Alhamdulillah pada 14/2/2017 telah berlangsungnya CAN Award Q4 2016. Saya dan seorang agen saya bernama Syaiful berjaya mendapatkan pengiktirafan suku tahunan ini. Ramai lagi Zesters yg lain turut merangkul anugerah dalam CAN Award ini. Tetapi sebahagiannya tidak dapat menghadirkan diri kerana sedang bercuti di Bandung tajaan penuh Great Eastern Takaful.

Dalam quarter terakhir dengan title sebagai agen ini, saya telah berjaya mendapat dua anugerah iaitu Champion Highest Takaful ANC KL Branch Zone E1 dan Master Sales Award (Silver). Manakala agen saya, Syaiful berjaya mendapatkan Master Sales Award (Bronze). Award-award ini menunjukkan bahawa kami serius dan komited dalam menjalankan kerjaya takaful kami!

IMG_4415

Champion Highest Takaful ANC KL Branch E1

IMG_4416

Master Sales Award (Silver)

IMG_4531

Master Sales Award (Bronze)

IMG_4437

Zesters Yg Lainnya Juga

Sebagai seorang Pengurus Agensi yg baru, saya sentiasa membuka peluang dan ruang kepada semua orang diluar sana untuk mengenali dan mendalami kerjaya sebagai perunding takaful.

Kami masih mencari-cari lagi individu-individu yg bersemangat tinggi dan sentiasa mahukan pencapaian dan pembaharuan dalam kehidupan untuk sama-sama menyertai kami sebagai perunding takaful. Dengan bermula sebagai perunding takaful yg komited kita secara tidak langsung akan menolak diri kita sendiri untuk menjadi seorang leader yg berkaliber. Kami akan guide dan tunjukkan jalan yg benar untuk kita sama-sama berjaya dalam bidang takaful ini. Tiada siapa akan menghadkan kejayaan anda! Pergilah sejauh mana pun yg anda mahu.

Hubungi Suri Fitriah 017-3723344 untuk temujanji kerjaya dalam bidang takaful.

 

Share This:

Pada 11 November 2016 yg lepas, bertempat di Dewan Anggerik, D’Saji Titiwangsa KL telah berlangsungnya majlis gilang gemilang Grand BOP (Business Opportunity Program) dan Q3 Recognition 2016 bagi Zest Group! Majlis diserikan dengan kehadiran AVP, GETB En Ibrahim Abdullah dan BDE Acai!

15109517_10206094534197158_5278359870532315166_n

Majlis 2 in 1 ini telah diemceekan oleh Syak dan Cikgu Naja. Tema pada hari tu berbiru-biruan la kita ya! Untuk Business Opportunity Program yang dianjurkan khas untuk menarik seberapa ramai orang untuk menjadi agen takaful di bawah naungan Zest telah diperkasakan dengan Speaker Jemputan yang merupakan salah seorang Top Agent dalam Zest. Beliau ialah Kak Sal atau nama sebenarnya Salasiah Mohamed. Kak Sal dengan tulus ikhlasnya berkongsi pengalaman dan kejayaan beliau dalam industri takaful yang hanya diceburinya pada April 2015. Walaupun masih baru, Kak Sal telah pun menggondol banyak award dan reward yang disediakan oleh Great Eastern Takaful.

15036511_10206070632919641_163809870954434168_n

Kak Sal bagi sharing dengan penuh perasaan

Sesi kedua pula iaitu Q3 Recognition untuk Famili Zest juga tidak kurang hebatnya dengan meraikan kesemua pemenang-pemenang kategori yang dipertandingkan secara suku tahunan. Turut diraikan, agen-agen yang telah berjaya mencapai STAR Contest iaitu Percutian 3 Hari 2 Malam ke Bandung! Tahniah All Qualifiers!

15073497_10206070701441354_4162789321441471038_n

Pemenang Kategori ANC

noc

Pemenang Kategori NOC

15073542_10206070591958617_6985556151539683900_n

Pemenang Kategori QFYLP

15085637_10206070583958417_4268182296855859450_n

Pemenang Kategori Introducer

15094398_10206070589678560_390335554187069968_n

Yuk Libur Bandung Qualifiers

Majlis yang ditaja khas oleh GETB ini telah dijayakan oleh barisan committee yang sangat dedikasi dan komited. Diketuai oleh Reny yang telah pun hampir 5 tahun bertapak dalam industri takaful. Kalau anda ada bakat-bakat terpendam sebenarnya bolehlah salurkan ke dalam committee ye. Jangan bazirkan macam tu je…

15094262_10206069626414479_2333722848222780425_n

Barisan Committee yang bertungkus lumus menjayakan majlis

14947792_10206070806723986_7009590125371322754_n

Bukan committee yang menyibuk buat video :-p.. Yang poyo tu la saya kalau tak kenal

15037139_10206070635239699_2404272890938096533_n 14992076_10206070635719711_715719542129760516_n

15078573_10206070628999543_6115682899442325536_n

Antara agen-agen baru yang akan menyertai Zest

Banyak perkara yang dapat kita perolehi bila bergelar agen takaful ni. Skills meniaga dapat, komisyen dapat, kawan baru dapat, ilmu kehidupan dapat, pahala dapat, isi masa dengan perkara berfaedah dapat, belajar menghargai dan banyak lagi manfaat.

Kalau dilihat dari riak wajah semua orang dalam gambar-gambar ni, nampak sangat kegembiraan dan ketenangan hati tu terpancar kan? Jom la jadi agen macam kami juga! Jangan malu jangan segan. Terus contact Suri Fitriah 017-3723344. Saya akan bawa anda ke jalan yang benar! Berjaya bersama Great Eastern Takaful.

Share This:

Hi & Assalamualaikum Semua,

Macam biasa la… Mesti nak share kegembiraan sebagai Agen Takaful kan. Pada 16 Ogos yang lalu, berlangsunglah CAN Award Q2 2016 di Dewan Utama Great Eastern. Dapat award lagi dan kali ni lebih-lebih lagi gumbira sebab Smart Partner saya juga turut sama menerima award malah jauh lebih hebat!!! Tahniah Syaiful!

img_1997

Pada hari itu Syaiful telah menerima award seperti berikut :-

1-   SES 7 VIP Qualifier

2-   Highest Takaful ANC Rookie Agent

3-   Highest Takaful NOC Rookie Agent

4-   Master Sales Award Bronze

Usaha Syaiful berhempas pulas untuk menyelamatkan ramai masyarakat dengan memiliki takaful mendapat pengiktirafan dan penghargaan yang tinggi daripada company. Takde la sia-sia kerja kuat kan! Semoga Syaiful meneruskan kecemerlangan dalam bidang takaful dan boleh bina agensi sendiri nanti… Amiin…

Syaiful baharu saja menjadi agen takaful pada 27/1/2016 yang lepas. Tetapi beliau terus berjuang habis-habisan untuk membuktikan bahawa bidang takaful adalah kerjaya yang seronok untuk diceburi dan mulia pula dipandang masyarakat.

img_1976

Saya pula masih juga mengekalkan kecemerlangan sebagai perunding takaful dengan menerima Master Sales Award Silver untuk Q2 tahun ini.

img_0683

Dari unit kecil kami, ramai penerima anugerah yg lain lagi. Yg tak hadir pun ada. Jelas kelihatan bahawa team kami akan sentiasa mempastikan agen-agen di bawah naungannya akan menjadi agen yg cemerlang. Bukan sekadar agen biasa-biasa!

13962617_10208907502779809_2370079279450064772_n

Ini pula keseluruhan Zester yang dapat hadir pada Hari Anugerah tu. Seronok kalau pergi ambil award ramai-ramai. Takde la terpinga-pinga nanti. Dan yg penting ramai orang boleh tolong ambilkan gambar… Hehehehe

Marilah bersama-sama kami menyebarkan takaful ke seluruh pelusuk Malaysia ni. Ramai lagi orang yang belum ada takaful. Tak percaya, cuba tengok ahli keluarga sendiri. Mesti ada yang belum ambil takaful kan?

Haaaaaa… Tu kan prospek! Boleh la awk jadi agen dia! Jom, cepat call saya untuk jadi perunding takaful! Banyak perkara indah dan berbaloi yang terselit dalam kerjaya bidang takaful ni. Kena join, baru nampak jelas dan faham! Bila dah faham, mesti takkan tinggalkan kerjaya ni!

Suri Fitriah 017-3723344.

Share This:

April Yang Sibuk!

Sekembalinya dari Lexis Hibiscus, maka saya dan Zesters yang lain terus lagi beradrinelin laju untuk event ZEST recognition yang pertama bagi 2016. Q1 2016 Get Together & Recognition ini diadakan pada 23 April 2016 di rumah banglo GAM Zarina Mohamad Sharif sendiri. Sejak awal lagi, Zest Comm sudah pun menjalankan tugas masing2 demi mempastikan bahawa event ini akan berjalan dengan lancar. Ungu warna rasmi ZEST telah menceriakan suasana sepanjang majlis berjalan!

Alih mai alih pi nak bagi selesa

Alih mai alih pi nak bagi selesa

Aktiviti mula2 sekali mestilah sesi fotografi kan…. Bukan senang nak dapat kumpul ramai-ramai baju sama ni!

Zesters Yang Sentiasa Cemerlang

Zesters Yang Sentiasa Cemerlang

Event sebegini diadakan khas untuk lebih merapatkan silaturrahim di kalangan Zesters dan ahli keluarga selain dari hanya dalam formal gathering ZEST yg lain. Aktiviti majlis ini diwarnai dengan jamuan makan, mewarna gambar bagi kanak-kanak, penyampaian anugerah bagi yang layak dan pemakaian pin Zest Comm kepada semua committee.

Menu makan - Nasi, ayam masak lemak, sayur, kambing golek, laksa etc

Menu makan – Nasi, ayam masak lemak, sayur, kambing golek, laksa etc

Anak-anak Zesters pun seronok main warna-warna. Cara terbaik nak kawal kanak-kanak!

Anak-anak Zesters pun seronok main warna-warna. Cara terbaik nak kawal kanak-kanak!

Bagi event seperti ini, saya akan ditugaskan di bahagian Audio Visual bersama dua lagi rakan iaitu Reezal dan Reny.

AV Team selamanya

AV Team selamanya

Majlis dimeriahkan lagi dengan sambutan Hari Lahir bagi orang bulan April!

April Babies

April Babies

Takkanlah asyik nak busy buat tugas je kan… Baru la berbaloi kalau committee juga adalah awardess.

Saya 2nd Runner Up QFYLP Q1

Saya 2nd Runner Up QFYLP Q1

Saya rasa sungguh bertuah bernaung di bawah ZEST yang mempunyai halatuju yang jelas sekaligus mampu membawa lebih ramai orang untuk sama-sama maju di dalam industri takaful. Kepada anda di luar sana, janganlah memandang serong terhadap kerjaya sebagai Agen Takaful/Insurans. Sebenarnya banyak kelebihan dan perkara indah berlaku dalam dunia takaful.

Jom jadi agen macam saya! Saya akan bimbing anda untuk terus kekal dan berdaya saing dalam bidang takaful dan akhirnya memiliki agensi sendiri! Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 atau tinggalkan resume di sini.

Share This: