Hai & Assalamualaikum Semua,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya telah pun secara rasminya bergelar Agency Manager pada Tahun 2017 ini! Demi mempastikan bahawa setiap Agency Manager yg baru dapat mengetahui dan mampu menjalankan tugas sebagai Leader dengan sempurna, Great Eastern menganjurkan satu siri kursus kepimpinan yg dikenali sebagai Professional Leadership Series Y1 (PLS Y1). PLS Y1 wajib disertai oleh semua Newly Promoted Agency Manager pada tahun pertama kenaikan pangkat. PLS Y1 ini berlangsung selama 3 Hari 2 Malam di ABC Camp, Janda Baik. Kalau dah namanya camp, anda pun boleh faham la macam mana keadaannya kan? Ini bukan vacation! Ini ujian fasa peralihan dari zon kebiasaaan sebagai agen untuk berganjak ke zon pengurus agensi. Memang sengaja tak diberi selesa!

IMG_4489

Sebahagian dari peserta PLS Y1 17-19 Februari 2017

Dalam kursus bersiri ini segala pengetahuan, keperluan, kemahiran dan teknik dalam mengendalikan agensi dan para agen akan dikongsikan oleh Trainers dan juga para peserta. Siri ini dimulakan dengan pengenalannya yg menitikberatkan soal perancangan agensi. Ada 6 lagi modul yg akan menyusul dan siri ini juga dilengkapkan dengan sesi coaching secara berkala hingga bulan Julai. Banyak Latihan Dalam Kumpulan dalam siri kursus kepimpinan ini.

Continue reading

Share This: