Korang ada rasa nak jadi agen tak? Sebenarnya nak jadi agen ni korang kena tau sendiri sama ada nak atau tak nak. Kalau sekadar ikut-ikutan, susah sikit la… Sebab untuk bergerak dalam industri takaful ni, kita kena ada kemahuan. Bak kata Adnan Sempit, di mana ada kemahuan, di situ ada hiway. Tapi kalau takde kemahuan, boleh ke ada hiway? 😛
Seingat saya, masa saya nak jadi agen dulu, saya cuma bayar RM50 untuk exam dan RM25 untuk buku yang nak kena baca sebelum masuk exam. Tu je modal. Alhamdulillah, saya lulus exam dengan Gred A 🙂
Lepas dari tu, saya pun diajar dan dilatih oleh Unit Manager saya mengenai cara-cara untuk approach dan present produk kepada bakal pelanggan. Semua tools telah disediakan oleh Unit Manager dan saya hanya perlu guna dan tiru gaya dia untuk close deal. Memang menjadi la kan kaedah yang diajarkan oleh Unit Manager saya tu. Terima kasih Kak Ina!
Pastu saya sentiasa menghadiri meeting yang dianjurkan oleh agensi Zarina Sharif dan sinergi F1G. Saya memang takkan ponteng meeting dan ia diberi priority dalam jadual kehidupan saya. Saya datang meeting bukanlah nak dengar sangat apa yang dibicarakan. Sebenarnya saya lebih kepada nak bertemu dengan rakan-rakan yang sama minat dan sama bidang.
Dari semasa ke semasa, saya hanya perlu :-
1) Telefon dan set appointment dengan bakal pelanggan.
2) Present produk features dan close deal.
3) Bila sijil (polisi) pelanggan dah siap, saya kena hantar kepada mereka dan minta tandatangan untuk mengesahkan penerimaan sijil.
4) Pastu semak caruman mereka dari semasa ke semasa.
5) Bantu mereka buat claim bila perlu.
6) Jawab persoalan mereka dengan penuh informasi dan tepat.
7) Agak-agak setahun, buat policy review.
8) Buat promosi.
Taklah sesukar mana nak jadi agen takaful ni. Tapi taklah semudah yang disangka. Cuma anda kena tahu, anda nak ke tak nak.
Kalau nak, cepat contact saya 017-3723344. Boleh gebang panjang lagi ni…
Drop Your Resume Here