i-Great Prestij : Alternatif Untuk Simpanan Jangka Panjang

Pada bulan February yang lalu, Great Eastern Takaful telah melancarkan sebuah produk yang direka khusus untuk mengembangkan simpanan para pelanggannya. Sekiranya anda ingin mencari tempat untuk menyimpan wang bagi jangka masa panjang (lebih 10 tahun) selain daripada di bank, anda pasti ingin mengetahui apakah yang mampu ditawarkan oleh i-Great Prestij sebagai alternatif.

Menyimpan di i-Great Prestij boleh dibuat sependek 5 tahun. Walau bagaimanapun, disebabkan produk ini dilahirkan oleh pengendali takaful, sudah tentu produk ini bukanlah produk simpanan mutlak atau pelaburan mutlak. Disebabkan itu, sekiranya anda hanya mahu menyimpan sekadar 5 tahun, i-Great Prestij bukanlah satu pilihan yang bijak. Ini kerana i-Great Prestij hanya mampu menampakkan wang anda berkembang setelah tempoh 10 tahun dan ke atas.

Bagaimanakah i-Great Prestij menjana keuntungan untuk anda?

1- Melalui investment booster

2- Melalui maturity booster

3- Melalui keuntungan pelaburan dalam dana yang dipilih

Perkara no 1 dan 2 datangnya dari tabung takaful. Manakala perkara no 3 datangnya dari prestasi dana. Oleh sebab itu perkara no 3 tidak dijamin ya.

Apa investment booster akan beri pada anda?

Investment booster akan memberi dana kepada anda mengikut percentage yang telah ditetapkan setiap tahun seperti di bawah :-

Tahun 1 – 5 : 5%

Tahun 6 – 10 : 10%

Tahun 11 dan keatas : 20%

Nilai dana yang diberi adalah berdasarkan bayaran tahunan asas yang dibuat. Sebagai contoh, anda menyimpan sebanyak RM5,000 setahun. Maka pada tahun pertama sampai tahun kelima, anda akan menerima sebanyak RM250 setiap tahun sebagai investment booster. Nilai ini akan dilaburkan semula dengan membeli unit di dalam dana-dana terpilih.

Apa pula maturity booster boleh beri pada anda?

Kalau nama pun maturity booster, dah tentu dana ini hanya akan diterima apabila simpanan anda sampai pada tempoh matangnya. Pada penghujung tempoh simpanan anda, anda akan menerima sebanyak 5 kali ganda nilai bayaran asas tahunan anda. Sebagai contoh, anda menyimpan sebanyak RM5,000 setiap tahun, maka pada penghujung tempoh simpanan anda, anda akan mendapat sebanyak RM25,000 sebagai maturity booster. Anda hanya mendapat 5 kali ganda sekiranya membuat bayaran selama 10 tahun ke atas. Kalau buat bayaran 5 tahun sahaja, tak dapat 5 kali ganda ya. dapat 1 kali ganda sahaja iaitu RM5,000 sahaja.

Dengan 2 jenis booster ini pun anda boleh nampak simpanan anda berkembang. Jika ditambah dengan perkara No 3, memang besarlah harapan kita agar simpanan kita dikembangkan dengan subur.

Sekarang nak cerita pasal keuntungan yang dijana melalui unit-unit dana. Sebanyak 25% daripada bayaran asas tahunan akan dilaburkan dalam dana-dana terpilih. Keuntungan daripada pelaburan dalam dana-dana ini akan dimasukkan semula ke dalam jumlah pelaburan bersama-sama dengan dana dari investment booster tadi. Disinilah pelaburan mutlak berlaku. Ada 4 dana yang anda boleh pilih untuk melabur ke dalamnya. 3 dana tempatan dan 1 dana antarabangsa. 3 dana tempatan itu adalah i-Mekar, i-Makmur dan i-Majmuk. Manakala dana anatarabangsa ialah i-Ekuiti Global. Prestasi dana-dana ini bolehlah anda semak melalui fund fact sheets masing-masing.

Dengan model produk i-Great Prestij ini, saya pasti simpanan anda dapat dikembangkan pada kadar risiko yang terkawal. Perkara paling ISTIMEWA dengan i-Great Prestij ni adalah apabila berlakunya kematian, wang simpanan di dalamnya akan dihibahkan terus kepada penama tanpa perlu melalui proses faraid. Ini yang sangat membezakan i-Great Prestij dengan menyimpan di bank atau institusi kewangan lain seperti ASB yang mana wang dalam akaun-akaun itu akan dibekukan terlebih dahulu sebelum mendapat surat kuasa untuk pembahagian. Sedangkan wang di dalam i-Great Prestij boleh dituntut terus oleh penama tanpa perlu menunggu surat kuasa. Di sinilah hibah dalam takaful memainkan peranannya untuk waris yang ditinggalkan.

Berikut saya kongsikan contoh ilustrasi perkembangan simpanan dalam i-Great Prestij. Bayar selama 10 tahun sahaja. Setiap tahun RM5,000. Tempoh matang selama 20 tahun. Lelaki berusia 35 tahun.

Bukanlah seperti mendapat bulan dan bintang. Tapi sekurangnya wang kita dikembangkan lebih dari simpanan tetap di bank. Selain itu, kontrak hibah selepas kematian itu sangat-sangat membantu ahli keluarga yang memerlukan wang di saat ketiadaan kita nanti.

Sesiapa yang berminat dengan plan i-Great Prestij ini bolehlah hubungi saya, Suri Fitriah di 017-3723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.