Pada 24 April 2018 saya berpeluang bercerita kepada seluruh warga Zesters berkaitan blog saya ini dalam weekly gathering kami yg dikenali #oymgzg. Almaklumlah zaman sekarang semuanya online. Jadi nak buat marketing takaful pun perlulah ada channel yg online selain dari yg fizikal kan? Pada malam itu saya kongsikan bagaimana saya mengendalikan blog saya ini untuk tujuan marketing. Alhamdulillah… Sedikit sebanyak dapat juga membuka minda dan memberi idea yg bernas untuk rakan takaful yg lain utk turut membuat pemasaran secara online melalui website!

Macam-macam soalan dikemukakan oleh audience. Nampak ramai minat nak tahu lanjut tentang website.

Ketahuilah bahawa kami di ZEST sentiasa memberikan yg terbaik kepada para perunding takaful kami. Selain pengetahuan langsung tentang takaful, banyak lagi segmen ilmu-ilmu lain turut dipelajari demi melahirkan perunding-perunding takaful yg informatif, kompeten dan terbilang! Kelas-kelas ini dijalankan pada setiap hari Selasa jam 8.30 malam secara percuma sepanjang tahun.

Marilah bernaung di bawah ZEST demi kepentingan masyarakat. Kami komited melahirkan perunding-perunding takaful yg celik dan berdaya saing di pasaran! Hubungi saya Suri Fitriah untuk maklumat lanjut tentang kerjaya hebat dalam bidang takaful!

Share This:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!!

Sabtu lepas 14 September, agensi kami buat Outdoor Meeting untuk julung-julung kalinya!! Buat kat Taman Tasik Perdana atau nama barunya Lake Gardens.

Tak semena-mena pagi-pagi morning lagi kitorang pun berkumpul la kat satu gazebo tu kan. Apa lagi, mesti la ada acara makan2. Kitorang pot luck je. Saya ditugaskan bawak buah-buahan. Memang saya suka la pasal tak yah masak… he he he..

buah

Ni la buah-buahan tempatan dan luar negara yg saya bawak. Ada 9 jenis semua sekali.

 

Sebelum meeting ada la main 1 game tu kan. Tak sangka, saya boleh tak mempamerkan aksi yang baik. Tapi, group saya still menang walaupun dengan perbezaan masa 2.5 saat!!

 

zarina assoc

Ni la rakan-rakan agensi saya. Semua pun cool……

Saya sebenarnya rasa sangat gumbira dan bertuah berada dalam Zarina Sharif Agency ni. Moga2 kami sentiasa cemerlang dan terus teguh dengan usaha kami dan keberkatan Allah.

🙂

Share This: