1M yg dianjurkan pada hujung tahun 2017. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada ahli SNUTeam yg bertungkus-lumus mencapaikan 1 Million production tahun lepas sekaligus mengangkat nama agensi kepada status Million Dollar Agency. Lebih indah lagi apabila Group Manager SNUTeam sendiri iaitu GM Ira telah dinobatkan sebagai Young Gun 2017 atas pencapaian team beliau. Tahniah!

Ni la org yg dapat Young Gun tu sebab team capai 1 Million di bawah usia beliau 33 tahun

Makanan di Golek-golek ni sedap tapi amat pedas ya. Saya makan sikit je sebab tak tahan dgn kepedasannya. Hahaha

Kami datang awal…

Dalam byk2 air tu saya suka kedondong

Banyak pasangan muda kat sini… Jom la korang join sama…

Saje bagi yg goyang…

Sebenarnya yg baju belang atas baby chair tu ada kembar. Tapi tak nampak sebab kepala bapa dia dah lindung… Hahaha

Ikan bakar dia bagus tapi pedas

Ni lah penaja majlis kita malam ni… Terima kasih Cik

Semangat tengok budak2 makan

Nampaknya Farrah dah nak mulakan majlis bagi hadiah ni… Apa hadiah tu?

Taraaaaa… Ni la hadiahnya… Saya dpt RM500 drpd GM Ira atas contest Menuju Puncak 1 Million…

Saya pula hanya perlu beri RM15 kpd agen saya sendiri, Syaiful

Jom sertai kami sebagai perunding takaful… Banyak duit tepi boleh dapat weh…

All Girls

All Boys

Kami adalah sebuah agensi yg gigih dalam memasarkan takaful di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun kami masih kekurangan ahli. Oleh itu, saya amat menyeru ramai orang muda di luar sana untuk sama-sama menyertai kami untuk menyebarluaskan kepentingan takaful ke seluruh ceruk Malaysia. Kami tak mampu buat semua sendirian. Jom sertai kami! Komisyen dapat banyak, percutian percuma pun ada, insentif tambahan dalam bentuk voucher dan wang tunai pun ada, gadget2 percuma pun ada, award setiap bulan, peluang naik pangkat tanpa perlu tunggu kekosongan! Banyaklah lagi kelebihan kerjaya dalam bidang takaful ni! Hubungi saya Suri Fitriah 017-372334 utk info lanjut mengenai kerjaya agen takaful.

Share This:

10 Mac 2018 merupakan tarikh yg dipilih untuk mengadakan #HariKita bagi merapatkan ukhwah sesama Zesters. Lokasi kali ini di rumah GM Zarina. Kita buat BBQ tapi bukan malam tau… Kita buat jam 3 sampai 6 petang. Special tak masa tu? Lain dari lain kan… Panas weh! Hahahaha

BBQ kami ringkas saja. Kita bakar je semua haiwan2 yg dah dimarinate siap2 oleh orang2 yg pakar. Semua memuji kesedapan makanan BBQ pada #HariKita ni. Yg paling win ialah air asam yg dibuat oleh Zester Farrah. Hebart sangat katanya air asam mek ni.

Baju belang tudung cream tu la mek air asam

Barang2 yg sedia nak di bakar. Kambing, ayam, sotong, ikan kembung, ikan pari, sosej, jagung, kentang, tomato & capsicum

Pakcik ni (Tuan Rumah) nak test dapur baru dia. Pakai arang buatan. Payah nak nyala.. Huhuhu

Doktor ni pulak sibuk bakar sayur pakai dapur electirc

Ni salah saya pegi beli kembung kecik… Nasib la ek..

Cubaan membakar ayam first batch

Bila start makan, memang semua ngunyah je tak berenti.. Sedap!

Ni geng lambat… Dia bakar sorang2

Ni smart partner saya dengan anak kembar dia

Dah puas berjemur kat luar, kita masuk dalam pulak nak aircon

Geng jejaka bakar sampai habis sambil borak

Sebahagian yg masih makan di luar dgn kepanasan

Saya nak makan kambing, lambat sgt bakar… Tunggu la sebentar

Meriah suasana dengan cucu-cucu pun datang!

Majlis sebegini akan menyebabkan kita lebih mengenali sesama sendiri sebab banyak aktiviti rutin harian akan dibuat bersama. Dari situ kita boleh tahu perangai dan tabiat seseorang di luar waktu bekerjanya. Yelah, ketika bekerja mestilah lain sikit dari waktu santai kan..

Pertemuan sebegini memang kerap kami lakukan dalam agensi. Ia dapat menjaga hubungan baik yg berkekalan. Saya rasa lebih meriah lagi kalau ramai yg bernaung bawah ZEST Life Consultancy. Anda bila lagi? Jom jadi agen… Hubungi Suri Fitriah 017-3723344.

Share This:

Pada 22 Ogos lalu, saya telah sekali lagi berkongsikan bagaimana kerjaya dalam takaful membolehkan saya membeli 5 buah rumah dalam masa 4 tahun! Mula-mula saya pun tak percaya, mudahnya melonjakkan income melalui kerjaya takaful! Tapi setelah melaluinya sendiri, saya tidak toleh belakang lagi…

Saya membeli rumah apartment pertama di Shah Alam pada usia 25 tahun sebaik sahaja saya disahkan jawatan di sebuah pelabuhan. Rumah tersebut saya sewakan memandangkan saya tinggal di rumah keluarga :-). Rumah pertama ini saya gunakan gaji kerja tetap saya sahaja. Apabila saya nampak bahawa rumah sewa boleh memberi cashflow yg baik kepada saya, saya mula mahu beli rumah lagi untuk disewakan. Kalau diikutkan gaji saya yg bernilai RM2600 pada masa itu, sudah tentu sangat tipis peluang untuk mendapatkan loan rumah lagi.

Mujurlah saya membuat kerja part-time sebagai perunding takaful sejak Februari 2012! Income dari kerja takaful saya telah menaikkan profile kewangan saya yg membolehkan saya mendapat pambiayaan dari bank! Maka saya pun belilah rumah kedua di Shah Alam juga.

Kenaikan income yg tinggi dari takaful sangat mengujakan saya! Sehingga saya menyambung pembelian rumah ketiga dan seterusnya! Saya sendiri tidak menyangka bahawa saya yg hanya bergaji sekitar RM3000 pada ketika itu boleh membeli rumah setiap tahun hanya dengan melakukan kerja part-time sebagai perunding takaful! Kini sudah 5 buah rumah saya beli melalui komisen takaful.

Dah nampak rentak yg menarik dalam kenaikan income, maka saya terus bertapak dalam industri takaful dan akhirnya meninggalkan pekerjaan tetap saya pada 30 Julai 2015. Jadi, saya cuma ingin highlightkan di sini bahawa kerjaya dalam bidang takaful bukan calang-calang hebatnya. Ia mampu melonjakkan status ekonomi kita secara rapid mahupun steady. Anda taknak cuba ke?

Saya boleh kongsikan tentang struktur komisen di Great Eastern Takaful. Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 utk maklumat lanjut.

Share This: