Pada 16 hingga 21 Mac 2017 yg lalu, saya bersama-sama qualifiers lain dari seluruh Malaysia telah bercuti ke Beijing, China sebagai hadiah daripada Great Eastern atas kerja keras kami dalam bidang takaful. Percutian ditaja penuh oleh Great Eastern ini amat menggembirakan tambahan lagi Muslim qualifiers semakin ramai dan memudahkan trip dirancang secara patuh-syariah 🙂

Hari pertama

Sampai di Beijing jam 12.50 pagi dan terus di bawa check-in ke hotel. Tidur je lah malam tu kan. Cuaca di Beijing waktu kami melawat adalah sekitar 10 hingga 25 darjah celsius.

IMG_5266

Ni depan hotel kami menginap

Hari kedua

Melawat Tiananmen Square dan Forbidden City. Lepas makan malam menonton acrobatic show pulak.

IMG_5030

Di Tiananmen Square. Setiap hari waktu pagi dan petang, orang ramai boleh berkumpul di sini untuk menyanyikan lagu negara semasa upacara menaik dan menurunkan bendera neagara

IMG_5261

Dah dalam Forbidden City. Ada 7 gate dari selatan ke utara. Dalam Forbidden City ni ada 9999.5 bilik. Bilik2 ni adalah untuk isteri-isteri Maharaja yg mencecah 3000 orang semunya

IMG_5224

Sebelum menonton acrobatic show selama 1 jam

Hari ketiga

Bertandang ke Gu Bei Water Town di sebelah pagi. Hidangan stimboat untuk makan tenghari. Lepas tu mendaki Simatai Great Wall.

IMG_5171

Gu Bei Town ini dibina semula semirip bandar air asalnya

IMG_5106

Makan dulu sebelum naik kereta kabel ke Simatai Great Wall

IMG_5063

Sampai pun di Simatai Great Wall. Mengah jugak nak naik ke atas ni. Memang ada laluan sempurna tapi sungguhlah curam.

IMG_5100

Cantik kan view di Simatai Great Wall ni. Takde lah menyesal panjat tinggi-tinggi

Hari keempat

Melawat Bird Nest Olympic Stadium dan Blue Cube. Lepas tu menyelusuri Hutong dengan menaiki beca. Gala Dinner dengan hidangan dan persembahan untuk Maharaja.

IMG_5167

Stadium Olimpik 2008 yang mampu memuatkan 110,000 penonton dalam 1 masa. Dibina oleh arkitek Sweden dengan kos 3.1 Billion Renminbi

IMG_5262

Blue Cube yang berekabentuk seperti sisik ikan. Semua acara akuatik berlangsung di sini

IMG_5272

Depan hall gala dinner

IMG_5269

Depan restoren sebelum gala dinner

Hari kelima

Melawat Niu Jie Mosque. Masjid tertua di Beijing.

IMG_5258

Masjid Niu Jie ni memang 100% rekabentuk Cina

IMG_5244

Depan dewan solat wanita. Memang terpisah dari dewan solat lelaki.

Yang tempat-tempat shopping takyah lah tunjuk ye. Shopping je pun. Dari lawatan percuma ini, saya membuat kesimpulan bahawa Beijing adalah satu bandar yang sangat bersih dan teratur.

Macam mana? OK juga kan jadi agen takaful? Jalan-jalan ke tempat yg baik secara percuma dan diatur dengan baik. Jom hubungi saya untuk tahu lebih lanjut lagi tentang kerjaya sebagai agen takaful. Suri Fitriah 017-3723344.

Share This:

Assalamualaikum & Hi!

Rasanya dah sampai masa untuk para graduan mula berhenti mencari pekerjaan yang dirasakan popular seperti doktor, engineer, lawyer, arkitek dan seangkatan dengannya. Dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi dan zaman teknologi sekarang ini, pasaran pekerjaan juga turut menjadi tidak menentu! Sekejap nak pakai orang, sekejap tak nak. Sekejap besarkan syarikat, sekejap kecikkan pulak.

Tahu tak kami di Great Eastern Takaful sentiasa mengambil rekrut baru walaupun banyak syarikat lain sibuk berhentikan pekerja. Kami pula sentiasa nak ambil orang untuk sama-sama bekerja dengan kami! Memanglah kerjaya sebagai agen tidak pernah menjadi pilihan utama para graduan. Tetapi ketahuilah bahawa kerjaya ini sungguh promising!

Suri Recruitment

Apa yang promising sangat tu?

  1. Dengan berbekalkan modal RM84.80 anda boleh jana beribu-ribu Ringgit dalam masa singkat dan berterusan. Mana nak dapat perniagaan yang modalnya serendah itu!
  2. Struktur komisen secara berangkai sangat membantu dalam pembentukan perniagaan takaful dari hari pertama sehinggalah anda ambil keputusan untuk bersara. Di mana anda nak dapat untung berkali-kali dengan hanya sekali jualan? Kalau jual karipap 1, dapat untung untuk 1 karipap pada hari itu sahaja. Tapi dengan perniagaan takaful, bagi 1 orang yang setuju sign up, anda akan dapat komisen selama 6 tahun! Jual sekali, untung banyak kali!
  3. Banyak hadiah dan anugerah. Di mana anda boleh dapatkan anugerah cemerlang setiap bulan? Biasanya setahun sekali sahaja kan?
  4. Percutian percuma sebanyak 3 hingga 4 kali dalam setahun. Memang anda boleh pergi bercuti bila-bila anda suka. Tapi dengan menjadi Great Eastern Takaful percutian anda percuma saja! Tak perlu kumpul duit dalam tabung khas percutian. Layanan dan perkhidmatan percutian percuma ini pun semuanya 5 bintang atau kelas tinggi. Tak perlu nak berjimat-jimat untuk travel. Travellah dengan selesa dan bergaya!
  5. Dari segi masa pula, anda aturlah sendiri ikut keselesaan anda. Nak keluar lambat balik awal pun tiada siapa yang akan menghalang. Asalkan tugas anda sebagai agen dilaksanakan dengan baik. Jadi tiada masalah untuk hantar ambil anak di sekolah. Nak berurusan dengan pejabat kerajaan ke, nak pergi JPJ ke, nak pergi mahkamah ke, nak pergi Masjid ke, nak main bola ke… Buatlah apa saja ikut jadual yang di atur sendiri.
  6. Kenaikan pangkat tanpa mengira seniority atau merit. Tak perlu kipas-kipas bos. Tak perlu mengampu sana sini. Selagi mana anda dapat memenuhi requirement yang ditetapkan untuk naik pangkat, anda tetap akan naik pangkat walaupun ada 1000 lagi orang lain yang turut nak naik pangkat sama macam anda. Tak perlu tunggu position di atas anda kosong atau penyandangnya mati baru boleh naik pangkat. Naiklah pangkat secepat 2 tahun dari tarikh anda mula bergelar agen.
  7. Kalau dah naik pangkat, sudah tentulah mempunyai agensi sendiri kan? Agensi milik anda ini sebenarnya boleh diwariskan kepada anak-anak anda nanti. Bagus kan camtu? Boleh membina empayar dan legasi keluarga sendiri.
  8. Janganlah sedih kalau orang kata jadi agen takde EPF. Nanti dah tua nak makan apa? Hei abang! Great Eastern memang ada menyediakan dana persaraan untuk anda. Yang lebih menarik, 100% diberi oleh Great Eastern tanpa anda perlu memotong gaji untuk persaraan anda.
  9. Dah nama pun ada agensi, mestilah nak ada bangunan sendiri juga kan? Ini pun ditanggung oleh pihak Great Eastern! Seronok kan macam ni? Buat bisnes sendiri-sendiri tapi semuanya company provide!
  10. Latihan dan bimbingan sepanjang masa pula adalah ramuan istimewa dalam kerjaya ini. Jadi anda takkan jadi orang yang ketinggalan zaman. Pasti ilmu dan skills anda up-to-date!

Tapi anda perlu faham bahawa “Yang bulat tak datang bergolek, Yang pipih tak datang melayang”. Dalam kerjaya sebagai Agen Takaful ni, usaha dan komitmen yang tinggi diperlukan! Kalau anda rasa tak mampu nak beri komitmen dan malas pula berusaha, semua keindahan dalam kerjaya ini tidak mungkin akan menjadi milik anda!

Ayuh, cabar diri anda! Anda bukan orang biasa-biasa! Anda graduan yang hebat! Hubungi Suri Fitriah 017-3723344 untuk menjadi Agen Takaful yang mantap! Saya sedia membantu dan membawa anda ke jalan yang lurus dalam bidang takaful ini!

Share This:

Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 demi kerjaya yg gilang gemilang!

Share This:

Hi & Assalamualaikum!

Salam Ramadhan kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini membawa kita selangkah lebih baik dari sebelumnya 🙂

Pada 20 Jun 2016 yg lalu, saya dan rakan-rakan agen yg lain dari segenap pelusuk Central Region GETB telah pun sama-sama meraikan dan turut serta dalam IFTAR GETB 2016. Untuk melayakkan diri menghadiri Iftar yang turut diserikan oleh CEO GELM dan CEO GETB ini, kami perlu mencapai kriteria minimum yg telah ditetapkan. Maka, beramai-ramailah kami mengqualifykan diri untuk menyertai Iftar di The Westin Hotel, Kuala Lumpur. Seramai 17 orang Zesters telah pun layak untuk Iftar ini. Tetapi ada beberapa orang tak dapat hadir ke majlis gilang-gemilang ini.

Iftar & Raya Celebration Qualifiers bersama CEO GELM & CEO GETB

Iftar & Raya Celebration Qualifiers bersama CEO GELM & CEO GETB

Lupa ambil gambar makanan masa mula-mula makan

Lupa ambil gambar makanan masa mula-mula makan

We Are Qualifiers!

We Are Qualifiers!

Maaflah saya tidak berbusana muslimah hari tu. Ada urusan mengejut sampai tak sempat pakai baju yg lebih sesuai

Maaflah saya tidak berbusana muslimah hari tu. Ada urusan mengejut sampai tak sempat pakai baju yg lebih sesuai

Ramai agen lain lagi dalam majlis ini. Jelas menunjukkan bahawa ramai orang bersetuju memilih kerjaya sebagai agen dan berjaya dalam bidang ini. Anda nak cuba lalui apa yg kami lalui? Cepat hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk mengetahui lebih terperinci tentang kerjaya sebagai perunding takaful ini. Ia tidaklah sesukar mana! Jom sertai kami!

 

Share This:

Supremacy Summit 2015/16 ini adalah supremacy summit pertama yang pernah saya hadiri! Seperti biasa, majlis diisi dengan updates terkini dari CEO GELM, Dato’ Koh Yaw Hui dan penyampaian award kepada semua awardees. Majlis penyampaian award berlarutan sehingga ke malam lantaran ramainya penerima award! Ini jelas menunjukkan bahawa semakin ramai orang telah memilih kerjaya sebagai agen dan melakukan tugas mereka sebagai agen dengan penuh dedikasi!

IMG_0061

Disebabkan first time, maka kena la amek gambar kat sini kan

IMG_0052

Saya menerima Supremacy Elite Award

IMG_0057

Bersama CEO GELM, Dato’ Koh Yaw Hui

IMG_0078

Ini Anje, geng Supremacy Elite saya

IMG_0060

GAM Zarina sebagai penerima LEAD Award utk ZEST

IMG_0050

Bersama qualifiers dari SNU Agency Dari depan – AM Ira, FTA Anje, Suri & Nalia

IMG_0066

Hadiah istimewa daripada GAM Zarina kepada semua qualifiers ZEST. Comel sungguh teddy pink itu bersama jam hijau yg anggun!

IMG_0082

Germany!! Here I come!

IMG_0080

SNU Agency bersama VP Great Eastern Takaful, Puan Norizan

IMG_0069

Saya bersama tag keramat… Hahahaha

Pada mulanya saya tidak pernah menyangka bahawa saya juga akan menjadi salah seorang Supremacy Qualifier. Sebab rasanya banyak jugak production nak kena buat baru boleh qualify. Tetapi atas kesabaran menetapkan diri dalam bidang takaful ni, akhirnya saya juga bergelar Supremacy Qualifier. Jelas di sini, setiap yang kita rasa mustahil, sebenarnya boleh saja dicapai hanya dengan kemahuan dan usaha.

Allah juga berjanji bahawa sesiapa yang berusaha, pasti akan mendapat hasilnya. Jadi kepada rakan-rakan diluar sana yg sering rasa sukar untuk menempuh kehidupan, janganlah gusar. Lakukan saja apa yg telah difikir dan dirancang. InsyaAllah tindakan pasti akan membuahkan hasil. Jangan asyik berfikir dan merancang. Tetapi tidak pula bertindak!

Jom jadi agen takaful macam saya nak tak? Dapat duit, dapat pahala, dapat hadiah, dapat anugerah, dapat percutian dan macam-macam lagi! Hanya dengan 1 kerja boleh dapat macam-macam! Call saya Suri Fitriah 017-3723344 atau tinggalkan resume di sini. Saya akan kongsikan kemanisan dan kehebatan kerjaya sebagai agen ini kepada anda. Kalau nak tengok percutian percuma yg saya dah dapat, boleh tekan sini.

Share This:

Dalam Zest Group, teamwork telah lama dibudayakan. Ini kerana pengasas Zest Group sendiri iaitu GM Zarina teramat mempercayai kuasa dan keajaiban yg akan berlaku dengan keutuhan sesebuah teamwork itu. Dengan teamwork, banyak isu atau permasalahan dapat dilerai atau diselesaikan dengan penuh hikmah. Sebagai contoh, satu siri latihan yang menyeluruh, intensif, komprehensif dan sistematik dapat dilaksanakan dengan mudah lagi berkesan. Siri latihan yang berat begitu sudah pastinya amat sukar untuk disempurnakan jika hanya satu orang sahaja yg mengendalikannya. Di Zest Group, teamwork dan semangat kekitaan sememangnya begitu mendalam di kalangan agen-agen. Agen-agen seolah-olah sudah menjadi seperti keluarga di antara satu sama lain.

11988418_10200975848795549_3292468377367869146_n

11050696_10200678883931613_6578835483056240392_n

11216708_10200975849115557_5498425875368829609_n

11255786_10200564976003986_4928132923903181486_n

11899840_10200933217849802_7125211189817194853_n

11986473_10200975845435465_8466073211690110552_n

11990521_10200975839995329_7117108436877036075_n

Teamwork juga menjadikan perkongsian ilmu dan perpindahan maklumat boleh berlaku dengan lebih cepat dan menyeluruh. Penyertaan setiap agen dalam kerja berkumpulan juga sedikit sebanyak dapat mengasah kemahiran berkomunikasi secara lebih berkesan. Siri latihan yg digarap oleh leaders sememangnya memenuhi keperluan agen-agen untuk melengkapkan diri masing-masing untuk turun ke lapangan melakukan promosi dan jualan.

Agen yg lebih berpengalaman sudah pasti akan membuat perkongsian yg amat bermanfaat kepada agen-agen baru yg lainnya. Teguran, nasihat dan pandangan para leaders juga wajar dijadikan panduan agar agen-agen tidak tersalah atau terpesong dari landasan sebenar ketika membuat pemasaran atau pembentangan produk-produk Great Eastern Takaful.

Bagi yang sedang tercari-cari kumpulan agensi mana yang nak disertai, hentikanlah pencarian anda! Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk bersama-sama kami menyebarkan manfaat takaful ke seluruh pelusuk Malaysia.

Drop Your Resume Here

Share This:

Assalamualaikum & Hai Semua!!

Inilah kali pertama saya ingin kongsikan kepada anda mengapa saya memilih bidang takaful sebagai kerjaya saya. Sebelum saya bercerita lebih panjang, suka saya ingatkan bahawa setiap apa yang saya coretkan di sini adalah perasaan dan buah fikiran dari sudut pandangan mata saya. Ia mungkin berbeza daripada pandangan mata anda.

helderline.nl-tenaga-dua-11492

Kapal yg saya pernah kerja di dalamnya

Saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Marin) dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan berdaftar dengan Board of Engineers sebagai Jurutera Siswazah. Saya mempunyai beberapa pengalaman kerja dalam bidang maritim sejak tahun 2008 termasuklah pelayaran, pengajaran dan pelabuhan. Saya pernah belayar di dalam kapal LNG MISC untuk beberapa bulan demi menimba pengalaman yg unik sebagai pelaut, bergelar pensyarah selama 1 semester di Akademi Laut Malaysia sbg medium penyampai ilmu perkapalan kepada bakal pelaut dan merupakan seorang pegawai di Bahagian Marin di pelabuhan Northport untuk beberapa tahun. Bidang maritim menjadi pilihan saya sejak di Tingkatan 4 kerana saya mahukan pekerjaan yang mampu memberi gaji lumayan supaya saya menjadi kaya.

Continue reading

Share This:

Assalamualaikum & Hai!

Rasanya semua orang ada angan-angan sejak kecil kan? Saya pun ada! Sejak saya berusia 6 tahun, saya memang teringin sangat nak bergelar Jutawan. Walaupun pada masa itu, saya tak tahu pun Jutawan tu apa! Yg saya tahu saya nak jadi Jutawan. Apabila dah remaja, saya kemaskan sikit angan-angan tu dengan meletakkan masa sebagai syarat. Angan-angan baru saya jadi macam ni “Saya nak jadi Jutawan sebelum 30 tahun”. Sejak dari tu puaslah kira berapa duit nak kumpul supaya bergelar jutawan sebelum umur 30 tahun! Humang aaiiiii!!! Banyaknya nak kena save sebulan kalau nak jadi Jutawan? Lebih kurang RM7,000 sebulan selama 12 tahun. Ada ke duit banyak tu nak simpan? Kerja pun belum!

Bila tahu kena save RM7,000 sebulan selama 12 tahun baru boleh jadi Jutawan, saya terus demoralize. Yelah, mana nak cari RM7,000 untuk disimpan. Masa tu belum kerja. Kalau kerja gaji RM3,000 pun, dah tentu tak boleh simpan RM7,000 sebulan. Saya mula kuburkan angan-angan kanak-kanak saya tu….

Saya pun menjalani kehidupan seperti biasa. Habis belajar masuk kerja. Gaji biasa-biasa. Siap rasa tak cukup. Bila dah rasa gaji tak cukup, kita mesti la fikir macam mana nak cukupkan kan? Akhirnya saya beli sebuah rumah untuk disewakan. Hasil dari sewa rumah tu, saya generate lagi untuk beli sebuah rumah lagi. Dalam masa yg sama, saya menjadikan Agen Takaful sebagai part time job saya. Memang banyak jugak komisyen dari takaful. Maka saya gunakan komisyen, sewa rumah dan gaji tetap untuk membolehkan saya membeli rumah lagi dan lagi dan lagi.

IMG_7294

Rumah Ke-5 dan Ke-6 untuk disewakan 2015

Sehinggalah pada 18 Jun 2015, iaitu sehari sebelum saya berumur 30 tahun, saya tergerak hati untuk mengira berapakah nilai aset yg saya miliki pada saat itu! Alangkah kagumnya saya apabila mendapat tahu bahawa nilai aset yg saya miliki pada waktu itu rupanya sudah pun melebihi RM1 Juta! Wahhhh, rupanya angan-angan saya dah jadi nyata! Walaupun nilai RM1 Juta itu bukanlah nilai tunai dalam tangan saya, tetapi sekurang-kurangnya saya dah capai nilai juta itu!

Siapa sangka, side income kita rupanya mampu mempercepatkan impian kita tercapai! Selain dari mampu membeli hartanah, side income saya juga mampu menerbangkan saya keluar negara. Lebih-lebih lagi negara Eropah yg biasanya ramai sangat orang nak pergi! Saya takde lah nak sangat ke Eropah tu. Tapi sebab ramai orang nak pergi, so saya pun pergi je la…

Jalan2 sikit...

Jalan2 sikit trip ketiga 2014…

Dengan side income jugalah saya dapat beli kereta baru. Bukanlah Merc ke BM ke Audi ke… Tapi bukanlah juga kereta yg paling banyak di Malaysia kan? Saya juga ada beli 1 MPV lagi utk kegunaan keluarga 🙂

Kia Cerato K3 1.6

Kia Cerato K3 1.6 2014

Lihat… Siapa kata kerja biasa-biasa tak boleh jadi Jutawan? Siapa kata kerja biasa-biasa tak boleh keluar negara? Siapa kata kerja biasa-biasa tak boleh beli kereta import? Semuanya boleh jika kita rajin mencari sumber pendapatan tambahan kan? Dan sumber pendapatan tambahan yg baik adalah yg mampu berkembang pesat dgn sedikit usaha! Salah satu darinya sudah tentulah menjadi Agen Takaful di Great Eastern Takaful!

Jom saya tunjukkan bagaimana nak menjana pendapatan dari Takaful! Jom saya ajar macam mana nak jadi agen yg dipercayai! Nak exam pun hanya perlu bayar RM84.80 saja… Masih berkira? Masih ego untuk berjaya?

Call Suri Fitriah di 017-3723344 sekarang!

Drop Your Resume Here

p/s : Maaf jika ada yg tak gemar dgn post begini. Saya buat post ini sekadar nak beritahu dan ajak orang ramai di luar sana untuk berimpian dan majukan diri. Jangan menunggu bulan jatuh ke riba.

Share This: