Terdapat 1 rider kemalangan yang sangat istimewa di Great Eastren Takaful. Rider itu dinamakan Comprehensive Accidental Benefits Xtra atau lebih mudah disebut sebagai i-CABX. i-CABX merupakan rider khusus untuk kemalangan yang menampilkan manfaat seperti berikut :-
- Pampasan kematian akibat kemalangan
- Pampasan kematian berganda akibat kemalangan di dalam kenderaan awam atau tempat awam
- Elaun MC akibat kemalangan
- Pampasan kemalangan diri
- Pertambahan nilai pampasan kematian akibat kemalangan sebanyak 5% setiap tahun selama 10 tahun
Bagaimana rider ini berfungsi?
Contohnya macam ni. Ambil rider i-CABX sebanyak RM30,000
1- Wira meninggal dalam kemalangan antara keretanya dengan sebuah lori. Wira layak mendapat pampasan kematian akibat kemalangan sebagai tambahan kepada pampasan kematian yg asas. Pampasan kematian asas RM100,000 + pampasan kematian akibat kemalangan dari i-CABX RM30,000 = RM130,000
2- Raja mengalami kematian semasa menaiki feri yg karam di lautan. Raja layak menerima RM60,000 (RM30,000 X 2) sebagai pampasan kematian berganda akibat kemalangan dalam kenderaan awam.
3- Rahman mengalami kemalangan sehingga tangannya patah. Rahman menjalani pembedahan dan rawatan menggunakan medical card Great Eastern Takaful (rider lain). Rahman mendapat MC selama 4 bulan. Oleh kerana Rahman juga mengambil rider i-CABX, maka Rahman layak mendapat elaun MC akibat kemalangan sebanyak RM225 seminggu. RM225 X 16 minggu = RM3,600.
4- Geeva terputus jari kelingking semasa menggunakan mesin canai. Geeva layak menerima 5% dari nilai i-CABX iaitu sebanyak RM1500 (5% X RM30,000)
Kemalangan bukanlah hanya tertakluk kepada kemalangan jalan raya. Apa-apa jenis kemalangan pun boleh seperti kemalangan semasa bersukan. Rider i-CABX ini sangat penting kepada individu yg lasak lagi aktif. Namun rider ini ada pengecualian jugak. Contohnya kemalangan sebab salah lompat masa buat bungee jumping, GET tak cover. Sebab itu dikategorikan sebagai masalah cari sendiri.