Zest Zenith Award 2018 – Medan

Zest Zenith Award (ZZA) adalah satu award yang direka khas untuk agen-agen di bawah naungan Zest Life Consultancy. ZZA pertama diwujudkan pada tahun 2017. Oleh kerana hanya ada seorang qualifier pada tahun itu, maka tripnya tidak dibuat tetapi ditukarkan dalam bentuk wang tunai yang setara. Namun bagi ZZA 2018, ada ramai qualifiers untuk ZZA! Maka berangkatlah kita ke Medan dari 5 hingga 8 Julai 2019. Percutian 4 Hari 3 Malam ini ditaja sepenuhnya oleh Leader – Direct Group masing-masing ya…

Hari Pertama

Setibanya di Lapangan Terbang Kualanamu. Ini kira airport baru lah. Dalam 2-3 tahun beroperasi. Sebelum ni kalau ke Medan akan turun di Polonia Airport.

Kita naik van yang boleh memuatkan 12 penumpang ni untuk gerak ke mana-mana. Tapi kita 8 orang je maka kedudukan dalam van agak OK. Cuma leg room sempit sikit.

Makan Tengahari masakan Padang

Menyeberang ke Pulau Samosir. Ada Tomok, sebuah perkampungan lama suku kaum Batak

Rumah suku kaum Batak

Pakaian suku kaum Batak – Patung belakang tu nama dia Si Gulegule

Makan malam di hotel saja

Hari Kedua

Breakfast dulu…

Meninggalkan Parapat untuk ke Brastagi

Berhenti seketika di Simarjarunjung. Sini ada banyak tempat rekaan untuk ambil gambar di awanan.

Gayat ke tu?

Cantik kan…

Makan Tengahari di lereng bukit

Inilah ikan bakar uluwatu yang terkenal dan sedap amat di sini

Air Terjun Sipiso Piso

Tasik Toba

Pasar Buah. Masa kami pergi ni memang ada hari pesta buah. Jadi memang banyaklah buah-buahan segar yang dijual. Kami pun beli lah avocado, pisang kaki, buah salak, nanas dan mangga.

Makan Malam di hotel saja. Saya mengantuk amat pada waktu ini

Hari Ketiga

Meninggalkan Brastagi ke Kota Medan

Melawat Bukit Gundaling. Belakang tu ialah Gunung Sinabung iaitu gunung berapi yang masih aktif

Makan tengahari

Oleh sebab kita semua bukan shopper abadi sangat, maka sesi shopping telekung disingkatkan. Kami memilih untuk massage beramai-ramai selama 2 jam.

Dinner dulu sebelum balik hotel di kedai ayam penyet. Tapi kita order extra ayam bakar dan tauhu goreng.

Hari Keempat

Breakfast dulu di hotel seperti biasa….

Shopping di Pasar Ikan. Tapi bukan beli ikan. Tak sangka, saya yang kelihatan bukan shopper abadi telah mencetuskan pembelian kain lace di sini yang akhirnya telah menyebabkan semua orang pun membeli sepasang kain lace dan lining di sini. Hahaha

 

Lunch hari akhir di Rumah Makan Sinar Pagi yang popular dengan soto yang sedap

 

Meninggalkan Medan ke Kuala Lumpur

Begitulah Percutian ZZA kami yang sangat relaks, lancar dan tenang. Sambil bercuti dapatlah kita menikmati keindahan ciptaan Tuhan yang ada di negara orang. ZZA 2019 belayar pula kita di samudera! Ini paling saya tunggu-tunggu…

Kalau nak tahu lanjut tentang kerjaya sebagai perunding takaful, boleh whatsapp saya Suri 017-3723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

Setelah 15 Tahun OBESE, Saya Mula Turunkan Berat Badan!

Assalamualaikum & Hi Semua! Kali ini saya nak cerita sendiri pengalaman membuat program penurunan berat badan. Bunyi program pun dah teruk. Nak buatnya pun agak teruk jugak la… Berat badan

Percutian 11 Hari 9 Malam Ke Osaka & Tokyo 2018

Hi & Assalamualaikum Semua! Kali ini saya nak share pasal percutian saya bersama 2 rakan takaful yg lain ke Osaka & Tokyo pada 30 Mac hingga 9 April 2018! Tujuan

ZEST Cup Q2 2016 Badminton

Aktiviti akhir bersama-sama Zesters sebelum Ramadhan menjelang. Pada 4 Jun 2016 yg lalu, ZEST Cup kembali untuk Quarter 2 pulak. Quarter 1 kita dah menyaksikan bahawa team hitam telah bergelar