Great Eastern Takaful HeadStart 2020 & Kemasukan Ke Malaysia Book Of Records

Pada 18 Januari 2020 yang lalu bertempat di Setia City Convention Centre, satu lagi sejarah tercipta bagi Great Eastern Takaful apabila secara rasminya telah memahat nama dalam Malaysia Book of Records dengan menganjurkan The Largest Participation In Inflatable Obstacles Challenge. Seramai 1,948 orang peserta telah menyertai acara tersebut sekaligus menempa nama masing-masing dalam Malaysia Book of Records untuk catatan sejarah bagi diri sendiri. Saya secara peribadi memang rasa sangat bertuah dan bersyukur dengan penganjuran ini. Sebab saya tak pernah fikir pun nak cipta apa-apa rekod di mana-mana. Bila dah company buka ruang dan bagi peluang, tanpa fikir dua kali saya terus sahaja melakukannya!

Inflatable Obstacles Challenge ini dilangsungkan di sebelah pagi bermula jam 9 macam tu. Saya mestilah jadi 100 peserta terawal sebab saya nak balik cepat… Hahaha! Setiap peserta yang selesai membuat obstacles challenge ini dihadiahkan dengan sebuah medal dan sijil penyertaan oleh Malaysia Book of Records.

Kehangatan pembukaan tahun 2020 diperkasakan pula dengan Headstart 2020 di sebelah petang. Headstart adalah satu acara tradisi pada setiap awal tahun untuk pihak Great Eastern menyampaikan halatuju tahun itu kepada para agen dan menghargai pencapaian tahun sebelumnya. Banyak perkembangan terkini operasi syarikat akan dikongsikan pada hari itu. Dan yang paling ditunggu-tunggu oleh para agen adalah, pengumuman destinasi-destinasi pelancongan yang bakal dinikmati bagi tahun itu!

Bagi tahun 2020, destinasi-destinasi pelancongan yang diumumkan sangat-sangat mengujakan saya! Rasa lebih dekat di hati! Setakat pada hari Headstart itu sahaja, ada 4 destinasi pelancongan yang telah diumumkan dan semuanya saya suka! Walaupun ada tempat-tempat yang  telah pun pernah saya lawati, rasa teruja tetap tinggi! Ini adalah sign yang baik untuk saya! Ini maknanya saya mesti bersemangat sepanjang tahun mengenangkan tempat-tempat percutian yang akan dikunjungi nanti!

Berikut 4 destinasi percutian yang telah diumumkan pada hari itu :-

  1. Bangkok & Khao Yai
  2. Phuket
  3. Dubai
  4. Istanbul & Cappadocia

Yang paling saya looking forward adalah Dubai tu. Bangkok & Khao Yai kedua. Istanbul & Cappadocia ketiga dan Phuket keempat. Saya harap sangat saya akan capai trip ke Dubai tu! Doakan saya ya semua…

Sekarang dah tibalah masanya untuk fokus dan bekerja keras dalam menjalankan dua tanggungjawab utama saya sebagai perunding takaful! New Sales dan New Recruits!

Pada tahun ini, saya akan membina semula team saya yang baru demi memenuhi keperluan masyarakat untuk mendapat liputan tentang perlindungan takaful. Masih ramai lagi orang Malaysia belum pun memiliki perlindungan takaful walaupun yang asas! Saya perlukan lebih ramai lagi ahli team yang baru untuk menyampaikan kepentingan takaful ini ke ceruk rantau negara Malaysia kita ni!

Jika anda nak jadi sebahagian daripada team saya, cepat-cepat whatsapp saya Suri 017-3723344 sekarang! Saya akan bantu anda mencipta pendapatan tambahan sekaligus menjadi Hero rakyat Malaysia! Tugas kita, takafulkan seramai mungkin rakyat Malaysia agar mana-mana keluarga yang ditinggalkan tidak akan berhadapan dengan masalah kewangan. Jom Sertai Great Eastern Takaful! Hubungi Suri 017-3723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Post