Pagi tadi bermula jam 7.50 bermulalah walkathon sempena Diabetes Day yang diadakan di Dataran Merdeka. Seramai lebih kurang 2600 peserta telah mendaftarkan diri untuk menyertai walkathon dan beberapa orang dari Zarina Sharif dan Sharudin Agency pun ada menyertai aktiviti ni.
Dalam aktiviti ni ada beberapa perkara dapat diterapkan dengan jelas. Pertama, orang yang pantas akan menang. Kedua, semangat juang yang tinggi sentiasa membuahkan hasil yang memberangsangkan. 🙂

Inilah peserta-peserta dari Zarina & Sharudin Agency. Dari kiri Sharudin, Mejar Roziyah, Suhana, Anje, Ira, Nalia, Akma, Zarina, Asmat & Azly
Kenapa saya langsung takde dalam gambar???
Jawapannya… Saya telah datang lewat! Maka saya tak boleh register untuk berjalan dan sekaligus takkan menang….
Pengajarannya, kalau nak berjaya kena pantas!