Mid-Year Checkpoint 2022 Great Eastern Takaful Berhad

Setelah 2 tahun tidak dapat melakukan aktiviti secara bersemuka, akhirnya Great Eastern Takaful kembali memberi kemeriahan kepada event-event nya dengan sambutan penuh gilang-gemilang! Kali ini event Mid-Year Checkpoint ini dilangsungkan di Stadium Matsushita, Shah Alam. Aktiviti padat dari pagi hingga malam disajikan khas untuk para agen yang telah qualify untuk Mid-Year Checkpoint ini.

Agen-agen dan bakal agen dah mula mendaftar diri

Sebelah pagi dimulakan dengan seminar kerjaya yang mana para agen disarankan untuk membawa rakan-rakan baru dan memperkenalkan mereka dengan kerjaya sebagai agen takaful. Speaker-speaker terpilih dengan lapang dada nya akan berkongsikan tentang potensi kerjaya di dalam bidang takaful dan bagaimana nak bergelar agen yang cemerlang.

Selepas itu, acara di padang pula dimulakan. Bubble soccer kategori lelaki dan wanita berjalan serentak dalam gelanggang berbeza. Sungguh mencuit hati gelagat para pemain yang tertonggeng-tonggeng terbalik-balik dalam bubble tu. Namun begitu, tetap score dengan baik ya!

Sambil acara bubble soccer berlangsung, para agen berpeluang untuk menyelesaikan larian berhalangan dan sepakan gol di hujung padang. Seronok lah juga main-main macam ni kan? Dah berjaya selesaikan cabaran, sehelai T-shirt akan diberikan untuk dipakai pada sesi malam nanti.

Tiba sebelah malam pula, acara kemuncaknya adalah perkongsian dari Speaker Tersohor negara yang dikenali sebagai Abang Polar. Perkongsian dari Top GM juga diselitkan bersama nyanyian daripada Andy Flop Poppy. Acara di akhiri dengan konsert oleh Bunkface.

Acara begini memang adalah rutin dalam GETB sebagai fasa menaik dan mengekalkan semangat juang para agen. Dengan acara seperti ini, ukhwah di kalangan agen dan pihak pengurusan sentiasa dapat disemarakkan dan boleh membawa ke arah kejayaan yang lebih gemilang.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Post