Assalamualaikum & Hai Semua,

Tahukah anda bahawa setiap ahli yang menyertai team saya (Suri Smart Partnership-SSP) akan diberi latihan dan bimbingan khusus daripada saya mengikut level dan keperluan seseorang agen itu. Saya tidak akan membiarkan atau meninggalkan anda terkontang-kanting sendirian dalam industri takaful ini. Setiap perkara yang perlu anda pelajari dan kuasai, akan saya curahkan dari semasa ke semasa agar anda berjaya menjadi seorang Agen Takaful yang berdaya maju dalam lapangan nanti.

Pada 23 Julai yang lalu, satu sesi intensif telah saya adakan khas untuk agen-agen di bawah SSP. Sesi pagi dihadiri oleh Naja, Dinn dan Fandi. Sesi pagi kita buat kelas di Zest Office.

Bimbingan Intensif ini sebenarnya dibahagikan kepada 5 segmen iaitu :-

  1. Tak Kenal Maka Tak Cinta
  2. Cinta Production
  3. Sayang Clients
  4. Kasih i-GreatPartner
  5. Rindu Aktiviti

Kalau nak tahu apa isi kandungan segmen-segmen ini, kena lah join saya sebagai ahli SSP! 😛

Call Suri Fitriah 017-3723344

IMG_2077

Ahli SSP yang komited datang kelas pagi Sabtu. Semua semangat nak tingkatkan kemahiran diri!

IMG_2083

Segenap aspek telah disentuh termasuklah penggunaan Portal Agen Great Eastern Takaful yang dinamakan sebagai i-GreatPartner

Sesi pagi turut mendapat dokongan hebart daripada Agency Manager Ira yg turut memberi input mengenai "Grand Opening"

Sesi pagi turut mendapat dokongan hebart daripada Agency Manager Ira yg turut memberi input mengenai “Grand Opening”

Oleh kerana tidak semua ahli SSP berkelapangan pada sesi pagi, maka saya juga membuka latihan untuk sesi malam di rumah saya. Sesi malam dihadiri oleh Syaiful sahaja memandangkan Miza terpaksa mengutamakan keluarganya sempena sambutan Hari Lahirnya yang Ke-30 pada hari itu.

Banyak bahan yang dibawa oleh Syaiful untuk pengukuhannya

Banyak bahan yang dibawa oleh Syaiful untuk pengukuhannya

Sesi latihan seperti ini akan sentiasa diadakan mengikut permintaan dan keperluan. Selain dari sesi khas SSP, semua agen juga sebenarnya diperkasakan dengan latihan dan bimbingan dari pihak agensi mahupun Great Eastern Takaful sendiri.

Anda pastinya dilatih dari tidak tahu apa-apa kepada tahu semuanya. Bakat anda semestinya digilap sedikit demi sedikit sehinggalah anda menjadi Agen Takaful yang unggul dan kompeten.

Untuk menyertai saya sebagai Agen Takaful, boleh terus hubungi saya Suri Fitriah di talian 017-3723344 sekarang!

Share This:

Sebagai salah seorang agen lama dan bakal leader di Zest, saya telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan sebahagian daripada training khas untuk para agen baru yang digelar Baby Zesters. Kebiasaannya saya akan berkongsi ilmu dan kemahiran pada #oymbbg v1. Tetapi untuk bulan April saya berpeluang menjadi trainer untuk #oymbbg v2 pula. Dalam #oymbbg v2, agen baru akan dilatih dan diberi pendedahan tentang produk i-Great Amal, menggunakan software mengira quotation GETBIS, melayari portal agen i-GreatPartner dan juga kaedah mengisi borang-borang yang berkesan. Sesi ini berlangsung selama 4 jam dari 10 pagi hingga 2 petang.

12985596_10201662549202630_1628074483671583868_n

Ajar cara nak semak dan jaga payment client supaya tidak lapse

bbg v2 apr

Menerangkan secara details segala sebab musabab yang berlaku industri takaful

IMG_0746

Baby zesters semua tekun membuat quotation menggunakan GETBIS

IMG_0755

Lunch dulu sebelum sambung sesi petang

IMG_0751

Comel kan baby zesters!

IMG_0759

Sesi petang disambung oleh GAM Zarina pula sementara saya membuat troubleshoot untuk computer2 baby zesters

Jika anda tercari-cari kerja yang penuh dengan bimbingan rapi, tak salah anda terus hubungi saya, Suri Fitriah 017-3723344 untuk menjadi sebahagian daripada kami. Latihan yg diberikan di Zest sentiasa di kemaskini dan diperhalusi keberkesanannya. Jom jadi agen takaful bersama Zest! Kami bimbing anda hingga ke mercu!

Share This:

Pada 24 Feb 2016, saya dan beberapa Zesters yg lain telah menghadiri majlis penyampaian award kepada qualifiers yg layak bagi quarter keempat 2015. Pencapaian ini telah membuktikan bahawa Zest Group dan Zesters sentiasa bekerja keras demi memartabatkan industri takaful di persada Malaysia ini. Usaha kami untuk mendidik org ramai memahami dan mendalami kepentingan takaful serta mentakafulkan seramai mungkin rakyat Malaysia dilihat mendapat perhatian syarikat sehingga melayakkan kami menerima beberapa anugerah berprestij syarikat.

Bagi mempercepat percambahan masyarakat yg celik takaful, kami dgn rasa besar hati amatlah mengalu-alukan penyertaan dari org di luar sana untuk bersama-sama Zest menyebar dan mentakafulkan lebih ramai rakyat Malaysia. Pasaran takaful dilihat masih luas dengan menyaksikan hanya 15% sahaja rakyat Malaysia yg memiliki sijil takaful. Ini bermakna terdapat 85% lagi org Malaysia tidak memiliki satu pun sijil takaful. Andalah antara orang-orang bestari yg patut menyebarkan takaful kepada orang sekeliling anda khususnya. Jangan lepaskan peluang menjadi agen takaful bersama Zest.

IMG_9795

Saya menerima Master Sales Award Silver

IMG_9797

Saya sebagai 1st Runner Up Highest Takaful ANC

IMG_9801

Seperti bersantai di tepi pantai

IMG_9802

Barisan Zesters yg telah menerima anugerah masing-masing pada CAN Award KL Central Region Q4 2015

12734118_10201459149477764_4986745021691195247_n

Founder Zest, GAM Zarina Sharif sebagai penerima anugerah Master Builder Award 4 quarter berturut-turut

12734124_10201459149517765_6050288224739553099_n

Zest Agency Manager Ira sebagai Champion Highest Takaful ANC Kategori Unit Manager

12741982_10201459157517965_6185319987986882528_n

Master Builder Award

12742473_10201459160078029_4342752346195834424_n

Master Sales Award

Yakinlah bahawa anda juga akan turut gemilang dan cemerlang apabila menyertai keluarga bahagia ZEST sebagai agen takaful yang disegani dan berkarisma. Hubungi saya suri Fitriah 017-3723344 atau tinggalkan resume di sini.

Share This:

Dalam Zest Group, teamwork telah lama dibudayakan. Ini kerana pengasas Zest Group sendiri iaitu GM Zarina teramat mempercayai kuasa dan keajaiban yg akan berlaku dengan keutuhan sesebuah teamwork itu. Dengan teamwork, banyak isu atau permasalahan dapat dilerai atau diselesaikan dengan penuh hikmah. Sebagai contoh, satu siri latihan yang menyeluruh, intensif, komprehensif dan sistematik dapat dilaksanakan dengan mudah lagi berkesan. Siri latihan yang berat begitu sudah pastinya amat sukar untuk disempurnakan jika hanya satu orang sahaja yg mengendalikannya. Di Zest Group, teamwork dan semangat kekitaan sememangnya begitu mendalam di kalangan agen-agen. Agen-agen seolah-olah sudah menjadi seperti keluarga di antara satu sama lain.

11988418_10200975848795549_3292468377367869146_n

11050696_10200678883931613_6578835483056240392_n

11216708_10200975849115557_5498425875368829609_n

11255786_10200564976003986_4928132923903181486_n

11899840_10200933217849802_7125211189817194853_n

11986473_10200975845435465_8466073211690110552_n

11990521_10200975839995329_7117108436877036075_n

Teamwork juga menjadikan perkongsian ilmu dan perpindahan maklumat boleh berlaku dengan lebih cepat dan menyeluruh. Penyertaan setiap agen dalam kerja berkumpulan juga sedikit sebanyak dapat mengasah kemahiran berkomunikasi secara lebih berkesan. Siri latihan yg digarap oleh leaders sememangnya memenuhi keperluan agen-agen untuk melengkapkan diri masing-masing untuk turun ke lapangan melakukan promosi dan jualan.

Agen yg lebih berpengalaman sudah pasti akan membuat perkongsian yg amat bermanfaat kepada agen-agen baru yg lainnya. Teguran, nasihat dan pandangan para leaders juga wajar dijadikan panduan agar agen-agen tidak tersalah atau terpesong dari landasan sebenar ketika membuat pemasaran atau pembentangan produk-produk Great Eastern Takaful.

Bagi yang sedang tercari-cari kumpulan agensi mana yang nak disertai, hentikanlah pencarian anda! Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk bersama-sama kami menyebarkan manfaat takaful ke seluruh pelusuk Malaysia.

Drop Your Resume Here

Share This: