MLTT : Alternatif tiada tandingan untuk pemilik hartanah!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!

Apa khabar? Moga sihat selalu disamping keluarga tercinta. 🙂

Bila cakap keluarga, pastinya anda semua terbayangkan ahli keluarga anda di dalam rumah yang indah dan cantik lagi dilengkapi kemudahan-kemudahan moden yang canggih manggih segala. Kan? Rumah yang indah nan permai tu anda punya ke? Kalau ye, bagus la! Beri tepukan gemuruh untuk diri sendiri dan keluarga! Tapi, kalau bank yang punya camne ye?

Kalau bank yang punya, takde masalah pun. Teruskan je la bayar ansuran tu hingga selesai. Bila dah selesai semua ansuran, rumah tu pun jadilah milik mutlak anda, kan? Kan? Semua bayaran boleh selesai selagi mana anda mempunyai gaji atau pendapatan untuk membiayai ansuran. Betul tak? Tapi, pernahkah anda terfikir kalau anda tiada duit untuk membayar ansuran, apa akan terjadi kepada rumah anda tu? Jeng… Jeng… Jeng…

Kalau dah 6 bulan tak bayar, terang-terang la rumah tu akan diLELONG oleh pihak bank kan? Takut tak? Segala ansuran yang dah lepas-lepas tu sikit pun tak memberi makna untuk anda dan keluarga sekiranya gagal meneruskan bayaran ansuran. Jadi, janganlah sengaja nak ponteng bayar kat bank ye…

Disebabkan risiko-risiko peminjam berkemungkinan gagal membayar ansuran kepada bank ni la, maka wujudlah satu jenis perlindungan khas untuk pinjaman perumahan yang lebih dikenali sebagai MRTA/MRTT. Perlindungan ini akan menyebabkan pihak insurans/takaful menyelesaikan semua baki pinjaman kepada pihak bank sekiranya peminjam meninggal dunia atau pun mengalami hilang upaya kekal. Ulang lagi sekali, peminjam meninggal dunia atau pun mengalami hilang upaya kekal.

Selain dari dua sebab diatas, MRTA/MRTT yang anda biayai pada permulaan pinjaman itu, tidak akan membantu atau memberi apa-apa nilai. Hangus begitu sahaja.

Tapi, kalau anda ambil MLTA/MLTT, perlindungan risiko anda akan diperluaskan kepada risiko penyakit kritikal. Ini bermakna, jika anda mengalami mana-mana penyakit kritikal, ansuran pinjaman perumahan anda dapat diselesaikan dan rumah itu menjadi milik anda. Disamping itu, ada juga sedikit simpanan yang boleh anda gunakan untuk meneruskan kehidupan.

Berikut adalah perbezaan antara MRTA/MRTT dengan MLTA/MLTT :-

ml vs mr

Nampak tak MLTT/MLTA ada beberapa kelebihan tersendiri?

Bagi pelabur-pelabur hartanah, MLTT/MLTA biasanya menjadi pilihan kerana kebolehpindahannya. Maknanya, kalau beli rumah lain, MLTT tu boleh di topup je. Kalau jual rumah pun, MLTT yang sedia ada boleh digunakan untuk beli rumah lain lagi. Kan mudah camtu?

Kalau nak tengok quotation MLTT dari Great Eastern Takaful, contact la saya. Ramai kata, GET boleh beri quotation yg sangat kompetitif. Meh la try!

Share This:

20 thoughts on “MLTT : Alternatif tiada tandingan untuk pemilik hartanah!”

  1. Kahar says:

    Saya bercadang membeli rumah 200k, umur 33 tahun

  2. Hamdan says:

    salam,
    Saya dalam rangka membuat pinjaman rumah berharga 770k, pinjaman selama 25 ke 29 tahun,umur sekarang 41. Jika mengambil MLTT, berapakah bayaran bulanannya?
    jika pihak bank menawarkan mrta/tt untuk pakej pinjaman, bolehkah menolak tawaran tersebut?

    1. Suri Fitriah says:

      Wassalam

      Lbh kurg 800-900 sebulan

      Boleh menolak tawaran bank

  3. Fariz says:

    As Salam,

    Saya dalam process refinance rumah dan harga yang bank tawarkan adalah 240000 selama 34 tahun, berapakah byran MLTT @ MLTA yg perlu di bayar. Umur sya 36 tahun.

    1. Suri Fitriah says:

      Wassalam Faris,

      Dalam RM2400 setahun saja

  4. Aishah says:

    Assalamualaikum…utk mltt kedai berharga rm500k ..berapa ya ?

    1. Suri Fitriah says:

      Wassalam Aishah…
      Lebih kurang RM6000 setahun bergantung pada umur

  5. chong seng says:

    selamat pagi ,.. minta penjelasan dulu saya beli rumah loan public bank RM 77 ribu pinjam 15 tahun. sekarang sudah bayar tahun ke 8 dulu sebelum bunga naik bayar bulanan RM 590 sekarang RM 656.kalau sya nak pinjam ulang dengan bank lain dan sekarang RM 37 ribu,apakah bunga akan tetap sama dan bulanan juga berkurang? terima kasih sebelumnya

    1. Suri Fitriah says:

      selamat pagi chong!
      bunga sgt bergantung kepada BLR dan current offer dari bank. saya tak dapat nak katakan bunga naik/turun atau sama sebab saya tak tahu berapa interest yg awk dpt masa apply loan public bank dulu.
      Yang pasti awak akan dapat cash in hand yg agak banyak utk digunakan. (harga rumah sekarang – RM37 ribu baki pinjaman).
      Instalment baru akan ikut harga loan baru awk la (mungkin 90% harga rumah awk sekarang ni)
      Moga dapat membantu…

  6. Amir says:

    Salam.

    Saya dalam proses nk beli rumah 300k, rumah landed loan 35thun,umur 28. Berapa ye bulan2 kalau nk ambil MLTT?

    1. Suri Fitriah says:

      Wassalam…

      Lebih kurang dalam RM160 sahaja

  7. Hafizah says:

    Salam….
    Berapa anggaran yg perlu sy byr tuk rumah berharga rm429K. Sy berumur 27 tahun. Bayaran akan berbeza ke bila umur kita bertambah? Contohnya, umur 27 thn bulan kena byr rm200 tp bila umur mencecah 30 kena bayar rm400. Terima kasih

    1. Suri Fitriah says:

      Waalaikumsalam Hafizah,
      MLTT utk RM429K 27 tahun lebih kurang RM3000 setahun.
      Ya nilai sumbangan akan berubah mengikut umur. Makin banyak umur makin tinggi nilai sumbangan.
      Terima kasih!

  8. Afendy says:

    Saya dlm proses membeli rumah kedai berharga RM430K
    Loan dah lulus & dicadangkan mengambil MLTT berbanding MRTT.
    Saya akan berumur 36 tahun pada April 2015.
    Berapakah anggaran premium bulanan saya?

    1. Suri Fitriah says:

      Lebih kurang 300-400 saja..

  9. rahim says:

    Assalam, berapa harga premium untuk rumah harga 559k???
    Umur sy 41…

    1. Suri Fitriah says:

      Wassalam En Rahim. Maaf saya lewat reply.
      Jika dianggarkan untuk rumah berharga RM559K tu, dalam RM9600 setahun.
      TQ

  10. farhana says:

    salam there,

    nak tgk quote MLTT, sy cadang nak bli rumah 200k. thanks.

    1. Suri Fitriah says:

      Wassalam Farhana,

      Secara kasarnya untuk MLTT RM200K bagi org berumur bawah 30 tahun adalah lebih kurang RM100-120 sebulan.
      TQ

Leave a Reply to Aishah Cancel reply

Your email address will not be published.

Related Post