Pada 22 Julai 2017, rasmilah sudah pembukaan Ibu Pejabat Zest Life Consultancy, Kuala Lumpur yg telah disempurnakan oleh CEO Great Eastern Life Malaysia, YBhg Dato Koh Yaw Hui. Majlis Perasmian ini dimeriahkan lagi dengan Sambutan Aidilfitri 2017!

Ibu Pejabat Zest Life Consultancy ini menempatkan 2 orang Group Agency Manager dan 4 orang Agency Manager yang membawa kepada keseluruhan wakil takaful di bawah naungan Zest adalah seramai 99 orang. Ibu Pejabat Zest meletakkan Tingkat 1 sebagai ruang pejabat pentadbiran manakala Tingkat 2 digunakan sepenuhnya untuk keperluan latihan dan pembangunan agen.

Terwujudnya Ibu Pejabat ini menunjukkan bahawa bidang takaful mampu menjadikan kita sebagai usahawan atau ahli perniagaan yg berprestij dan disegani. Bukan semua orang memiliki perniagaan sendiri dan bangunan perniagaan sendiri.

20170722_130208

Dewan Latihan kami yang mampu memuatkan sehingga 40 orang peserta dalam satu-satu masa dilengkapi dengan LCD Projector, PA System, papan tulis, kerusi dan meja secukupnya. Dewan Latihan ini diberi nama Orchid Hall.

IMG_8082

Manakala untuk latihan yang berskala lebih kecil, kami turut mempunyai Bilik Latihan berkapasiti 10 orang yang juga dilengkapi dengan peralatan dan perkakasan yg sama seperti Orchid Hall. Bilik Latihan ini pula diberi nama Lavender Room.

IMG_8081

Demi kemudahan agen-agen untuk menyelesaikan tugas-tugas takaful masing-masing, satu ruang khas telah disediakan untuk mereka! Di ruang ini tersedianya kerusi meja kerja, kabinet fail, papan tulis dan dua buah komputer yang boleh digunakan oleh mana-mana agen utk membuat quotation mahupun pendaftaran kes-kes baru daripada pelanggan masing-masing.

IMG_8083

Selain itu, sudut perbincangan dan ruang bersosial juga diwujudkan untuk membentuk suasana kerja yang proaktif dan kondusif bagi menaikkan semangat semua Zesters dalam mengendalikan pelanggan dan tugas-tugas takaful. Ruang-ruang ini direka lebih santai agar tidak terasa tegang dalam perbincangan.

IMG_8080

Untuk menambahkan keselesaan pada Zesters dan tetamu yg hadir ke Ibu Pejabat Zest Life Consultancy, kemudahan asas seperti Surau, tandas dan pantry juga tersedia sempurna untuk kegunaan semua.

Dengan kemudahan, kepakaran dan kesungguhan Zest Life Consultancy dalam bidang takaful ini, saya yakin kami dapat membentuk dan melahirkan agen-agen seterusnya leader-leader Takaful yang berkualiti dan berdaya saing!

IMG_8023

Jika anda mahu merasai kemanisan berada dalam bidang takaful, boleh hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk penerangan lanjut.

Share This:

Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 demi kerjaya yg gilang gemilang!

Share This:

April Yang Sibuk!

Sekembalinya dari Lexis Hibiscus, maka saya dan Zesters yang lain terus lagi beradrinelin laju untuk event ZEST recognition yang pertama bagi 2016. Q1 2016 Get Together & Recognition ini diadakan pada 23 April 2016 di rumah banglo GAM Zarina Mohamad Sharif sendiri. Sejak awal lagi, Zest Comm sudah pun menjalankan tugas masing2 demi mempastikan bahawa event ini akan berjalan dengan lancar. Ungu warna rasmi ZEST telah menceriakan suasana sepanjang majlis berjalan!

Alih mai alih pi nak bagi selesa

Alih mai alih pi nak bagi selesa

Aktiviti mula2 sekali mestilah sesi fotografi kan…. Bukan senang nak dapat kumpul ramai-ramai baju sama ni!

Zesters Yang Sentiasa Cemerlang

Zesters Yang Sentiasa Cemerlang

Event sebegini diadakan khas untuk lebih merapatkan silaturrahim di kalangan Zesters dan ahli keluarga selain dari hanya dalam formal gathering ZEST yg lain. Aktiviti majlis ini diwarnai dengan jamuan makan, mewarna gambar bagi kanak-kanak, penyampaian anugerah bagi yang layak dan pemakaian pin Zest Comm kepada semua committee.

Menu makan - Nasi, ayam masak lemak, sayur, kambing golek, laksa etc

Menu makan – Nasi, ayam masak lemak, sayur, kambing golek, laksa etc

Anak-anak Zesters pun seronok main warna-warna. Cara terbaik nak kawal kanak-kanak!

Anak-anak Zesters pun seronok main warna-warna. Cara terbaik nak kawal kanak-kanak!

Bagi event seperti ini, saya akan ditugaskan di bahagian Audio Visual bersama dua lagi rakan iaitu Reezal dan Reny.

AV Team selamanya

AV Team selamanya

Majlis dimeriahkan lagi dengan sambutan Hari Lahir bagi orang bulan April!

April Babies

April Babies

Takkanlah asyik nak busy buat tugas je kan… Baru la berbaloi kalau committee juga adalah awardess.

Saya 2nd Runner Up QFYLP Q1

Saya 2nd Runner Up QFYLP Q1

Saya rasa sungguh bertuah bernaung di bawah ZEST yang mempunyai halatuju yang jelas sekaligus mampu membawa lebih ramai orang untuk sama-sama maju di dalam industri takaful. Kepada anda di luar sana, janganlah memandang serong terhadap kerjaya sebagai Agen Takaful/Insurans. Sebenarnya banyak kelebihan dan perkara indah berlaku dalam dunia takaful.

Jom jadi agen macam saya! Saya akan bimbing anda untuk terus kekal dan berdaya saing dalam bidang takaful dan akhirnya memiliki agensi sendiri! Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 atau tinggalkan resume di sini.

Share This:

Pada 24 Feb 2016, saya dan beberapa Zesters yg lain telah menghadiri majlis penyampaian award kepada qualifiers yg layak bagi quarter keempat 2015. Pencapaian ini telah membuktikan bahawa Zest Group dan Zesters sentiasa bekerja keras demi memartabatkan industri takaful di persada Malaysia ini. Usaha kami untuk mendidik org ramai memahami dan mendalami kepentingan takaful serta mentakafulkan seramai mungkin rakyat Malaysia dilihat mendapat perhatian syarikat sehingga melayakkan kami menerima beberapa anugerah berprestij syarikat.

Bagi mempercepat percambahan masyarakat yg celik takaful, kami dgn rasa besar hati amatlah mengalu-alukan penyertaan dari org di luar sana untuk bersama-sama Zest menyebar dan mentakafulkan lebih ramai rakyat Malaysia. Pasaran takaful dilihat masih luas dengan menyaksikan hanya 15% sahaja rakyat Malaysia yg memiliki sijil takaful. Ini bermakna terdapat 85% lagi org Malaysia tidak memiliki satu pun sijil takaful. Andalah antara orang-orang bestari yg patut menyebarkan takaful kepada orang sekeliling anda khususnya. Jangan lepaskan peluang menjadi agen takaful bersama Zest.

IMG_9795

Saya menerima Master Sales Award Silver

IMG_9797

Saya sebagai 1st Runner Up Highest Takaful ANC

IMG_9801

Seperti bersantai di tepi pantai

IMG_9802

Barisan Zesters yg telah menerima anugerah masing-masing pada CAN Award KL Central Region Q4 2015

12734118_10201459149477764_4986745021691195247_n

Founder Zest, GAM Zarina Sharif sebagai penerima anugerah Master Builder Award 4 quarter berturut-turut

12734124_10201459149517765_6050288224739553099_n

Zest Agency Manager Ira sebagai Champion Highest Takaful ANC Kategori Unit Manager

12741982_10201459157517965_6185319987986882528_n

Master Builder Award

12742473_10201459160078029_4342752346195834424_n

Master Sales Award

Yakinlah bahawa anda juga akan turut gemilang dan cemerlang apabila menyertai keluarga bahagia ZEST sebagai agen takaful yang disegani dan berkarisma. Hubungi saya suri Fitriah 017-3723344 atau tinggalkan resume di sini.

Share This:

Assalamualaikum & Hai semua orang!

Hari ini, 20 Februari 2016 bertempat di Sport 7, Wangsa Maju telah berlangsungnya Futsal Zest Championship 2016 yg turut menyaksikan pelbagai skil dan gaya permainan setiap agen Zest Group. Perlawanan yang bermula seawal jam 9.15 pagi ini diadakan secara liga yang mana telah menyebabkan beberapa pemain injured dan pancit!

Sekuat mana agen-agen ini membuat sales takaful, sekuat itu jugaklah semangat dan tenaga dicurahkan dalam perlawanan futsal antara rumah-rumah sukan dalam ZEST. Dalam perlawanan kali ini, Team Hitam telah mengungguli gelaran Johan diikuti Team Kuning sebagai Naib Johan dan Team Biru di tempat ketiga. Saya Team Merah yg turut memberikan saingan sengit terhadap kesemua team walaupun kami banyak diwakili oleh gadis-gadis ayu sahaja.

futsal all

Kesemua pemain handalan yg mewakili rumah sukan masing-masing

futsal hitam

Team Hitam

futsal kuning

Team Kuning

futsal biru

Team Biru

futsal purple

Team Ungu

futsal hijau

Team Hijau

futsal merah

Team Merah Membara Pasti Juara!

jadual perlawanan

Jadual perlawanan yang tak memberi peluang berehat

mata

Keputusan muktamad yang jelas sangat pemenangnya

merah vs biru

Aksi hebart Team Merah vs Team Biru

merah vs hitam

Aksi gempak Team Merah vs Team Hitam

rehat futsal

Lepas main, semua terdampar sambil makan2

hadiah ceremony

Pesanan Zest Founder kepada pejuang-pejuang di medan futsal dan takaful

futsal medal

Hanya untuk yang menang je….

hitam 1

Johan Futsal ZEST Championship 2016

kuning 2

Naib Johan Futsal ZEST Championship 2016

biru 3

Tempat Ketiga Futsal ZEST Championship 2016

Semoga kami akan menunjukkan prestasi yg lebih gemilang lagi dalam perlawanan sukan yg akan datang pada suku kedua tahunan nanti!

Suka saya nak beritahu orang di luar sana, Zest Group sangat mengamalkan sistem kekeluargaan dan bekerja sambil bersuka ria demi mengekalkan ukhwah dan professionalism setiap agen di bawah naungannya. Sekiranya anda tercari-cari kerjaya yang memberi kepuasan tinggi dari segi pendapatan dan keseimbangan hidup, anda tidak perlu teragak-agak lagi untuk menyertai Zest.

Kami sentiasa menyediakan segala platform yang sesuai dan praktikal untuk kesemua agen kami mendalami dan memahirkan diri dalam bidang takaful yang pada mulanya mungkin asing bagi anda. Bukakan minda. Mulakan langkah. Pilih Zest sebagai agensi tempat anda mengembangkan potensi dan bergelar jutawan takaful!

Hubungi sy Suri Fitriah 017-3723344 atau Drop Your Resume!

Share This:

Dalam Zest Group, teamwork telah lama dibudayakan. Ini kerana pengasas Zest Group sendiri iaitu GM Zarina teramat mempercayai kuasa dan keajaiban yg akan berlaku dengan keutuhan sesebuah teamwork itu. Dengan teamwork, banyak isu atau permasalahan dapat dilerai atau diselesaikan dengan penuh hikmah. Sebagai contoh, satu siri latihan yang menyeluruh, intensif, komprehensif dan sistematik dapat dilaksanakan dengan mudah lagi berkesan. Siri latihan yang berat begitu sudah pastinya amat sukar untuk disempurnakan jika hanya satu orang sahaja yg mengendalikannya. Di Zest Group, teamwork dan semangat kekitaan sememangnya begitu mendalam di kalangan agen-agen. Agen-agen seolah-olah sudah menjadi seperti keluarga di antara satu sama lain.

11988418_10200975848795549_3292468377367869146_n

11050696_10200678883931613_6578835483056240392_n

11216708_10200975849115557_5498425875368829609_n

11255786_10200564976003986_4928132923903181486_n

11899840_10200933217849802_7125211189817194853_n

11986473_10200975845435465_8466073211690110552_n

11990521_10200975839995329_7117108436877036075_n

Teamwork juga menjadikan perkongsian ilmu dan perpindahan maklumat boleh berlaku dengan lebih cepat dan menyeluruh. Penyertaan setiap agen dalam kerja berkumpulan juga sedikit sebanyak dapat mengasah kemahiran berkomunikasi secara lebih berkesan. Siri latihan yg digarap oleh leaders sememangnya memenuhi keperluan agen-agen untuk melengkapkan diri masing-masing untuk turun ke lapangan melakukan promosi dan jualan.

Agen yg lebih berpengalaman sudah pasti akan membuat perkongsian yg amat bermanfaat kepada agen-agen baru yg lainnya. Teguran, nasihat dan pandangan para leaders juga wajar dijadikan panduan agar agen-agen tidak tersalah atau terpesong dari landasan sebenar ketika membuat pemasaran atau pembentangan produk-produk Great Eastern Takaful.

Bagi yang sedang tercari-cari kumpulan agensi mana yang nak disertai, hentikanlah pencarian anda! Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk bersama-sama kami menyebarkan manfaat takaful ke seluruh pelusuk Malaysia.

Drop Your Resume Here

Share This:

Pada 16 Oktober 2015, terciptalah sejarah apabila ZEST Group telah pun dilancarkan secara rasminya oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Great Eastern Takaful Berhad, En Zafri Ab Halim. Pelancaran gilang gemilang ini telah diadakan di D’Saji KL, Titiwangsa menyaksikan komitmen agen-agen di bawah naungan Group Manager Zarina Mohamad Sharif yg bersama-sama berganding bahu demi menjayakan detik-detik sejarah bagi diri masing-masing. Bermula dari pelancaran ZEST Group ini, kesemua agen-agen ZEST dikenali sebagai Zester. ZEST hadir dengan logo yang cukup megah dan maksud yang begitu melambangkan keutuhan kumpulan ini.

launched zest

ZEST yang terbentuk dari Zeal, Excellence, Savvy dan Trust dengan jelas telah melambangkan nilai-nilai teras yang akan didokong oleh setiap agen di bawah naungannya sekaligus mencerminkan sifat-sifat unik agensi-agensi di dalamnya.

zest logo 101015

Moto “GrowIng People” sangat-sangat bertepatan dengan misi dan fungsi agensi-agensi dalam ZEST untuk membangunkan modal insan yang ada demi melahirkan lebih ramai Usahawan Takaful yang sungguh berjaya di dunia dan akhirat. ZEST amat yakin dapat membentuk dan melahirkan agen-agen yang bakal mewarnai dunia takaful dengan lakaran-lakaran kejayaan yang berpanjangan.

Sertai kami sebagai Zester di ZEST!

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diutarakan kepada Zester Suri Fitriah dengan menarikan jari-jemari menekan nombor telefon 017-3723344.

Drop Your Resume Here

Share This: