Macam Mana Nak Dapatkan Bonus RM27,000 Setahun Dan Komisyen Bulanan RM5,000 Dengan Menjadi Agen Part-time Di Great Eastern Takaful?

Hangat diperkatakan bahawa skim agen takaful part-time ni betul-betul nak bagi orang buat income tambahan. Sesuai sangat kepada sesiapa yang nak mengembangkan ekonomi keluarga ataupun yang baru nak membina atau membina semula kerjaya yang mungkin terjejas akibat pandemik Covid-19 beberapa tahun lepas. Dalam post sebelum ini, saya cuma menyatakan berapakah jumlah pendapatan yang berpotensi untuk diperoleh melalui skim agen takaful part-time ni. Skim ini dikenali sebagai GETBZ First (Batch 3). GETBZ memang program khas Great Eastern Takaful untuk dapatkan Bonus bila capai target. First pula maknanya untuk part-time. So GETBZ First!

Syarat kelayakan untuk menyertai GETBZ First ini adalah :-

1- Berumur di antara 20 hingga 45 tahun

2- Mendaftar sebagai agen di antara 1 September hingga 31 Disember 2022

3- Memiliki Sijil SPM dan ke atas (Degree holder amat saya alu-alukan)

Jika anda memenuhi syarat di atas, cepat-cepatlah hubungi saya untuk tetapkan tarikh exam. Yelah, nak jadi agen takaful kena ambil Basic Takaful Examination (TBE) terlebih dahulu. TBE ni senang saja. Ada 100 soalan dan perlu betul 55/100 ke atas untuk LULUS. Dah lulus barulah boleh mendaftar sebagai agen di Great Eastern Takaful. Jika anda sudah pun memiliki TBE ini, maka boleh lah terus hubungi saya untuk mendaftar sebagai agen Great Eastern Takaful. https://nakjadiejentakafulsuri.wasap.my

Setelah dikontrakkan sebagai agen, tibalah masanya untuk anda mencipta pendapatan baru melalui bidang takaful ni. Belajarlah dahulu tentang plan-plan yang boleh dipasarkan kepada masyarakat sekeliling dan juga kuasai lah teknik membuat presentation kepada bakal pelanggan. Ilmu dan teknik ini perlu anda pelajari bersungguh-sungguh kerana ia penting untuk kekal berada dalam industri dan bagus untuk para pelanggan anda. Kita tak mahu berikan servis yang bersifat “touch n go”. Tak sihat untuk industri.

Kini tibalah masanya nak kira macam mana boleh dapat Bonus sampai RM27,000 setahun tu. Senang saja. Program ini mengambil masa setahun (12 bulan). Ia dikira dari bulan pertama anda mendaftar. Selepas itu ada training yang diwajibkan untuk join dalam tempoh tertentu. Training online saja. (Rujuk jadual bawah nanti).

Untuk 6 bulan pertama, jadual bonus anda adalah seperti berikut :-

Buat 3,000 ANC – Bonus RM500

Buat 6,000 ANC – Bonus RM1,200

Buat 9,000 ANC – Bonus RM1,700

Buat 15,000 ANC – Bonus RM3,000

Nampak tu, buat 15,000 ANC setiap bulan, terang-terang dah dapat bonus RM18,000 (RM3,000 X 6 bulan)

 

Untuk 6 bulan kedua pulak, jadual bonus nya adalah seperti di bawah :-

Buat 3,000 ANC – Bonus RM250

Buat 6,000 ANC – Bonus RM600

Buat 9,000 ANC – Bonus RM850

Buat 15,000 ANC – Bonus RM1,500

Bermakna bila buat 15,000 ANC setiap bulan maka akan dapat bonus RM9,000 (RM1,500 X 6 bulan)

Itulah nilai bonus tertinggi yang layak anda dapat sekiranya membuat 15,000 ANC setiap bulan. Jika tak dapat 15,000 ANC maka nilai bonus pun akan berkurang. Contohnya bulan keempat cuma dapat buat 7,000 ANC sahaja. Makanya untuk bulan itu cuma dapat bonus RM1,200 sahaja. Bukan RM3,000.

Macam mana pulak nak dapat 15,000 ANC tu? ANC tu maknanya annualized contribution. Iaitu jumlah bayaran sesuatu plan takaful yang diambil oleh pelanggan untuk tempoh setahun. Sebagai contoh, Si Mira ambil plan takaful untuk medical coverage. Si Mira bayar RM250 sebulan. RM250 X 12 bulan = RM3,000. 3,000 tu lah nilai ANC. Jadi kalau nak dapatkan 15,000 ANC kenalah dapatkan orang macam Mira seramai 5 orang dalam 1 bulan. Sekiranya nilai bayaran bulanan plan itu murah saja contohnya RM60 sebulan. Makanya ANC plan itu adalah RM60 x 12 bulan = 720 ANC. Lagi ramai lah orang yang perlu didapatkan untuk capai 15,000 ANC. Kalau ada orang yang ambil plan yang tinggi bayarannya, katalah RM1,500 sebulan. Maka ANC plan ni dah jadi RM18,000. 1 plan ini saja sudah melebihi 15,000 ANC. Tapi tak layak dapat bonus ya. Sebab untuk dapat bonus mestilah daftarkan sekurang-kurangnya 2 plan. Jadi plan 18,000 ANC tadi dah kira 1. Perlu dapatkan lagi 1 pelanggan baru layak untuk dapat bonus RM3,000 sebulan tu.

Kena sekurangnya 2 plan baru layak dapat bonus

Terpulanglah sebenarnya nak dapatkan macam mana 15,000 ANC tu. Nak campur-campur plan besar plan kecil, plan medical plan hibah plan income replacement. Semua boleh. Asalkan total sekurang-kurangnya 15,000 ANC. OK, habis cerita pasal bonus.

Sekarang ni nak cerita pasal komisyen bulanan pulak. Anda tahu kan bahawa pendapatan agen takaful datangnya dari komisyen jualan setiap plan. Komisyen untuk setiap plan pula dibayar selama 6 tahun. Maknanya komisyen dari plan yang anda daftarkan pada tahun 2022 ini, tetap akan anda dapat sehinggalah tahun 2028. Menarik kan? Dengan syarat, orang itu terus membayar lah. Kalau dia tak bayar, takde lah komisyen. Sebab itu penting untuk mempastikan bayaran plan pelanggan kita cantik supaya perlindungan untuknya terjamin dan komisyen kita pun elok. Kalau pelanggan berhenti membayar, perlindungan untuknya mungkin akan luput juga dan kita pun tiada komisyen lagi.

Nilai komisyen bagi setiap plan pula berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang 35% ada yang 33% ada yang 21% ada yang 10% ada juga yang 2%. Jadi memang lain-lain lah komisyen ikut plan. Tapi yang biasa kita pasarkan adalah plan hibah yang beri 35% dan plan medical yang beri 33%. Katalah kita ambil kedua-kedua plan ni sebagai contoh. Puratakan komisyennya kepada 34%. Mari kita tengok berapa komisyen bulanan pertama kalau buat 15,000 ANC.

15,000 X 34% / 12 bulan = RM425

Jika diulang setiap bulan begini, maknanya pada bulan kedua, komisyen dah jadi RM850. Bulan ketiga jadi RM1,275. Bulan keempat jadi RM1,700. Dan ia akan kekal naik selagi mana kita consistent buat 15,000 ANC sebulan. Sampailah bulan kedua belas, akhirnya komisyen kita dah boleh jadi RM5,100!

Dengan komsiyen tahun pertama dah cecah RM5,100 tu takkan lah anda nak berhenti pula. Pasti akan anda teruskan pada tahun kedua. Yang tahun pertama punya komisyen anda masih dapat. Tambah dengan yang tahun kedua punya pelanggan pula, dah tentu semakin banyak kan? Macam tu lah pendapatan dalam takaful berkembang.

Tapi jangan lah pula leka dengan tanggungjawab kita. Jangan sekali-kali kita abaikan servis yang perlu kita buat untuk client kita. Ingat, tanggungjawab adalah amanah. Amanah adalah perkara berat yang akan dihisab. Jangan main-main dengan hal begini. Selagi mana kita menjalankan tugas dengan baik, insyaAllah rezeki tak kan putus.

Jika nak daftarkan diri sebagai agen di Great Eastern Takaful, segera hubungi saya di whatsapp Suri Fitriah 017-3723344. Atau boleh tekan terus link ni https://nakjadiejentakafulsuri.wasap.my/

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Post