Zest Potluck Picnic 2019

Pagi 16/11/19 merupakan tarikh pilihan berlangsungnya Zest Potluck Picnic yang dihadiri lebih 20 perunding takaful naungan Zest. Picnic bermula jam 9 dan berakhir jam 11 pagi. Kali ni kita picnic di Taman Layang-layang Metropolitan, Kepong.

Gigih semua datang awal, bawa juadah dan pakai pakaian mengikut warna tema yang ditetapkan. Tahniah!!

Makanan yang terhidang dari nasi lemak, sandwich, french toast, bihun goreng, nasi goreng, ayam goreng, cucur bilis, kek pisang coklat, honey dew, ais krim malaysia dan kuih muih tradisional karipap, keria, buah melaka dan ketayap

Minuman yang menyegarkan dan bertenaga

Ni semua hati-hati yang sedia untuk makan dan main game

Ucapan alu-aluan oleh Zest Founder, GM Zarina Sharif

Dah mula jamu selera






Ni Kak Long Kawasan (Tukang tunjuk jalan sebenarnya)

Picnic dimeriahkan dengan game yang dikenali sebagai charade. Ada dua team. Kita lawan team mana teka paling banyak yang tepat. 2 kategori sempat kita main iaitu simpulan bahasa dan judul filem P Ramlee yang rare. Team 2 yang menang dengan 8 mata berbalas 5. Saya Team 1. Hehehehe. Memang terhibur dengan gelagat setiap ahli pasukan!

Kegembiraan ditambah lagi dengan cabutan nombor bertuah! Memang sungguh bertuah orang yang dapat tu…

Demi menjaga kebersihan kawasan dan tempat kegunaan ramai, kami semua bawa bekas makanan dan bekas bungkusan masing-masing serta kemaskan semula seperti sedia kala. Barulah boleh dipanggil insan bertanggungjawab. Bertepatan dengan kerjaya yang dibawa sebagai perunding takaful. Sikap tanggungjawab dan integrity mesti tinggi menggunung. Baru orang percaya!

Kalau nak tahu lanjut tentang takaful atau kerjaya dalam bidang takaful, boleh hubungi saya di whatsapp Suri – 0173723344.

Selamat berhujung minggu semua!!

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

i-Great Mega Great Eastern Takaful

Assalamualaikum & Hi Semua, Ramai sudah orang mencari MEGA. MEGA kini menjadi buruan ramai atas keprihatinannya terhadap keperluan kewangan setiap orang di Malaysia ini. MEGA mampu membantu generasi kini memberikan

Head Start 2014!

16 Januari 2014 merupakan tarikh yg dipilih untuk Great Eastern melakukan Head Start 2014 kepada seluruh agen mereka. Dalam Head Start ini beberapa perkara akan dibentang dan dikongsikan oleh pihak

Nasi Lemak Great Eastern Terbaik Dari Ladang!!!

Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita semua mengenali dan mungkin sangat menggemari nasi lemak. Semua orang tahu nasi lemak ada pelbagai jenis dan harga yang berbeza. Walau bagaimanapun, nasi lemak