Pada 22 Julai 2017, rasmilah sudah pembukaan Ibu Pejabat Zest Life Consultancy, Kuala Lumpur yg telah disempurnakan oleh CEO Great Eastern Life Malaysia, YBhg Dato Koh Yaw Hui. Majlis Perasmian ini dimeriahkan lagi dengan Sambutan Aidilfitri 2017!

Ibu Pejabat Zest Life Consultancy ini menempatkan 2 orang Group Agency Manager dan 4 orang Agency Manager yang membawa kepada keseluruhan wakil takaful di bawah naungan Zest adalah seramai 99 orang. Ibu Pejabat Zest meletakkan Tingkat 1 sebagai ruang pejabat pentadbiran manakala Tingkat 2 digunakan sepenuhnya untuk keperluan latihan dan pembangunan agen.

Terwujudnya Ibu Pejabat ini menunjukkan bahawa bidang takaful mampu menjadikan kita sebagai usahawan atau ahli perniagaan yg berprestij dan disegani. Bukan semua orang memiliki perniagaan sendiri dan bangunan perniagaan sendiri.

20170722_130208

Dewan Latihan kami yang mampu memuatkan sehingga 40 orang peserta dalam satu-satu masa dilengkapi dengan LCD Projector, PA System, papan tulis, kerusi dan meja secukupnya. Dewan Latihan ini diberi nama Orchid Hall.

Continue reading

Share This: