Pada 24 April 2018 saya berpeluang bercerita kepada seluruh warga Zesters berkaitan blog saya ini dalam weekly gathering kami yg dikenali #oymgzg. Almaklumlah zaman sekarang semuanya online. Jadi nak buat marketing takaful pun perlulah ada channel yg online selain dari yg fizikal kan? Pada malam itu saya kongsikan bagaimana saya mengendalikan blog saya ini untuk tujuan marketing. Alhamdulillah… Sedikit sebanyak dapat juga membuka minda dan memberi idea yg bernas untuk rakan takaful yg lain utk turut membuat pemasaran secara online melalui website!

Macam-macam soalan dikemukakan oleh audience. Nampak ramai minat nak tahu lanjut tentang website.

Ketahuilah bahawa kami di ZEST sentiasa memberikan yg terbaik kepada para perunding takaful kami. Selain pengetahuan langsung tentang takaful, banyak lagi segmen ilmu-ilmu lain turut dipelajari demi melahirkan perunding-perunding takaful yg informatif, kompeten dan terbilang! Kelas-kelas ini dijalankan pada setiap hari Selasa jam 8.30 malam secara percuma sepanjang tahun.

Marilah bernaung di bawah ZEST demi kepentingan masyarakat. Kami komited melahirkan perunding-perunding takaful yg celik dan berdaya saing di pasaran! Hubungi saya Suri Fitriah untuk maklumat lanjut tentang kerjaya hebat dalam bidang takaful!

Share This:

Sebagai salah seorang agen lama dan bakal leader di Zest, saya telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan sebahagian daripada training khas untuk para agen baru yang digelar Baby Zesters. Kebiasaannya saya akan berkongsi ilmu dan kemahiran pada #oymbbg v1. Tetapi untuk bulan April saya berpeluang menjadi trainer untuk #oymbbg v2 pula. Dalam #oymbbg v2, agen baru akan dilatih dan diberi pendedahan tentang produk i-Great Amal, menggunakan software mengira quotation GETBIS, melayari portal agen i-GreatPartner dan juga kaedah mengisi borang-borang yang berkesan. Sesi ini berlangsung selama 4 jam dari 10 pagi hingga 2 petang.

12985596_10201662549202630_1628074483671583868_n

Ajar cara nak semak dan jaga payment client supaya tidak lapse

bbg v2 apr

Menerangkan secara details segala sebab musabab yang berlaku industri takaful

IMG_0746

Baby zesters semua tekun membuat quotation menggunakan GETBIS

IMG_0755

Lunch dulu sebelum sambung sesi petang

IMG_0751

Comel kan baby zesters!

IMG_0759

Sesi petang disambung oleh GAM Zarina pula sementara saya membuat troubleshoot untuk computer2 baby zesters

Jika anda tercari-cari kerja yang penuh dengan bimbingan rapi, tak salah anda terus hubungi saya, Suri Fitriah 017-3723344 untuk menjadi sebahagian daripada kami. Latihan yg diberikan di Zest sentiasa di kemaskini dan diperhalusi keberkesanannya. Jom jadi agen takaful bersama Zest! Kami bimbing anda hingga ke mercu!

Share This: