Tutorial Intensif Untuk Baby Zesters #oymbbg

Selari dengan perkembangan Zest Group yg semakin pesat, satu tutorial intensif telah diilhamkan oleh para Zest Leaders demi mempastikan semua baby Zesters dapat membesar dalam acuan eksklusif milik Zest. Tutorial ini dikenali sebagai “On Your Mark, Baby Go” atau #oymbbg. Tutorial ini khas untuk baby Zesters yang baru saja bergelar agen bersama Great Eastern Takaful Berhad.

Kelas hanya akan diadakan pada hari Sabtu minggu pertama dan kedua bagi setiap bulan. Kelas ini akan berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 10.00 pagi dan akan berakhir pada jam 2.00 petang. Minggu pertama akan berlangsungnya #oymbbg V1 manakala minggu kedua #oymbbg V2 pula.

12644968_10153373922365905_2321048339143988657_n

#oymbbg V1 Bulan Februari bersama Prime Trainer AM Ira

IMG_9987

#oymbbg V1 Bulan Mac bersama Prime Trainer AM Akma

Sebagai agen yang agak senior dalam Zest dan bertepatan dengan aspirasi kami untuk bergelar leaders pada tahun hadapan, saya berserta beberapa rakan saya turut diberi tugas dan tanggungjawab dalam mengendalikan #oymbbg ini. Saya memang akan hadir pada Sabtu pertama setiap bulan untuk sama-sama mengendalikan #oymbbg V1 selain dari tugas hakiki mempastikan bahawa semua agen baru mempunyai software pengiraan quotation dalam komputer masing2-masing.

Prime Trainer pula akan sentiasa bergilir-gilir di kalangan tiga orang Zest Leaders itu.

Saya amat yakin, dengan latihan dan sistem agensi yang begitu teratur, kami di Zest akan terus kukuh sebagai agen dan mantap sebagai bakal leaders yang akan mewarnai pentas takaful di Malaysia ini. Kepada yang masih terumbang-ambing tak tahu arah mana nak tuju dengan kehidupan sekarang yg semakin mencabar, apalah salahnya hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk mulakan langkah baru anda dalam bidang takaful yg sentiasa mekar tidak ditelan zaman.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Post