Kelebihan Menjadi Agen Great Eastern Takaful

Assalamualaikum & Hi Semua!

Tahun ini merupakan tahun kelima saya bergelar sebagai Agen Great Eastern Takaful Berhad. InsyaAllah pada 2017, saya akan melangkah ke liga baru pula sebagai Agency Manager. Tempoh lima tahun itu boleh saya anggapkan sebagai tempoh yang layak menyebabkan seseorang agen memiliki dan melalui pelbagai pengalaman serta selok-belok dalam industri takaful ini. Pengalaman dari segi memasarkan produk, menangani tolakan, mengendalikan tuntutan, khidmat selepas jualan malah merekrut rakan sebagai agen merupakan antara pengalaman-pengalaman yang sangat berharga sehingga tidak ada tolok bandingnya. Kita kena lalui dahulu, baru kita tahu macam mana nak bertindakbalas atau membaikpulih. Apatah lagi ujian dan halangan dalam proses membentuk sebuah agensi sendiri!

Dari pengamatan dan pengalaman saya, ingin saya kongsikan kelebihan-kelebihan yang boleh anda nikmati sebagai Agen Great Eastern Takaful. Kelebihan ini mungkin anda rasa biasa-biasa saja. Tapi, percayalah kelebihan ini mampu membuatkan anda menjadi seorang individu yang sedikit berbeza dari orang lain terutamanya dari segi keyakinan diri :-

  1. Komisen dibayar dua kali sebulan
  2. Bayaran parking yang murah di HQ
  3. Percutian percuma dengan layanan kelas tinggi lebih dari 1 destinasi setiap tahun
  4. Mudah meyakinkan prospek dengan keutuhan syarikat dan kemapanan produk
  5. Latihan bertaraf antarabangsa dengan yuran yang rendah
  6. Kemudahan bilik-bilik perjumpaan yang kondusif dengan harga percuma
  7. Pengiktirafan pencapaian diukur dari banyak aspek
  8. Pemantauan rapi dari pihak pengurusan
  9. Sistem sokongan yang padu dan jitu

Secara keseluruhannya, saya dapat simpulkan bahawa banyak kos tersembunyi dapat dijimatkan dengan bergelar Agen Great Eastern Takaful. Jika diamati satu per satu perkara di atas, ternyata banyak kos dapat dikurangkan yang sekaligus boleh memperkemas ekonomi keluarga masing-masing. Bila ekonomi keluarga terjaga, semestinya kita akan berasa lebih gembira dan bahagia tanpa kesempitan.

Selain itu, percaya atau tidak, ketahuilah bahawa kerjaya sebagai agen takaful sedikit sebanyak boleh dikategorikan sebagai kerjaya kalis krisis ekonomi. Mengapa begitu? Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, ada beberapa perkara yang berkaitrapat dengan takaful yang tidak dapat dinafikan :-

  1. Manusia perlukan wang setiap hari
  2. Kemalangan atau kematian tidak pernah memberi amaran untuk berlaku
  3. Sakit tidak mengira kita ada wang atau tiada untuk merawatnya
  4. Urusan pengkebumian tidak percuma
  5. Kos sara hidup, kos pendidikan, kos perubatan dan segala kos tidak pernah kita dengar semakin lama semakin turun. Pastinya semakin lama, semakin naik

Kesemua kebocoran wang akibat perkara-perkara di atas sebenarnya boleh dikurangkan dengan memiliki takaful. Setiap orang yang hidup seharusnya memiliki sekurangnya satu sijil takaful! Walau seburuk mana pun keadaan ekonomi yang dihadapi, manusia tetap perlukan takaful untuk kehidupannya.

Dengan itu, janganlah kita terlalu gundah dengan kestabilan kita sebagai agen takaful. Selagi ada manusia dan kehidupan yang aman, selagi itu takaful diperlukan.

Jom, jadi sebahagian penyebar takaful ke seluruh pelusuk Malaysia ni. Ramai lagi yang belum sedar dan belum ada sijil takaful! Awaklah yang kena tolong beritahu pada dia. Sebar takaful, dapat jana income. Taknak ke?

Kalau nak, hubungi talian panas ni 017-3723344. Cakap dengan Suri Fitriah.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Post