i-Great Amal

i-Great Amal merupakan satu produk khas daripada Great Eastern Takaful yang direka khusus untuk umat Islam. i-Great Amal boleh digunakan dalam pelbagai cara. Sebagai simpanan, sebagai persediaan, sebagai perlindungan dan lain-lain lagi ikut kreativiti masing-masing. Tetapi, saya lebih gemar sekiranya i-Great Amal ini dijadikan sebagai PELENGKAP.

Pelengkap kepada simpanan Haji kita. Kenapa pulak pelengkap? Sebab i-Great Amal boleh melengkapkan simpanan Haji kita yang sedia ada. Katakanlah kita membuat simpanan Haji di Tabung Haji sebanyak RM100 sebulan. Selepas setahun, kita akan mempunyai simpanan di Tabung Haji sebanyak RM1,200 berserta dividen yang diisytihar. Itulah nilai yang kita miliki buat masa itu.

Dalam i-Great Amal, dengan caruman serendah RM50 sebulan, kita sebenarnya memiliki simpanan, perlindungan dan persediaan. Selepas 5 tahun mencarum pula kita layak mendapat wang saku bernilai RM800 untuk digunakan ketika menunaikan Haji/Umrah. Selepas 10 tahun pula kita layak dapat 1 bahagian korban yang bernilai RM500. Selain itu kita juga mempunyai dua kali ganda perlindungan jika meninggal ketika menunaikan Haji/Umrah.

Mari saya jelaskan satu per satu semoga lebih faham. Tempoh caruman adalah minimum selama 10 tahun sehinggalah maksimum selama 40 tahun. Berikut merupakan manfaat yang akan diperoleh dengan mencarum dalam i-Great Amal :-

  1. Nilai Asas Dilindungi
  2. Wang Saku untuk menunaikan Haji/Umrah
  3. Badal Haji
  4. 1 Bahagian Korban
  5. Wang simpanan
  6. Pampasan Penyakit Kritikal

Nilai Asas Dilindungi (Basic Sum Covered)

Ini adalah nilai pampasan yang akan diterima sekiranya mengalami cacat kekal atau meninggal dunia. Minimum RM10,000.

Wang Saku Untuk Menunaikan Haji/Umrah

Wang saku ini terbahagi kepada dua jenis. Pertama di tuntut semasa dalam tempoh caruman. Kedua, dituntut apabila sijil matang.

Jenis pertama iaitu yang dituntut semasa mencarum cuma bernilai RM800.

Jenis kedua iaitu yang dituntut apabila sijil matang pula bernilai RM2,000.

Wang saku ini hanya layak dituntut selepas 5 tahun mencarum.

Badal Haji

Badal Haji atau Upah Haji yang bernilai RM3,000 ini akan dilakukan secara automatik sekiranya kita kembali ke Rahmatullah dalam tempoh mencarum. Nilai Badal Haji ini akan ditolak dari Nilai Asas Dilindungi.

1 Bahagian Korban

Selepas mencarum selama 10 tahun, kita layak mendapat 1 bahagian korban yang bernilai RM500. Nilai Korban ini boleh dituntut dalam dua kaedah. Pertama, kita mahu lakukan korban dengan sendiri. Kedua, kita minta Great Eastern Takaful lakukan korban itu bagi pihak kita.

Bagi kaedah pertama, cek bernilai RM500 akan dikeluarkan kepada kita untuk kita tunaikan dan membeli sendiri 1 bahagian korban.

Bagi kaedah kedua, satu surat pemberitahuan akan diberikan kepada kita bahawa ibadah korban kita telah dilaksanakan.

Wang Simpanan

Wang simpanan hanya boleh diterima apabila sijil matang. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk apa sahaja tujuan. Wang simpanan yang diperolehi mungkin lebih sedikit atau kurang sedikit dari jumlah caruman yang dicarum bergantung kepada risiko pemilik sijil.

Pampasan Penyakit Kritikal

Pampasan ini merupakan pilihan yang boleh dibuat. Sekiranya kita memilih untuk mempunyai perlindungan ini, kita akan diberikan nilai pampasan sekaligus sekiranya didiagnos mengidap salah 1 daripada 36 penyakit kritikal. Wang itu boleh digunakan untuk merawat penyakit atau menunaikan Haji/Umrah.

Dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh i-Great Amal tadi, ia memang boleh melengkapkan simpanan di Tabung Haji kita yang semakin hari semakin meningkat. Lagi banyak menyimpan, lagi cepat kita dapat menunaikan Haji/Umrah.

Share This:

Setiap kali ambil insurans/takaful, mesti anda selalu dengar perkataan pampasan kematian. Pampasan kematian tu la Basic Sum Covered (BSC) tu dalam bahasa takafulnya. Maknanya, sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal terhadap anda, maka nilai dalam Basic Sum Covered itulah yang akan diberikan kepada waris. Ada yang RM12,000, ada yang RM20,000, ada yang RM50,000, RM 100,000, RM 500,000, RM 1,000,000, RM 2,000,000 dan seterusnya.

Tahukah anda apa kepentingan Basic Sum Covered ni? Dah nama pun takaful keluarga, sudah semestinya nilai tu ada kaitan dengan keluarga kan? Kalau tanya sekarang berapa sum covered anda, mesti ramai yang jawab bawah RM100,000, betul tak?

moneylove

Kalaulah Basic Sum Covered anda tu tersangatlah ciput, cepat-cepatlah upgrade! Pasal, kalau anda tinggalkan cuma RM20,000 sahaja pada waris, sejauh manakah pampasan itu boleh dibelanjakan? Secara ringkas, Basic Sum Covered tu sepatutnya perlulah seiringan dengan keperluan semasa keluarga.

Sebenarnya mudah je nak kira anggaran Basic Sum Covered yang wajar untuk anda ambil. Begini :-

  1. Anggarkan berapa perbelanjaan anda sebulan? Ataupun berapakah gaji bersih/pendapatan anda sekarang?
  2. Darabkan dengan 12 bulan
  3. Darabkan dengan 10 tahun

Contohnya camni :-

RM 3,000 X 12 X 10 = RM 360,000

HaaAAaaaa?? Banyaknya!!! Betul ke ni? Selalu dengar puluh-puluh ribu je… Ini betul-betul! Bukan cobaan!

Kenapa 10 tahun? Anggapkan kematian berlaku pada usia 60 tahun. Keluarga yang ditinggalkan masih perlu meneruskan hidup. Sekiranya tiada wang ditinggalkan, si Isteri mungkin terpaksa bekerja untuk menyara diri sendiri? Pekerjaan apakah yang mampu dilakukan oleh seorang wanita pada usia 60 tahun?

Jika anda hilang upaya kekal pula, katalah pada usia 45 tahun, sudah tentulah anda tidak bekerja. Bagaimana dengan kos makanan, tempat tinggal dan keperluan harian lain? Ini pun belum ambil kira inflasi.

Sekiranya Basic Sum Covered anda bernilai tinggi, setidak-tidaknya anda memberi ruang dan peluang untuk keluarga anda bernafas seketika sebelum sesuatu perkara yang lebih menjana hasil boleh dicipta untuk menyara hidup.

Dengan pampasan yang agak lumayan, keluarga yang ditinggalkan boleh membina perniagaan atau membeli hartanah untuk disewakan sebagai mata pencarian. Jika kita cuma tinggalkan RM 20,000 saja, agak sukar untuk keluarga kita meneruskan kestabilan ekonomi keluarga kelak.

Kalau dah tau tak cukup tu, sila-sila la tambah ye… Nilai dalam Basic Sum Covered ini boleh ditambah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda dan keperluan keluarga. Rajin-rajinlah buat “policy review” demi mempastikan perlindungan yang dimiliki itu betul-betul boleh melindungi. Bukan sekadar ada pada nama.

Adalah lebih selesa sekiranya anda mengasingkan sijil-sijil takaful anda. Anda seharusnya boleh memiliki sijil yang berbeza untuk nilai Sum Covered yang lebih besar sekiranya anda tidak mahu menambahnya pada sijil sedia ada.

Share This: