Pada 5 Januari 2019, berlangsungnya Goal Setting 2019 bagi semua agen di bawah naungan Zest Life Consultancy di Tadom Hill Resort. Goal Setting yang bermula jam 9 pagi ini berakhir pada jam 12.30 tengahari. Pengisian yang cukup ringkas dan padat kali ini dijangka dapat menggerakkan keseluruhan jentera agensi untuk terus menerus berusaha menggapai impian.

Pada tahun ini Zest berhasrat untuk menyumbang 3,525,000 ANC kepada Great Eastern Takaful dan membawa seramai 83 pejuang-pejuang baru ke dalam industri takaful. Selain itu, Zest juga sedaya upaya akan melahirkan seorang Group Agency Manager (GAM) dan tiga orang Agency Manager (AM) pada hujung tahun ini.

Bagi tahun 2019, Zest cuma mengharapkan pertumbuhan minimum sebanyak 30% berbanding tahun 2018 dapat dicapai oleh setiap agen. Pertumbuhan dalam prestasi agen amat perlu dalam industri ini sebagai pemangkin untuk melonjakkan kedudukan seseorang agen. Semestinya agen yang bertumbuh akan terus kekal dan kukuh dalam kerjaya sebagai perunding takaful ini.

Demi menyokong goal dalam bentuk production para agen, satu sesi cerminan diri telah dilakukan. Semua agen diminta untuk menulis surat kepada diri sendiri yang bakal diposkan pada masa-masa tertentu. Kandungan surat itu selayaknya memberi motivasi diri kepada agen kelak. Surat itu pula kemudiannya diminta untuk dibacakan kepada semua agar dapat memperingatkan sesama sendiri apabila tiba rasa sugul nanti.

Selesai saja Goal Setting, kita semua pun makanlah tengahari dengan hidangan istimewa bamboo rice. Lepas tu, agen-agen berkesempatan untuk melakukan aktiviti riadah air yang tersedia di Tadom Hill Resort ini. Ada yang berenang, berakit, terjun, lompat, ATV dan macam-macam lagi.

Malam sebelumnya Leader-leader Zest telah pun berkumpul terlebih dahulu untuk membincangkan tema dan aktiviti sepanjang tahun 2019.

Semoga perjalanan 2019 sentiasa bersemangat dan lancar sehingga mencapai goal yang ditetapkan! Bagi sesiapa yang berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya sebagai Perunding Takaful Great Eastern, sila lah hubungi saya Suri Fitriah di talian 017-3723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *