Kelebihan Produk Great Eastern Takaful

Ada yang tanya pada saya. Mengapa nak kena pilih Great Eastern Takaful? Apa lebihnya Great Eastern Takaful berbanding yang lain? Untuk itu, saya kongsikan la sedikit sebanyak mengenai kelebihan produk-produk dari Great Eastern Takaful seperti berikut :-

advantages

1-Konsep hibah

Hibah bermaksud pemberian atau hadiah yang diberikan kepada pihak lain tanpa megharapkan sebarang balasan. Di Great Eastern Takaful, hibah akan diberikan kepada waris sekiranya seseorang peserta meninggal dunia. Dengan konsep hibah ini, nilai pampasan yang diberikan kepada waris tidak perlu melalui proses faraid. Sebagai contoh, seorang suami telah menamakan isterinya sebagai waris dengan pembahagian 100% nilai pampasan. Ini bermakna isteri beliau layak menerima 100% nilai pampasan tanpa perlu di bahagikan kepada ahli keluarga yang lain. Dengan kaedah ini, pemberian wang pampasan akan berlaku dengan lebih mudah, cepat dan jelas. Sekiranya nilai pampasan itu diberi kepada wasi (pemegang amanah), maka nilai pampasan itu wajiblah dibahagikan oleh wasi kepada waris-waris yang layak mengikut hukum faraid.

2-Towing service

Sekiranya anda merupakan pemegang Medical Card dari Great Eastern Takaful, secara automatik anda layak untuk mendapat perkhidmatan towing dari Asia Assistance. Perkhidmatan ini sangat penting untuk membantu anda menjimatkan kos sekiranya mengalami kemalangan jalan raya atau kerosakan kenderaan. Towing services ini adalah percuma bagi RM300 pertama untuk setiap kes. Sekiranya nilai towing services anda lebih dari RM300, anda hanya perlu membayar nilai yang selebihnya sahaja.

advantages_2-big

3-Ko-takaful terendah untuk Medical Card 

Great Eastern Takaful menawarkan nilai ko-takaful (takaful bersama) yang paling rendah di pasaran. Ko-takaful bagi Great Eastern Takaful adalah minimum 10% dan maksimum RM500 daripada jumlah bil yang dikeluarkan. Ini bermakna, semahal mana pun bil yang anda terima, anda hanya perlu membayar RM500 sahaja berserta cukai dan caj-caj lain yang tidak ditanggung oleh Medical Card.

4-Had Medical Card seumur hidup yang tinggi

Demi memudahkan anda ketika berusia nanti, Great Eastern Takaful bersetuju untuk memberikan Had Seumur Hidup yang tinggi bagi Medical Cardnya. Anda boleh memperoleh perlindungan sehingga RM 2 Juta seumur hidup dengan harga yang amat berpatutan.

5-Khairat kematian yang kompetitif

Perbelanjaan pengkebumian merupakan antara perkara yang perlu diambil berat sekiranya berlaku kematian. Untuk itu Great Eastern Takaful memberikan sebanyak RM2,000 bagi proses pengurusan jenazah untuk dikebumikan. Nilai ini dianggap relevan dan kompetitif pada masa kini.

6-Elaun MC akibat kemalangan

Sekiranya anda mengalami kemalangan dan terpaksa MC untuk tempoh yang panjang, elaun MC akan diberikan mengikut nilai perlindungan kemalangan anda. Ini bermakna MC anda akan dibayar berpatutan dengan perlindungan bahagian kemalangan anda.

7-36 penyakit kritikal yang lebih banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia

Great Eastern Takaful melindungi 36 Penyakit Kritikal yang popular dan lebih sinonim dengan Rakyat Malaysia. 36 Penyakit itu termasuklah :-

1. Penyakit Arteri Koronari

2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius

3. Penggantian Injap Jantung

4. Pembedahan Aorta

5. Kardiomiopati

6. Ensefalitis

7. Tumor Otak

8. Meningitis Bakteria

9. Penyakit Neuron Motor

10. Penyakit Parkinson

11. Penyakit Alzheimer

12. Poliomielitis

13. Sklerosis Berbilang

14. Sindrom Apalik

15. Lumpuh

16. Koma

17. Hilang Keupayaan Diri

18. Hilang Penglihatan

19. Hilang Pendengaran

20. Hilang Pertuturan

21. Kanser

22. Anaemia Aplastik

23. Trauma Kepala Utama

24. Luka Terbakar Teruk

26. Kegagalan Buah Pinggang

27. Penyakit Hati Kronik

28. Hepatitis Virus Fulminan

29. Serangan Jantung

30. Penggantian Injap Jantung

31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer

32. Pembedahan Otak

33. Strok

34. Lumpuh Paraplegia

35. Penyakit Paru-Paru

36. Distrofi Otot

Begitulah antara kelebihan produk Great Eastern Takaful berbanding pengendali takaful yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati perlindungan yang lebih spesifik dan berharga bagi diri dan keluarga anda.

 

Share This:

2 thoughts on “Kelebihan Produk Great Eastern Takaful”

  1. siti nor says:

    ble bagi explaination

Leave a Reply to siti nor Cancel reply

Your email address will not be published.

Related Post