Jom Jadi Perunding Takaful Professional!

Khas Untuk Para Professional Yang Masih Belum Bergaji 5 Angka Sebulan.

Gaya dan kos sara hidup yang tinggi di Malaysia memerlukan seseorang itu bergaji besar untuk menikmati kehidupan selesa sesuai dengan peredaran zaman yang dilalui. Tipulah kalau kata dengan pendapatan RM3,000 sebulan boleh beli rumah atas tanah (landed) dan miliki kereta turbo tanpa perlu ikat perut. Ini bukan tahun 90-an. Sekarang zaman nak apa sahaja boleh order secara online dan barang akan sampai terus depan mata tanpa perlu susah payah keluar rumah.

Nak minum air kosong pun dah tak perlu masak air. Tekan saja mesin, air bersih pun keluar dan terus boleh minum. Tapi yang hairannya, nilai pendapatan tidaklah pula naik pesat macam teknologi yang dinikmati di Malaysia ni. Tahun 1990-an, gaji permulaan peguam sekitar RM1,500. Dah tahun 2020 pun, gaji permulaan peguam masih dalam lingkungan RM2,800. 30 tahun punya beza masa, gaji cuma naik hampir 2 kali ganda. Sedangkan harga rumah naik lebih 5 kali ganda. Harga emas pun naik lebih 6 kali ganda untuk beza masa yang sama. Kelihatan tak sejajar kan kenaikan pendapatan golongan professional dengan kenaikan kos sara hidup?

Bagi merapatkan jurang kepesatan teknologi dengan pendapatan bulanan di Malaysia ini, ada satu cara yang boleh digunapakai. Iaitu melakukan bisnes. Bisnes ini sudah lama berada di Malaysia. Cuma ia kurang diceburi oleh orang Melayu. Rata-rata bisnes ini dipelopori oleh orang Cina dan India sahaja. Tetapi, sekarang sudah semakin ramai orang Melayu menceburi bisnes ini. Ternyata ia banyak mengubah taraf hidup sesiapa yang melakukan bisnes ini dengan bersungguh-sungguh. Bisnes ini rendah sahaja modalnya. Cuma perlukan lesen dan sebuah iPad. Tetapi pulangannya boleh jadi berganda-ganda sampai tak terfikir oleh akal.

Bisnes yang saya maksudkan adalah bidang perundingan takaful. Ya, jadi Perunding Takaful! Saya tahu ramai yang tak berapa gemar dengan kerjaya ini. Ada yang masih merasakan kerjaya ini hanya untuk orang yang tak berjaya ke universiti. Come On! Ni tahun 2021. Pemikiran itu dah tak laku lagi. Sekarang ni, siapa rajin, siapa pandai rebut peluang, siapa tekun berusaha, orang itulah yang akan berjaya dalam kehidupan. Bukan lagi ditentukan oleh keputusan SPM. Jangan tak tahu, ramai dah golongan professional yang menceburkan diri dalam bidang perundingan takaful ni. Doktor, jurutera, peguam tak payah sebutlah. Memang berlambak yang dah mulakan langkah dalam bidang perundingan takaful.

Sebab apa? Sebab mereka nampak masa depan. Mereka nampak peluang. Mereka nampak nilai kehidupan yang bakal mereka nikmati. Dengan kapasiti seorang professional, sudah tentu nasihat rundingan yang anda berikan lebih bernilai tinggi. Anda berpengaruh. Anda bijak. Anda bukan orang biasa-biasa. Sudah tentu anda celik dalam memberi rundingan kepada para prospek dan pelanggan anda kelak.

Kerjaya ini juga memberi peluang kepada anda untuk membina perniagaan sendiri. Membentuk pasukan sendiri. Dan yang lebih penting lagi, kerjaya ini sangat mulia kerana anda secara tidak langsung akan memberi sinar harapan kepada para pelanggan anda dan waris mereka untuk menikmati kehidupan yang selesa walaupun diuji dengan musibah. Anda sebenarnya membantu para pelanggan anda menguruskan risiko kewangan mereka agar sentiasa berada pada kedudukan yang baik walaupun malang menimpa. Dengan bantuan anda, terselamatlah banyak keluarga daripada terjerumus ke lembah kesusahan apabila ada perkara tak diingini berlaku. Sebagai contoh, tak perlu pinjam Ah Long untuk selesaikan bil hospital. Contoh lagi, tak perlu berebut harta pusaka selepas kematian. Perkara-perkara ini boleh dielakkan apabila masyarakat semakin celik takaful. Usaha itu memerlukan banyak kerjasama. Andalah antara orang yang boleh beri kerjasama itu. Demi ummah!

Jangan risau kalau tak ada asas perniagaan, asas jualan atau asas takaful sekalipun. Semua kita boleh belajar. Anda dulu pun pergi belajar di universiti baru boleh jadi golongan professional kan? Apa salahnya belajar tentang takaful pula. Dan bina hidup baru melaluinya. Ramai je orang bermula dengan part time dan terkejut pendapatan takaful mereka berkembang lebih laju dari pekerjaan sedia ada. Ada juga yang tak sangka dirinya boleh buat kerja takaful ni.

Tak perlu fikir lama-lama. Kalau dah rasa kurang selesa dengan pendapatan sekarang, rasa tak boleh cope dengan living cost yang tinggi sekarang, mulakan saja tindakan. Berkorbanlah sekejap untuk mengecapi kebahagian dan kejayaan baru.

Bak kata pepatah “Usah direnung penatnya usaha. Tapi renunglah manisnya kejayaan”

Hubungi saya segera untuk saya bantu anda mencipta pendapatan baru melalui perundingan takaful. Malaysia sangat perlukan anda! Golongan bijak pandai untuk mendidik masyarakat.

Klik saja link di bawah

https://wa.me/60173723344?text=%20Perunding%20Takaful%20Berjaya

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Post