Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun..
“Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepadaNya lah kami kembali”
Inilah ucapan yang akan kita dengar apabila menerima berita mengenai musibah, kemalangan ataupun lebih-lebih lagi satu kematian!
Rasa simpati memang akan lahir secara automatik. Tetapi cukupkah dengan hanya rasa simpati? Adalah lebih baik sekiranya kita dapat membantu dalam menguruskan jenazah dan urusan-urusan akhir baginya.
Tau tak apa yang nak kena buat bila ada kematian?
- Menginsafi bahawa Allah Maha Berkuasa memanggil hambaNya bila-bila masa. Bersedia atau tidak…
- Mengemaskan kedudukan jenazah sekira keadaannya tidak kemas ketika menghembuskan nafas terakhir. Contohnya tutup rapatkan mata, tutupkan mulut jika terbuka, letakkan tangan kanan di atas tangan kiri seperti ketika berdiri dalam solat.
- Tutupkan jenazah dengan kain yang lebar dan tidak terlalu tebal. Kalau tebal, dikhuatiri akan berwap dan menjadi basah.
- Maklumkan kepada saudara dan jiran-jiran mengenai kematian tersebut.
- Ukur saiz jenazah untuk membuat keranda, gali kubur dan penyediaan kain kafan.
- Tempah masa untuk penggunaan takungan mandi jenazah dari Surau atau Masjid berhampiran.
- Buatkan penghadang tempat memandikan jenazah.
- Sediakan naskhah Yasiin untuk bacaan tetamu-tetamu yang hadir.
- Hormati jenazah dan ahli keluarganya dengan tidak berbicara perkara-perkara yang tidak elok atau tidak sesuai. Contohnya menceritakan keburukan jenazah, bercerita tentang artis-artis yang menang anugerah semalam dan sebagainya.
- Sentiasa bersedia dan bertolak ansur sekiranya ahli keluarga jenazah memerlukan bantuan.
Demikianlah sedikit sebanyak perkara-perkara yang boleh dan perlu kita lakukan apabila berlakunya sesuatu kematian.
Setelah jenazah selesai dimandi dan dikafankan, maka tibalah masa untuk jenazah tersebut disolatkan. Solatkanlah jenazah ini dengan seramai mungkin sebelum dikebumikan untuk selama-lamanya.
Setelah selesai urusan pengkebumian, sebenarnya ahli keluarga jenazah perlu lagi menyelesaikan beberapa perkara. Antaranya termasuklah :-
1- Mengemaskini peralatan, perkakasan, pakaian dan apa sahaja yang berkaitan dengan jenazah sama ada untuk disimpan, diberi kepada orang lain ataupun dilupuskan. Sekiranya benda itu boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain, baiklah diberikan kepada orang dan diniatkan sedekah untuk jenazah tadi.
2- Langsaikanlah semua hutang piutang yang tinggal jika ada. Ini sangat penting agar rohnya dapat berasa tenang
3- Uruskanlah akaun-akaun yang ada untuk ditutup dan dituntut.
4- Tunaikan hajat-hajat Allahyarham jika ada
5- Hubungi agen insurans/takaful Allahyarham untuk urusan tuntutan pampasan kematian demi kesinambungan hidup ahli-ahli keluarga yang ditinggalkan.
Yang No. 5 tu la yang ramai tak tahu atau lupa nak buat. Oleh itu, saya suka nak ingatkan kepada pemilik-pemilik sijil takaful, janganlah lupa memberikan nombor telefon agen anda kepada ahli keluarga terdekat supaya mereka dapat menghubungi agen anda untuk urusan tuntutan nanti. Penting tau ni!
Yang belum ada perlindungan insurans/takaful, feel free to contact me untuk maklumat lanjut dan free quotation!