Alasan-alasan Tak Mahu Ambil Takaful…

Cuba anda tonton video ni. Ramai tak orang sekeliling, orang terdekat atau diri anda sendiri ada rasa yang sama? Tak dinafikan selama saya menyebarkan takaful sebagai perundingnya, memang ada yang bersikap seperti dalam video. Bagi saya, orang-orang ini cuma belum nampak bagaimanakah takaful ini berfungsi. Yang selalu ramai orang nampak adalah, wang caruman dikorbankan saban bulan malah tahun.

Jadi saya rasa nak tunjukkan sedikit, macam mana takaful ni berfungsi sebenarnya… Kata orang, takaful ni untuk menolong. Yeke?

Yelah… Macam mana takaful menolong tu?

Senario 1

Seorang kanak-kanak terkena jangkitan kuman di paru-paru. Ibubapa panik bila anak demam tak kebah-kebah dan kerap bernafas laju. Keletah keriangan pun dah tak kelihatan. Anak yang biasanya aktif, nampak lemah sahaja. Risau kan? Risau kan?

Ibubapa pun bawa pergi hospital swasta untuk mendapatkan rawatan untuk anak. Pilih hospital swasta sebab mahukan lebih keselesaan dan kepantasan katanya. Lepas doktor check, rupanya pneumonia. Maka kena masuk wad untuk rawatan susulan dan pemantauan selama beberapa hari.

Selepas 5 hari di wad, akhirnya dibenarkan pulang ke rumah. Pergi kaunter untuk buat pembayaran. Wah!!! Hampir RM6 ribu bil hospital si anak. Dengan rela hati, bapa pun bayar sajalah bil tu demi anak.

Tahukah anda, jika anak tadi ada medical card, kos RM6 ribu itu tidak perlu dikeluarkan oleh si bapa. Medical Card akan tanggung! Begitulah cara takaful menolong orang yang ditimpa musibah sakit dan memerlukan rawatan di hospital.

 

Senario 2

Seorang bapa yang bekerja sebagai tukang tebar roti canai dengan gaji harian, kemalangan patah kaki akibat terjatuh ketika memanjat pokok rambutan. Kaki bapa tadi terpaksa disimen dan beliau tidak boleh berdiri dan berjalan seperti biasa. Akibat hilang upaya sementara begitu, maka beliau diberi MC selama 3 bulan untuk memulihkan kakinya yang patah. Selama 3 bulan itu jugalah beliau tidak dapat bekerja menebar roti canai sekaligus menghilangkan punca pendapatan hariannya. Walaupun tiada pendapatan, perbelanjaan harian keluarganya tetap diperlukan seperti biasa. Akhirnya beliau terpaksa menggunakan saki-baki wang simpanan dan mengharap belas ehsan sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan buat sementara waktu.

Dengan adanya takaful, bapa ini boleh membuat claim ke atas MC akibat kemalangannya itu. Beliau dapat menggantikan semula wang simpanan yang telah digunakan terlebih dahulu. Nampak tak? Bapa ini tidak akan kehilangan wang simpanannya hanya kerana beliau ada takaful yang mampu menampung kebocoran wang itu.

 

Senario 3

Seorang bapa bekerja sebagai ahli bomba & penyelamat. Terkorban dalam misi mencari dan menyelamat. Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak. Isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa dan menjual kuih-muih secara kecil-kecilan. Apabila bapa ini telah kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya, maka tiadalah lagi orang yang akan membawa pulang gaji bulanan ke rumah keluarga ini. Duit sewa rumah juga tiadalah lagi siapa akan membayarnya. Akibat kesempitan kewangan, balu tadi terpaksa mencari kerja untuk menampung keperluan keluarga.

Takaful dapat membantu dalam situasi ini dengan memberi pampasan berupa duit tunai yang paling mudah dicairkan dan paling cepat diuruskan. Dengan syarat, bapa tadi sudah mencarum semasa hayatnya.

 

Senario 4

Seorang wanita berkerjaya disahkan mengidap kanser payudara pada usia 45 tahun. Akibat kerap cuti menjalani rawatan kanser, beliau berhenti kerja. Maka tiadalah lagi rawatan percuma yang disediakan oleh majikan. Terpaksalah wanita ini menggunakan wang sendiri untuk menjalani rawatan kimoterapinya yang bernilai RM10,500 bagi setiap cycle. Mujurlah beliau ada takaful. Dapatlah kos itu ditanggung oleh medical cardnya. Walaupun mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang mana beliau perlu membayar dahulu kos itu, wang beliau tetap dapat dikembalikan.

Beliau juga lebih mudah membuat pembayaran sendiri kerana manfaat penyakit kritikal dari takaful yang dimiliki menyebabkan beliau mendapat wang pampasan sekaligus pada jumlah yang besar. Wang itu bolehlah beliau gunakan untuk meneruskan kehidupan selepas berhenti kerja dan boleh pula dijadikan wang pendahuluan rawatan kimoterapi di hospital kerajaan pilihan beliau.

 

Senario 5

Seorang anak muda berusia 26 tahun maut dalam kemalangan motosikal sewaktu pulang dari bekerja. Motosikal yang dinaikinya itu masih hutang di kedai. Mujurlah beliau mengambil takaful sewaktu awal-awal bekerja lagi. Dari pampasan takaful yang diwariskan kepada ibunya, dapatlah ibunya menyelesaikan hutang motor itu sebanyak RM11,000 di kedai. Sebahagian wang takaful itu digunakan oleh ibunya untuk didepositkan di Tabung Haji agar keuntungan tahunan yang diperoleh boleh digunakan untuk menyara kehidupan keluarganya. Selebihnya pula diwakafkan ke masjid berhampiran rumah mereka untuk kegunaan orang ramai.

Selain menyelesaikan masalah hutang sendiri, wang takaful boleh membantu ahli keluarga yang masih hidup untuk terus hidup ceria dan juga dijadikan bekalan pahala berterusan melalui wakaf.

 

Banyak lagi senario lain yang boleh dijadikan contoh. Tetapi cukuplah sekadar 5 itu sahaja sebagai panduan. Memang takaful untuk menolong. Cepat dapatkan takaful untuk diri dan keluarga anda. Jadikanlah bangsa kita, bangsa yang bertindak dengan akal dan hati yang baik. Demi kepentingan umat.

Hubungi saya untuk dapatkan plan takaful yang sesuai untuk anda. Ada banyak dan macam-macam fungsi!

wasap.my/60173723344

Share This:

Menjadi penghuni Jannah (Syurga) adalah impian setiap insan di muka bumi ini. Gambaran keindahan Jannah diceritakan dgn jelas dalam Al-Quran dan kitab-kitab agama Islam yg masyhur. Cara-cara untuk memasuki Jannah juga diberitakan dengan jelas sebagai panduan kepada para Muslimin Muslimat agar berebut-rebut dan berpusu-pusu untuk mengejar pahala untuk dihadiahkan Syurga di akhirat kelak.

3 perkara yang akan sentiasa menjadi bekalan di alam barzakh ialah :-

1-   Doa anak soleh

2-   Ilmu yg bermanfaat

3-   Sedekah jariyyah

Bertepatan dengan usaha-usaha para Mukmin Mukminat sekalian untuk mengejar Jannah, Great Eastern Takaful dgn penuh rendah hati memperkenalkan satu produk yg boleh membantu impian kita untuk ke Jannah. Memperkenalkan i-Great Jannah!

i-Great Jannah merupakan plan yg sangat-sangat istimewa dengan beberapa ciri ampuh yg tidak terdapat pada produk-produk takaful yg lain di pasaran! Berikut di senaraikan kelebihan ulung i-Great Jannah :-

1-   Boleh dihibahkan secara terus kepada badan-badan kebajikan pilihan sendiri yg patuh syariah, bukan hanya kepada individu! Tujuan hibah kepada badan pilihan ni adalah untuk membantu badan-badan berkenaan meneruskan operasi dengan baik. Maklum sajalah kos operasi badan-badan kebajikan ini juga tinggi dan mereka mempunyai sumber yg terhad. Sekiranya kita dapat mewakafkan sejumlah wang yg agak besar melalui hibah takaful ini utk kegunaan mereka, alangkah baiknya perjalanan operasi mereka nanti. Dan yg lebih baik lagi adalah, kita mampu memperlihatkan bagaimana sistem wakaf dalam Islam dapat berfungsi untuk kepentingan sejagat. Secara tak langsung, dakwah kecil dibuat di situ 🙂

2-   Manfaat kematian akibat kemalangan sebanyak 3 kali ganda daripada nilai asas dilindungi sekiranya berlaku di luar negara. Ramai orang Malaysia suka melancong atau mengembara ke seluruh pelusuk dunia kan? Plan ini memang bagus sgt untuk anda. Persiapan menghadapi perkara tak diingini la katakan…

3-   Kemudahan Penyertaan Semula (re-participating facility). Kebiasaannya, apabila seseorang itu telah mengidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, beliau tidak layak lagi untuk mengambil mana-mana sijil takaful/polisi insurans yg baru. Tetapi, dalam i-Great Jannah, orang itu masih berpeluang untuk memiliki sijil takaful yg hanya menawarkan manfaat kematian sahaja. Perkara ini sangat penting untuk diambilkira terlebih dahulu kerana sejarah telah menunjukkan bahawa pesakit-pesakit yg mengidap penyakit kritikal ini mendapati mereka memerlukan sejumlah wang yg sangat banyak untuk menampung kos perubatan dan mengekalkan gaya hidup mereka. Kalau pun pada awalnya mereka sudah ada perlindungan penyakit kritikal dan sudah pun membuat tuntutan, mereka berasa sangat penting untuk mereka memiliki plan manfaat kematian juga agar mereka tidak meninggalkan keluarga dalam keadaan susah! Sekurang-kurangnya ahli keluarga mereka tidak menanggung beban kewangan setelah ketiadaan mereka terutamanya bagi yg bergelar pencari nafkah utama dalam keluarga!

Itulah 3 kelebihan utama yg ada pada i-Great Jannah. Selain itu, i-Great Jannah juga mempunyai ciri-ciri menarik yg lain. Antaranya termasuklah :-

1-   Nilai perlindungan asas bermula dari RM250,000. Wah!! Tak main la RM10K RM20K… Tak ke mana…

2-   Tempoh bayaran pelbagai pilihan sependek 5 tahun sahaja. Kita boleh pilih nak buat caruman 5 tahun ke 10 tahun ke 20 tahun ke atau bayar penuh selama tempoh perlindungannya.

3-   Tempoh perlindungan pelbagai pilihan juga sependek 5 tahun dan sepanjang sehingga umur kita 99 tahun.

4-   Had perlindungan tanpa pemeriksaan kesihatan yang tinggi sehingga RM4,000,000! (9/4/2018 – 8/8/2018). Jadi tak perlu risau kalau malas nak kena buat check-up. Memang tak kena selagi nilai perlindungan yg diambil tak melebihi RM4 Juta.

Great Eastern Takaful menggunakan #HibahDemiJannah dan #DemiJannah khusus untuk i-Great Jannah ini. Dengan i-Great Jannah dua perkara penting dalam kehidupan kita dapat diselesaikan. Pertama, menyediakan hibah kepada keluarga untuk kelangsungan hidup. Sekurang-kurangnya kita tidak meninggalkan beban kewangan yg berat kepada keluarga. Dengan hibah itu juga, hutang-hutang yg masih berbaki juga dapat diselesaikan! Kedua, menyediakan hibah untuk diwakafkan kepada badan-badan kebajikan pilihan sendiri. Di sini, kita mengharapkan jalan yg terbaik utk kita mendapatkan pahala yg berterusan melalui amal jariyyah ini yg dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Nak ke Jannah, haruslah kita berusaha kuat-kuat dahulu. Jom buat plan i-Great Jannah sekarang!

Hubungi saya untuk buat analisa berapa banyak yg anda perlu hibahkan dan berapa pula carumannya. Whatsapp saya, Suri Fitriah di 017-3723344.

Hibah Demi Jannah!

Share This: