Assalamualaikum & Hi,
Saya fikir, saya amat jarang bercerita bagaimana nak dapatkan client dalam bidang takaful ni. Ada ke orang nak? Senang ke susah nak cari client? Dari mana nak dapatkan prospek?
Baiklah… Kali ini saya nak kongsikan kepada anda semua, macam mana nak dapat client dalam bidang takaful. Secara ringkasnya, kaedah-kaedah mendapatkan client takaful ini hampir sama sahaja dengan produk kewangan yang lain. Tapi kat sini, saya nak share pengalaman saya sendiri sahaja.
Kaedah 1 – Natural Market
Natural market ni maksudnya orang-orang sekeliling kita yang memang kita dah kenal. Contohnya ahli keluarga, rakan sekerja, rakan sekolah, rakan universiti, rakan persatuan, jiran, saudara-mara dan sebagainya. Orang-orang ini semua adalah orang kenal kita dan kita kenal dia secara langsung.
Dengan natural market, kita ada kelebihan dari segi mendapatkan appointment memandangkan dia memang dah kenal kita. Cuma tunggu dia nak jumpa kita atau tak. Closing ratio juga amat tinggi apatah lagi jika kita memang seorang yang disegani atau disenangi.
Kaedah 2 – Referral
Referral pulak bermaksud orang yang diperkenalkan kepada kita oleh orang yang kita kenali. Contohnya, kakak kita perkenalkan kawan sekerjanya kepada kita. Referral juga memberi closing ratio yang tinggi memandangkan “trust” telah terbentuk dari awal dengan menjadikan orang yang memperkenalkan kita kepada dia sebagai sebuah jambatan yang kuat.
Referral sebenarnya tidak akan putus selagi mana kita rajin memintanya daripada natural market kita atau exisitng clients. Gambar bawah ni kawan kepada kawan saya.
Kaedah 3 – Cold Call (Stranger)
Cold Call ini maknanya kita membuat panggilan secara rawak terhadap nombor-nombor telefon yang kita dapat dari pelbagai sumber seperti pameran, kenduri kawin, directory syarikat, laman web, buku pelawat dan macam-macam lagi.
Untuk kaedah ini, kita memerlukan banyak himpunan nombor telefon untuk dihubungi. Dari 20 nombor telefon yang kita panggil, mungkin kita dapat mengatur 6 appointment. Dari 6 appointment itu, mungkin 3 dapat close deal. Closing rationya agak significant. Disebabkan itu, kita memerlukan nombor telefon yang banyak. Sebab dalam banyak2 nombor itu, ada yang out of service, ada yang off, ada yang tidak angkat, ada yang tidak mahu, ada yang suruh call semula dan macam-macam lagi.
Kaedah 4 – Flyers
Menyebar flyers atau risalah kelihatan satu aktiviti yang mudah. Tapi ketahuilah bahawa menyebar flyers perlulah dalam kuantiti yang betul-betul pukal. Ini kerana closing ration untuk flyers boleh dikatakan sangat-sangat rendah iaitu 1000:1. Maknanya dalam 1000 flyers yang kita edarkan, mungkin hanya dapat close 1 kes sahaja. Hal ini kerana flyers bertujuan untuk diedar secara rawak kepada sebanyak mungkin manusia. Jadi kita tidak tahu, apa keperluan produk kita kepada pembacanya.
Kaedah 5 – Business Card
Setiap orang yang melakukan perniagaan, pasti ada business card kan? Business card ini boleh menjadi powerful tools dalam mendapatkan client jika digunakan dengan cara yang betul. Apabila anda memberikan business card anda kepada orang lain, pastikan anda juga kembali mendapat business card dia! Barulah kita boleh hubungi dia untuk set appopintment. Jangan haraplah dia nak hubungi kita untuk dapatkan rundingan. Kita yg kena call dia. Sebab itu, pastikan kita dapat business card orang yg kita temui apabila kita menghulurkan business card kita.
Kaedah 6 – Booth
Membuka booth untuk memasarkan takaful ada seninya tersendiri. Buka booth pula menuntut komitmen yang tinggi. Antaranya masa yang digunakan agak panjang, bayaran sewa tapak jika ada, penyediaan perkakas dan peralatan, penyediaan bahan-bahan promosi dan lain-lain. Agak sukar untuk terus close kes dengan orang yang melawat booth kita. Oleh itu, booth lebih sesuai dijadikan lubuk untuk mendapatkan nombor telefon dan contact. Booth untuk penerangan produk dilihat kurang sesuai.
Melainkan kita memang membuka booth secara tetap di satu-satu lokasi yg mana orang ramai telah tahu bahawa kita beroperasi di situ.
Kaedah 7 – Seminar Jualan
Seminar jualan pula adalah sesi taklimat yang kita dapatkan untuk membuat taklimat secara berkelompok atau berkumpulan. Kaedah ini sesuai digunakan di pejabat-pejabat atau sekolah-sekolah. Dengan kaedah ini, kita berpeluang mendapatkan bilangan kes yang lebih banyak. Sama seperti booth, dari kaedah seminar jualan ini, kita seharusnya mengumpulkan seberapa banyak contact number. Kalau pun tidak dapat terus close semasa taklimat, kita masih banyak peluang untuk bertemujanji di luar.
Kaedah 8 – Internet
Penggunaan internet dalam perniagaan tidak dapat dinafikan lagi pada zaman ini. Semuanya nak up-to-date dan pantas. Pengiklanan melalui internet seperti dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, Linkedin, Instagram dll banyak memberi impact dalam sesuatu perniagaan. Pada masa sekarang, orang ramai lebih selesa merayau-rayau dalam internet terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat sebelum membeli atau memiliki sesuatu barang. Maka peluang ini harus digunakan sepenuhnya untuk memperkenalkan diri dan servis kepada umum dengan harga yang cukup murah. Seperti yang saya lakukan ini. Membuat blog untuk berkongsi tentang produk, servis dan kerjaya dalam bidang takaful.
Haaaa.. Macam mana? Banyakkan sebenarnya kaedah-kaedah nak dapatkan client. Anda pun mesti boleh buat mana-mana kaedah di atas. Apa lagi? Jom Jadi Agen Takaful! Hubungi Suri Fitriah 017-3723344.
terima kasih suadh ber bagi min
mendapatkan client memang sanget menentukan semuanyaa
izin di share lagi min ya?
Silakan