Setiap kali ambil insurans/takaful, mesti anda selalu dengar perkataan pampasan kematian. Pampasan kematian tu la Basic Sum Covered (BSC) tu dalam bahasa takafulnya. Maknanya, sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal terhadap anda, maka nilai dalam Basic Sum Covered itulah yang akan diberikan kepada waris. Ada yang RM12,000, ada yang RM20,000, ada yang RM50,000, RM 100,000, RM 500,000, RM 1,000,000, RM 2,000,000 dan seterusnya.

Tahukah anda apa kepentingan Basic Sum Covered ni? Dah nama pun takaful keluarga, sudah semestinya nilai tu ada kaitan dengan keluarga kan? Kalau tanya sekarang berapa sum covered anda, mesti ramai yang jawab bawah RM100,000, betul tak?

moneylove

Kalaulah Basic Sum Covered anda tu tersangatlah ciput, cepat-cepatlah upgrade! Pasal, kalau anda tinggalkan cuma RM20,000 sahaja pada waris, sejauh manakah pampasan itu boleh dibelanjakan? Secara ringkas, Basic Sum Covered tu sepatutnya perlulah seiringan dengan keperluan semasa keluarga.

Sebenarnya mudah je nak kira anggaran Basic Sum Covered yang wajar untuk anda ambil. Begini :-

  1. Anggarkan berapa perbelanjaan anda sebulan? Ataupun berapakah gaji bersih/pendapatan anda sekarang?
  2. Darabkan dengan 12 bulan
  3. Darabkan dengan 10 tahun

Contohnya camni :-

RM 3,000 X 12 X 10 = RM 360,000

HaaAAaaaa?? Banyaknya!!! Betul ke ni? Selalu dengar puluh-puluh ribu je… Ini betul-betul! Bukan cobaan!

Kenapa 10 tahun? Anggapkan kematian berlaku pada usia 60 tahun. Keluarga yang ditinggalkan masih perlu meneruskan hidup. Sekiranya tiada wang ditinggalkan, si Isteri mungkin terpaksa bekerja untuk menyara diri sendiri? Pekerjaan apakah yang mampu dilakukan oleh seorang wanita pada usia 60 tahun?

Jika anda hilang upaya kekal pula, katalah pada usia 45 tahun, sudah tentulah anda tidak bekerja. Bagaimana dengan kos makanan, tempat tinggal dan keperluan harian lain? Ini pun belum ambil kira inflasi.

Sekiranya Basic Sum Covered anda bernilai tinggi, setidak-tidaknya anda memberi ruang dan peluang untuk keluarga anda bernafas seketika sebelum sesuatu perkara yang lebih menjana hasil boleh dicipta untuk menyara hidup.

Dengan pampasan yang agak lumayan, keluarga yang ditinggalkan boleh membina perniagaan atau membeli hartanah untuk disewakan sebagai mata pencarian. Jika kita cuma tinggalkan RM 20,000 saja, agak sukar untuk keluarga kita meneruskan kestabilan ekonomi keluarga kelak.

Kalau dah tau tak cukup tu, sila-sila la tambah ye… Nilai dalam Basic Sum Covered ini boleh ditambah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda dan keperluan keluarga. Rajin-rajinlah buat “policy review” demi mempastikan perlindungan yang dimiliki itu betul-betul boleh melindungi. Bukan sekadar ada pada nama.

Adalah lebih selesa sekiranya anda mengasingkan sijil-sijil takaful anda. Anda seharusnya boleh memiliki sijil yang berbeza untuk nilai Sum Covered yang lebih besar sekiranya anda tidak mahu menambahnya pada sijil sedia ada.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes