Hi & Assalamualaikum Semua!

Hari ni nak cerita pasal percutian saya ke Turki selama 10H 7M pada 22 hingga 29 April 2017 yg lalu! Percutian ini sebenarnya saya jadikan reward kepada diri saya melalui bonus dan hadiah-hadiah wang tunai yg saya peroleh dari syarikat dan agensi takaful saya. Total kos lebih kurang dalam RM8K tidak termasuk shopping. RM6K utk pakej bersama PotoTravel dan RM2K utk aktiviti-aktiviti pilihan yg saya buat. Ada 4 aktiviti pilihan kesemuanya. Saya menulis di sini bukan untuk membuat perbandingan harga antara pakej yg saya sertai dengan kaedah-kaedah percutian lain. Jadi saya tak berminat nak berbincang kenapa pilih yang itu, kenapa tak ambil yg ini, kenapa pergi situ, kenapa tak pergi sini, kenapa tak itu, kenapa tak ini dan sebagainya. Saya cuma nak kongsi apa yang saya buat di sana. Itu saja.

Kami menaiki pesawat Etihad dari KLIA dan transit di Abu Dhabi sebelum tiba di Istanbul Ataturk Airport. Sebaik sampai di Istanbul Ataturk Airport, kami terus menaiki bas sewa khas dan menuju ke Bursa. Sebelum check-in di hotel, kami sempat menziarahi Masjid Tertua di Bursa yg dikenali sebagai Ulu Mosque.

IMG_5598

Ulu Mosque, Masjid Tertua Di Bursa

Continue reading

Share This:

Pada 16 hingga 21 Mac 2017 yg lalu, saya bersama-sama qualifiers lain dari seluruh Malaysia telah bercuti ke Beijing, China sebagai hadiah daripada Great Eastern atas kerja keras kami dalam bidang takaful. Percutian ditaja penuh oleh Great Eastern ini amat menggembirakan tambahan lagi Muslim qualifiers semakin ramai dan memudahkan trip dirancang secara patuh-syariah 🙂

Hari pertama

Sampai di Beijing jam 12.50 pagi dan terus di bawa check-in ke hotel. Tidur je lah malam tu kan. Cuaca di Beijing waktu kami melawat adalah sekitar 10 hingga 25 darjah celsius.

IMG_5266

Ni depan hotel kami menginap

Continue reading

Share This: