Seperti tahun-tahun terdahulu, tirai 2018 dibuka dengan Goal Setting yg berlangsung pada 13 Januari di Menara Great Eastern. Maka beramai-ramailah agent ZEST datang dengan berbaju purple kami yg sangat cantik tu. Bila pakai baju sama-sama ni barulah rasa semangat berpasukan tu lebih kuat.

Goal Setting kami berjalan lancar di kendalikan oleh MC berpengalaman Dr Anje.

Sesi pertama dimulakan oleh saya sendiri yg dengan rakusnya membentangkan tentang perkara baru bagi 2018 ini iaitu Balanced Score Card (BSC). Mulai 2018, agen tahun ketiga dan ke atas akan terlibat dengan BSC ini yg mana ia bertujuan untuk mengawal kualiti agen yg berada di pasaran ini. Ada 6 KPI yg perlu dipatuhi oleh agen yg terlibat demi mendapatkan ganjaran komisen penuh atau lebih, berbanding agen yg tak dapat mematuhi keperluan KPI itu. Betullah kan, yg rajin dan bekerja keras layaklah untuk mendapat lebih habuan. Yg malas dan sambil lewa memang tak patut la dapat komisen banyak kan? Saya secara peribadi memang suka dgn kewujudan BSC ni supaya agen-agen yg main2 boleh nyah dari industri. Hanya yg mantap dan berkualiti sahaja yg akan kekal!

Selepas itu, muncullah AM Akma menggariskan peraturan baru di ZEST.

Dah tahu apa nak kena buat tahun ni, kita pun bagi la rest sikit. Jom take 5 dgn massage dan chicken dance… Tak sangka Zester lelaki ni semua pandai menari rupanya…

Kemudian, GM Ira pula menyentuh soal Recruitment dan Promotion. Cara paling berkesan untuk berkembang dalam industri takaful ialah melalui recruitment. Dengan merekrut lebih ramai agen, peluang untuk naik pangkat adalah lebih cepat dan cerah! Maka recruit more, earn more!

Akhir sekali, barulah GM Zarina pula memberi kata-kata semangat untuk Zesters

Kemudian, Zesters dipecahkan mengikut Direct Group masing-masing untuk dipandu oleh leader masing-masing cara-cara untuk menetapkan goal. Ada 5 kumpulan semuanya.

Ira & Associates

Nalia & Teman-teman

Anje Radzi Associates

Akma Sharif Highflyers

Zarina Sharif Agency

Suri Fitriah jadi pemerhati hari tu

Dalam sesi bersama Direct Group, leader akan pergi one-to-one dgn agen masing-masing untuk mempastikan goal yg ditetapkan bersesuaian dgn kemampuan seseorang agen.

Selesai sesi one-to-one tu, maka tamatlah Goal Setting pada hari ini. Kita pun apa lagi? Makan berjemaah ler…

Semua Zesters dah tahu apa perlu dilakukan untuk tahun 2018. Let’s rock & roll!

Hubungi kami untuk mendapatkan pelan takaful yg anda perlukan atau cepat2 call kami untuk sama-sama jadi perunding takaful yg ohsem! Suri Fitriah 017-3723344

Share This: